Saturday, July 2, 2011

Halusinasi

Aku rasa aku sudah tersasar jauh. Aku belajar untuk lebih bersyukur, bersederhana dalam segala hal, sebab tiada apa pun yang akan kekal.

Hidup ini bukan lah macam cerita putera dan puteri,
yang perjalanan cerita sungguh cantik sekali,
Ingin yang indah, mahu yang bahagia
Yang tak pernah rasa tersungkur tiba-tiba,
Kau rasa itu semua memang wujudkah?


Berapa kerat yang suka dan mahu tolong kita bila kita dalam susah?
Berapa kerat yang mahu sambut tangan kita masa kita terkapai-kapai menghayun tangan merayu supaya disambut?
Berapa kerat yang boleh ada dengan kita masa kita dalam berhati lara?
Berapa kerat?


Tak habis-habis Allah SWT menguji sejak akhir-akhir ini. Sedang diduga hebat, dari kiri kanan depan belakang macam dihentak-hentak terbenam ke dalam dasar bumi. Tak apa, senang bukan setiap masa. Susah pun tidak lah begitu lama.

Gembira macam mana pun kita, pasti akan datang sedih. Muram macam mana pun kita, pasti akan datang senyum. InsyaAllah. Ada orang hidupnya kita lihat senang lenang bahagia memanjang tapi percayalah, ujian yang diturunkan sama rata.

Memang, sabar itu adalah benda paling payah.

Sekarang ini yang sedang datang pada aku adalah airmata.

Sudah lama ia tidak datang melawat.

Terima kasih.

No comments: