Thursday, May 24, 2012

Mengejar Infiniti

Sejak kebelakangan ni, kepala aku selalu rasa ringan, seperti baru berbekam (walaupun aku tak pernah berbekam), macam antara tidur dan jaga, realiti dan mimpi. Macam aku terperangkap di antara dua universe. Semuanya gara-gara mengejar sesuatu yang jauh dari genggaman. Sesuatu yang tidak pasti. Sesuatu yang mungkin mencapai tahap infiniti. Aku rasa kabur dengan sesuatu itu, nampak tapi tak nampak jelas. Faham tak maksud aku ni? Hmm..

Technically mengejar infiniti membawa maksud suatu teknik yang tidak logik, tapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Kamu sedang mengejar suatu high yang kamu tak pasti wujud atau tidak, boleh atau tidak, mampu atau tidak, sebab kamu ketagihkan perasaan yang ia beri kamu. Mengejar infiniti itu suatu kegilaan sebenarnya, sebab infiniti itu terlalu subjektif. Tak dapat nak namakan ia satu persatu. Kamu tahu ia tidak wujud, tapi kamu kejar juga. Haih, sumber infatuasiku yang elusif. Dia macam kegilaan dalam waras. Waras dalam kegilaan. Perasaan high yang ia berikan tu terlalu kuat hinggakan kamu dapat ketepikan macam-macam. Macam logik. Moral. Norm. Routine.

Semua ini terjadi selepas permohonan pemindahan aku ke Unit Langat ditolak gara-gara aku seorang perempuan. Vacant post yang dipublishkan untuk internal Unit rupa-rupanya hanya untuk kaum lelaki. Alasannya? Terlalu ramai engineer perempuan di Unit Langat. Mereka mahukan lelaki. Yaaa di mana adil nya itu? Lelaki yang tak mahu, kenapa perempuan yang harus ditolak? *Kecewa*

Tambah kecewanya aku sebab, permohonan itu di'simpan' lebih dari 6 bulan. Menyeksa perasaan aku, menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba. Bila ditanya, 'dalam proses', sampai bila? Yaaa akhirnya sudah ada titik noktahnya. Kecewa, patah seribu.

Perasaan membuak-buak untuk bekerja sudah jatuh ke tahap negatif. Aku tak dapat fokus lagi. Bukan sebab hal-hal mengandung atau rindukan suami, tapi..kenapa setelah sekian lama, akhirnya jawapan yang aku terima logiknya langsung tidak ada! Mahu berhenti kerja, tidak sama sekali. Sebab itu aku kata, selama ini aku mengejar infiniti yang sebenarnya terlalu jauh nak gapai, terlalu jauh tak ternampak, terlalu jauh sebab memang tak ada.

Down.Down.Down.

"Allah hanya beri apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak.."

Jadi, aku redha dan anggap mungkin bukan masanya lagi aku ke sana. Mungkin tempat aku masih di sini, dan suami akan tetap berada di sana. Semua ini hanya kehendak, masih bukan keperluan.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. ( positif)

Jadi, aku harap aku dapat kembalikan aku yang dulu, dan kekuatan untuk tulis seperti biasa dengan panjang meleret dan kerap seperti biasa. Dan tidak lagi meracau perkara yang hanya aku boleh paham.

Aku tahu apa mereka kata.

Jangan mengejar infiniti, sebab infiniti itu tidak wujud.

Penat.