Tuesday, July 26, 2011

Nama aku; Perempuan

Aku selalu rasa macam ni. Rasa down tak bertempat. Rasa frust tanpa sebab. I don't have mood to work, to eat, to laugh, or do things that i used to do. Aku rasa macam susah untuk blogging. I blame it on the fact that I’m a girl. Mungkin sifat aku sebagai perempuan untuk susah nak separatekan emosi daripada apa-apa yang aku buat. Kadang-kadang aku tertanya kenapa aku blog, seeing that it only brings out the worst in me: bahagian diri aku yang paranoid, defensive, emotional dan sensitive. Tapi lepastu aku ingat balik motif sebenar aku: Nak dengar pendapat orang lain kerana no one has the courage to be honest enough in real life.


Kita dalam real life semuanya pelakon yang baik-baik, reluctant dan terlalu selesa untuk keluar dari bulatan kita. Values kita lain. Tapi mentaliti kita mungkin serupa. Jadi mungkin dalam real life, kita tak akan bertegur sapa. Perasaan curiga kita akan take over. Kita tak banyak in common dari segi hobi dan aktiviti harian. Tapi bila di sini, di dunia blogging, di dunia virtual, kita sebenarnya ada lebih persamaan dari kita jangkakan. Dan aku retreat ke sini bila aku tak mendapat makanan jiwa aku dalam real life.


Bila aku berada di Penang, aku sedar sesuatu. Di sini, semua orang berlumba-lumba untuk menunjukkan attitude masing-masing. Cuma attitude itu tak sesuai untuk dipraktikkan semasa sedang bekerja di 7E ataupun semasa menjadi penerima tetamu. Attitude hanya seksi semasa kamu seorang model yang sedang berposing untuk sebuah gambar dan dalam situasi yang seangkatan dengannya.


Orang di bandar jarang senyum, kan? Hidup mereka terlalu stressful. Sudahlah hidup stressful, orang sekeliling pun tak membantu. Kalau kamu senyum pada mereka, mereka pasti membalas dengan pandangan serong seolah-olah kamu gila. Kasihan. Sampaikan senyuman pun boleh disalahtafsirkan. Kalau lelaki senyum pada perempuan, perempuan di bandar mesti perasan mereka sedang dingorat. Kalau kamu senyum pada stranger di tengah jalan, wajah mereka bertukar dengan serta-merta kepada ekspresi syak wasangka dan muka masam.


Ya, aku paham. Kita semua ada masalah masing-masing. Kita semua pernah dilanda kemurungan tidak bersebab yang datang dan menghilang. Tapi tak justified kesedihan dan ketakpuasan hati kamu jika kamu berusaha untuk membuat orang lain turut berasa sedih dan miserable seperti kamu juga. Your sadistic nature is only going to eat you up.


Apa salahnya kalau kita melayan orang lain dengan lebih baik? Apa salahnya kalau kita lebih bertimbangrasa terhadap orang lain? Ada rugi apa-apakah?


Perangai bitchy, attitude tak bertempat, making other people feel bad about themselves, semua itu tak cool. Jangan terikut-ikut dengan perangai budak-budak batak MTV.


Hey, life is so short. Why can’t we all be nice to each other in this short time that we are here together?


Peace.

Sunday, July 24, 2011

Mr/Miss Right

Sambil mendengar lagu When You're GOne dari Avril Lavigne ;


“When you're gone, the pieces of my heart are missing you,

When you're gone, the face i came to know is missing too…”

Sebenarnya aku mahu menyambung entri dua malam semalam yang belum habis sebenarnya. Kalau entri yang itu hanya appetizer, aku sepatutnya menghidang main course dan dessert hari ini. But on days like these I find my thoughts flow too quickly for my mind to grasp, for my fingers to arrange and for my speech to capture.

Aku tahu kadang-kadang entri aku adalah crap. Membosankan. Tak tertib. Aku bukan penulis ataupun mesin yang mampu memuntahkan bahan bacaan yang menarik setiap kali aku menulis. Aku menulis untuk seseorang yang bekerja dari awal pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sampai ke malam dan juga hari cuti semata-mata untuk mengumpul bekalan untuk masa depan.Yang akan berusaha untuk membuka blog aku pada jam 2 pagi selepas tamat kerja walaupun tak pernah meninggalkan komen.

Aku suka menulis. Kadang-kadang aku saja-saja menulis entri yang entah apa-apa. Sebab aku sengaja jadikan blog ini sebagai satu medium dia tahu isi hati aku. Aku juga tidak kisah sama ada entri aku mendapat 0 komen atau 56 komen. This is not a popularity contest. Ini bukan sekolah menengah.

Ada cerita aku mahu tulis. Tentang weekend lepas, tentang perasaan aku sekarang, tentang hati aku sekarang. Aku mahu tulis.

Aku terfikir mahu menulis entri tentang ini sebab baru tadi ada sahabat lama bertanya aku tentang pasangan hidup. Dia baru putus cinta, dan tanya aku kenapa kisah dia tak pernah kekal. Bagi aku, terlalu ramai yang bersusah payah mencari dan idamkan Miss/Mr. Right, tetapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi Miss/Mr. Right. Sebab itu, susah untuk saling melengkapi. Kau kurang itu, dia lebih ini. Dia kurang itu, kau lebih ini. Itu baru melengkapi.

Nak cari pasangan yang kaya lah, berbadan mantap/tegap lah, good looking lah, pandai memasak lah, sopan santun lah, berkereta mewah lah, etc.

Tapi diri sendiri malas bekerja, exercise pun malas, muka so-so saja, hanya reti masak Maggi dengan telur goreng,dan cakap besar tapi tak pernah skor. Tapi bila bab nak cari pasangan, wah, bukan main lagi memilih.

Come on la, don't think too much. Macam aku, aku banyak kurang, Aizat banyak lebih. Tapi cukup sekadar, aku sayang dia, dia sayang aku. Memang kadang-kadang kami argue on few things sampai tahap aku cakap aku tak leh go on dengan dia. Tapi Aizat memang cool, he knows that i can't live without him, words that came out from my mouth tak pernah selari dengan hasrat hati. Sebab tu dalam Islam dah tetapkan lafaz cerai hanya boleh diucap oleh kaum Adam, kalau kaum Hawa lah kan, aku rasa dah berapa banyak divorce case dekat court. Nasib baik lah kan?

Aku selalu cakap aku sayang Aizat lebih dari dia sayang aku. Tapi banyak benda yang Aizat buat pada aku shows that he really loves me more than i do. Ergh, aku rasa bersalah sebab dia terlalu sweet untuk aku yang tak berapa nak sweet. Masin sana sini. Blurgh.

Terima lah orang di sekeliling kita seadanya. Don't put too much expectations, kau letak 10 criteria untuk someone jadi Mr/Miss Right kau, but end up that someone tak dapat hit 1 out of 10 tu terus kau kick dia dari list. Not fair. Not fair. Cuba kau ukur diri kau betul-betul, dalam 10 kau list tu ada berapa kau hit betul-betul? Maksud aku, yang betul-betul.

Apa kata kau pikir dulu nanti baru kau hit aku.

p/s : Tengah tunggu Aizat sampai Cheras. Tak boleh nak tidur sambil dakap bantal bau wangi deodorant. :) Rindu.

Thursday, July 21, 2011

Prolog

12 Julai 2011

9.00 malam

Satu persatu halaman aku selak. Baca sekali imbas. Cuba faham baris demi baris, ayat demi ayat. Cuba hadam huruf demi huruf. Sambil gosok-gosok mata kanan dan kiri, teguk air nescafe di depan mata aku bimbing diri dan terus baring atas sofa.

Buku yang sebentar tadi aku pegang baru sehelai saja diselak. Ambil buku dan terus tutup muka. Dalam hati.' Kejap je nak tidur, nanti kang bangun then boleh sambung selak buku balik'.

*******

12.30 tengah malam

Bunyi deringan telefon berdering-dering hampir 3 kali. Gambar Aizat terpampang di screen handphone. Aku angkat, aku jawab dan aku letak. Aku tak mampu nak tanggung tarian syaitan di kelopak mata. Tak mampu nak meng-gagahkan bibir berucap walau sepatah kata.

Dan, aku terus lena sampai entah ke mana-mana.
******

6.45 pagi ( keesokkan hari)

Aku tersentak dari tidur lepas pegangan aku pada teddy bear biru terlepas jatuh ke lantai. Alarm clock handphone pun dah menjerit-jerit pinta di tekan stop. Terkejut tengok jam. 'Ya Allah, lamanya aku tidur. Esok malam tak boleh macam ni, kena stay up sampai hari exam', ikrar aku dalam hati.

Hari yang sama, waktu malam lebih kurang sama aku buka buku yang sama, selak muka surat juga yang sama, minum air nescafe dari bekas 3 in 1 yang sama dan--- bangun dan terus landing di sofa yang sama.

Perkara yang sama berulang. Yang berbeza nya cuma, aku sempat mengulam cinta dengan Aizat sambil bergaduh-baik bermanja-manja sebelum aku terlena dibuai angin kipas sampai keesokkan pagi.

---------------------------------------------------------------------------------

16 Julai 2011

Peperiksaan PTD berlangsung hari ini. Ikrar aku untuk berusaha nampaknya terkulai juga. Usaha tetap ada, mungkin tak sekuat mana yang aku inginkan. Sedih, tapi salah siapa? Rasa macam nak menampar diri sendiri yang sering kalah dengan diri sendiri. Sedih. Sedih. Sedih.

Benda yang lepas jangan dikenang. Aku tak kenang, tapi aku teringat. Bila teringat, aku sakit hati sebab semuanya salah sendiri. Argh!

Cepat lah puasa dan cepatla hari raya.

Aku sangat perlu Aizat di depan mata.

Hmmm.

Tuesday, July 19, 2011

Lelaki itu

"Tak putus-putus saya uji dia kebelakangan ini. Dia cuba belajar faham saya, ikut rentak saya, cuba sabar dengan saya, tapi saya? Selalu tersungkur, saya selalu kalah sedikit. Dia kuat. Saya harap saya dapat diberi kekuatan yang sama- atau mungkin yang lebih banyak."


Berhenti menguji.

Dia memang cuma seorang lelaki.

Tapi dia adalah lelaki yang sayangkan saya sepenuh hati.

Saya memang..

jenis yang tak reti-reti.

(sigh)

Saturday, July 2, 2011

Halusinasi

Aku rasa aku sudah tersasar jauh. Aku belajar untuk lebih bersyukur, bersederhana dalam segala hal, sebab tiada apa pun yang akan kekal.

Hidup ini bukan lah macam cerita putera dan puteri,
yang perjalanan cerita sungguh cantik sekali,
Ingin yang indah, mahu yang bahagia
Yang tak pernah rasa tersungkur tiba-tiba,
Kau rasa itu semua memang wujudkah?


Berapa kerat yang suka dan mahu tolong kita bila kita dalam susah?
Berapa kerat yang mahu sambut tangan kita masa kita terkapai-kapai menghayun tangan merayu supaya disambut?
Berapa kerat yang boleh ada dengan kita masa kita dalam berhati lara?
Berapa kerat?


Tak habis-habis Allah SWT menguji sejak akhir-akhir ini. Sedang diduga hebat, dari kiri kanan depan belakang macam dihentak-hentak terbenam ke dalam dasar bumi. Tak apa, senang bukan setiap masa. Susah pun tidak lah begitu lama.

Gembira macam mana pun kita, pasti akan datang sedih. Muram macam mana pun kita, pasti akan datang senyum. InsyaAllah. Ada orang hidupnya kita lihat senang lenang bahagia memanjang tapi percayalah, ujian yang diturunkan sama rata.

Memang, sabar itu adalah benda paling payah.

Sekarang ini yang sedang datang pada aku adalah airmata.

Sudah lama ia tidak datang melawat.

Terima kasih.