Wednesday, September 21, 2011

Endless

Some days it seems like it'll never end. Like there's just too much to do.

The reality of the situation is, you'll never be finished. If you finish all the work you've got to do, you'll find more to do. You can never really reach the end.

So accept that. Be ok with it. Find the peace you're looking for in the now. In this moment.

Right now. Every now.

Wednesday, September 14, 2011

Depressed

It's been a while,kan? Tak sempat nak update since after raya too many things happened. Ada jugak few posts yang sempat aku tulis, but then i didn't publish it sebab macam dah basi sikit dah cerita tu. Lately ni banyak sangat benda jadi so tak tahu mana yang harus mula dulu.

Dah hampir seminggu aku tinggal seorang diri di Penang. Kakak had been offered to further her study for PhD di USM Kelantan. So, i have no more housemate, and yea..seriously boring gila duduk sorang-sorang, especially weekend..dulu ada kakak yang boleh jugak borak-borak masa tengok tv, habis kerja beli makanan siap-siap and then lepas maghrib boleh makan sama-sama. Kadang-kadang kakak masakkan makan malam, and we ate them all together, seriously boleh nangis kot bila fikir semua tu dah totally different sekarang. I seriously miss my sister soooo much. -__-

I've been offered a new post di IWK Penang unit. Tougher than my current post. Tapi itu arrangement bos sebab actually officer yang hold post tu had been upgraded to a higher level so tempat tu dah vacant sekarang. And actually, dah ada pun orang untuk isi tempat vacant tu, but then the bos wanted me to take that post. Sekarang the new officer dah report duty pun last Monday, and then no black and white saying that i'll be taking that post, so sekarang dah jadi confuse tau tak. Am i going to take that new place tak pun just continue with my current post or that new officer will be taking my place pun tak sure lagi. Yang lebih worse tahu tak, boss wanted me to cover 2 department since the new officer still new so he don't know much how to handle things. Memang lah kan, nama pun baru. Tapi aku dah macam miserable gila. Pagi cover satu department, petang aku cover another department. Memang kelat je muka 2 hari ni. Lunch pun tak sempat, seriously memang diuji gila-gila. Harap-harap semua ni dapat settle within this week, hopefully.

Ada yang cakap aku tak tetap pendirian, kejap nak ini kejap nak itu. Masalahnya takkan aku nak pandai-pandai lepas current post bagi dekat budak baru and then buat macam biasa sedangkan banyak gila kerja pending, serabut sangat-sangat rasa. Kejap suruh buat ini, bila pending cakap aku buat kerja slow, do they know how hard am i handling 2 departments at the same time? Underestimate aku pulak tu kadang-kadang, 'seriously, do you know how to handle this?' Kalau tak yakin dengan ability aku, then don't let me handle that. Kan senang.

Aku bersyukur sebab boss yakin dengan kemampuan kerja aku, but then apa yang dia expect? in 2 days aku boleh major in everything? Baru lepas thumb print dah call suruh settle this, handle that. And then shoot email suruh settle pasal budget la i am soooooooooo tired tahu tak. I can't wait for this coming weekend, nak balik rumah and leave everything behind first. Seriously cannot cope so far. Agak-agakla kan?

Harap-harap masalah ni dapat selesai dan aku boleh focus on what i'm supposed to do. Doakan kawan-kawan.

Aku depressed.

Saturday, August 27, 2011

Dear Mr Future


May I see the things in front of me as they are, not as I think them to be.

May I walk the steps ahead of me one at a time, not wondering if there's a map.

May I say the things that fix things, not break them further apart.

May I do what I need to do, not be distracted by what I can't.

May I dream of what I hope for, not of what I fear.

May I love you like I love you, not as any other, me.





Wednesday, August 10, 2011

Mencari syukur dalam tiap-tiap dugaan Tuhan

Orang cakap jangan terlalu dicanang, nanti tak jadi. Betul, sesak rasa sebak dada.

Mahu ambil jantung keluar dari jasad
Mengharap jantung tak berdegup begitu kencang bila di luar jasad

Lelah aku lemah
sebak aku sesak

Jari menghitung masa
Mata tak henti-henti tatap waktu

Hati.
Tak henti-henti sumbat sabar


-rindupadayangitu-



Tuesday, August 9, 2011

Lost Soul



" Hearts will never be practical unless they are made unbreakable"


The first stain happened when your hand first touched mine.
The second is black pen ink.
The third was an accident, or something you said, i said that hurt each other.
The fourth is a burn or worse.
The fifth is the name of a feeling I made up and then wrote down.

When no one's around, I practice saying the words you'll never hear.

'You are not perfect because you're only perfect for me.'

Tuesday, July 26, 2011

Nama aku; Perempuan

Aku selalu rasa macam ni. Rasa down tak bertempat. Rasa frust tanpa sebab. I don't have mood to work, to eat, to laugh, or do things that i used to do. Aku rasa macam susah untuk blogging. I blame it on the fact that I’m a girl. Mungkin sifat aku sebagai perempuan untuk susah nak separatekan emosi daripada apa-apa yang aku buat. Kadang-kadang aku tertanya kenapa aku blog, seeing that it only brings out the worst in me: bahagian diri aku yang paranoid, defensive, emotional dan sensitive. Tapi lepastu aku ingat balik motif sebenar aku: Nak dengar pendapat orang lain kerana no one has the courage to be honest enough in real life.


Kita dalam real life semuanya pelakon yang baik-baik, reluctant dan terlalu selesa untuk keluar dari bulatan kita. Values kita lain. Tapi mentaliti kita mungkin serupa. Jadi mungkin dalam real life, kita tak akan bertegur sapa. Perasaan curiga kita akan take over. Kita tak banyak in common dari segi hobi dan aktiviti harian. Tapi bila di sini, di dunia blogging, di dunia virtual, kita sebenarnya ada lebih persamaan dari kita jangkakan. Dan aku retreat ke sini bila aku tak mendapat makanan jiwa aku dalam real life.


Bila aku berada di Penang, aku sedar sesuatu. Di sini, semua orang berlumba-lumba untuk menunjukkan attitude masing-masing. Cuma attitude itu tak sesuai untuk dipraktikkan semasa sedang bekerja di 7E ataupun semasa menjadi penerima tetamu. Attitude hanya seksi semasa kamu seorang model yang sedang berposing untuk sebuah gambar dan dalam situasi yang seangkatan dengannya.


Orang di bandar jarang senyum, kan? Hidup mereka terlalu stressful. Sudahlah hidup stressful, orang sekeliling pun tak membantu. Kalau kamu senyum pada mereka, mereka pasti membalas dengan pandangan serong seolah-olah kamu gila. Kasihan. Sampaikan senyuman pun boleh disalahtafsirkan. Kalau lelaki senyum pada perempuan, perempuan di bandar mesti perasan mereka sedang dingorat. Kalau kamu senyum pada stranger di tengah jalan, wajah mereka bertukar dengan serta-merta kepada ekspresi syak wasangka dan muka masam.


Ya, aku paham. Kita semua ada masalah masing-masing. Kita semua pernah dilanda kemurungan tidak bersebab yang datang dan menghilang. Tapi tak justified kesedihan dan ketakpuasan hati kamu jika kamu berusaha untuk membuat orang lain turut berasa sedih dan miserable seperti kamu juga. Your sadistic nature is only going to eat you up.


Apa salahnya kalau kita melayan orang lain dengan lebih baik? Apa salahnya kalau kita lebih bertimbangrasa terhadap orang lain? Ada rugi apa-apakah?


Perangai bitchy, attitude tak bertempat, making other people feel bad about themselves, semua itu tak cool. Jangan terikut-ikut dengan perangai budak-budak batak MTV.


Hey, life is so short. Why can’t we all be nice to each other in this short time that we are here together?


Peace.

Sunday, July 24, 2011

Mr/Miss Right

Sambil mendengar lagu When You're GOne dari Avril Lavigne ;


“When you're gone, the pieces of my heart are missing you,

When you're gone, the face i came to know is missing too…”

Sebenarnya aku mahu menyambung entri dua malam semalam yang belum habis sebenarnya. Kalau entri yang itu hanya appetizer, aku sepatutnya menghidang main course dan dessert hari ini. But on days like these I find my thoughts flow too quickly for my mind to grasp, for my fingers to arrange and for my speech to capture.

Aku tahu kadang-kadang entri aku adalah crap. Membosankan. Tak tertib. Aku bukan penulis ataupun mesin yang mampu memuntahkan bahan bacaan yang menarik setiap kali aku menulis. Aku menulis untuk seseorang yang bekerja dari awal pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sampai ke malam dan juga hari cuti semata-mata untuk mengumpul bekalan untuk masa depan.Yang akan berusaha untuk membuka blog aku pada jam 2 pagi selepas tamat kerja walaupun tak pernah meninggalkan komen.

Aku suka menulis. Kadang-kadang aku saja-saja menulis entri yang entah apa-apa. Sebab aku sengaja jadikan blog ini sebagai satu medium dia tahu isi hati aku. Aku juga tidak kisah sama ada entri aku mendapat 0 komen atau 56 komen. This is not a popularity contest. Ini bukan sekolah menengah.

Ada cerita aku mahu tulis. Tentang weekend lepas, tentang perasaan aku sekarang, tentang hati aku sekarang. Aku mahu tulis.

Aku terfikir mahu menulis entri tentang ini sebab baru tadi ada sahabat lama bertanya aku tentang pasangan hidup. Dia baru putus cinta, dan tanya aku kenapa kisah dia tak pernah kekal. Bagi aku, terlalu ramai yang bersusah payah mencari dan idamkan Miss/Mr. Right, tetapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi Miss/Mr. Right. Sebab itu, susah untuk saling melengkapi. Kau kurang itu, dia lebih ini. Dia kurang itu, kau lebih ini. Itu baru melengkapi.

Nak cari pasangan yang kaya lah, berbadan mantap/tegap lah, good looking lah, pandai memasak lah, sopan santun lah, berkereta mewah lah, etc.

Tapi diri sendiri malas bekerja, exercise pun malas, muka so-so saja, hanya reti masak Maggi dengan telur goreng,dan cakap besar tapi tak pernah skor. Tapi bila bab nak cari pasangan, wah, bukan main lagi memilih.

Come on la, don't think too much. Macam aku, aku banyak kurang, Aizat banyak lebih. Tapi cukup sekadar, aku sayang dia, dia sayang aku. Memang kadang-kadang kami argue on few things sampai tahap aku cakap aku tak leh go on dengan dia. Tapi Aizat memang cool, he knows that i can't live without him, words that came out from my mouth tak pernah selari dengan hasrat hati. Sebab tu dalam Islam dah tetapkan lafaz cerai hanya boleh diucap oleh kaum Adam, kalau kaum Hawa lah kan, aku rasa dah berapa banyak divorce case dekat court. Nasib baik lah kan?

Aku selalu cakap aku sayang Aizat lebih dari dia sayang aku. Tapi banyak benda yang Aizat buat pada aku shows that he really loves me more than i do. Ergh, aku rasa bersalah sebab dia terlalu sweet untuk aku yang tak berapa nak sweet. Masin sana sini. Blurgh.

Terima lah orang di sekeliling kita seadanya. Don't put too much expectations, kau letak 10 criteria untuk someone jadi Mr/Miss Right kau, but end up that someone tak dapat hit 1 out of 10 tu terus kau kick dia dari list. Not fair. Not fair. Cuba kau ukur diri kau betul-betul, dalam 10 kau list tu ada berapa kau hit betul-betul? Maksud aku, yang betul-betul.

Apa kata kau pikir dulu nanti baru kau hit aku.

p/s : Tengah tunggu Aizat sampai Cheras. Tak boleh nak tidur sambil dakap bantal bau wangi deodorant. :) Rindu.