Sunday, November 28, 2010

Satu

Life is a moving sidewalk
it goes on, even when we aren’t strong



I didn't sign up for such pathethic or dramatic life. I am just human, of course i had my bad days sometimes. I am not perfect. But what to do, i love being imperfect. Obviously.

Aku tak tahu kenapa. Sejak akhir-akhir ni, perasaan aku kurang. Aku kurang dalam segala hal. Lesser is better, sometimes yes it is a good thing i know. Tapi kurang perasaan pada dunia dan sekeliling sangat menakutkan aku sekarang. The world itself scares me.

Kurang bercakap, kurang beremosi, kurang sensitif menjadi-jadi inside of me. I'm not pretending to be like that, it just happened. It supposed to be a good side of me anyway, but why do i feel like..this is not me. Not me.

Mungkin, dalam isi primitif otak aku sekarang sedang berfikir tentang sesuatu- tidak perlu dinyatakan di sini. Yes, i want it to be like what i want it to be ; dan aku adalah orang yang kurang sabar (kurang juga di sini), jadi desakan dari dalam hati dan fikiran menolak keras ke bahagian fizikal that cause me to behave like i don't even care of whatever happens around me.

Kalau aku yang dulu, most of the time whenever i talk, i laugh, i care - the point is always at the max. Maksudnya aku bersungguh-sungguh buat dan perlakukan hal-hal yang aku sedang buat. Sekarang ni, kalau aku on the phone dengan Aizat pun i don't know how many times he asked me to talk. Dan tak dapat dikira berapa kali Aizat akan cakap, 'Can i have back my gf?' I was like, i am your girlfriend. Hello? Tapi bila aku kurang bercakap, he's right, i am not being me. Like what i used to be.

Macam aku cakap tadi, i love being imperfect. Sekarang ini lah aku. Dulu pun tetap aku.

Yang aku tahu, ke mana kita pergi, apa jua yang kita buat, tempat asal kita cuma satu. Cerita cinta kita pun punya asal yang satu. Titik akhir cerita kita pun akhirnya akan berakhir di tempat asal kita juga yang mana tempat itu lah cerita itu bermula. Kalau kita betul-betul nak tahu cerita akhir hidup dan kisah cinta kita,

kita kena balik ke tempat asal itu.

Tempat asal tu, yang cuma ada satu itu.

Macam susah pulak nak faham, kan?


Aku pun tak faham.

Friday, November 26, 2010

Kawan ke Lawan?

I know i'm not that strong. Senang menangis, cepat terasa, sensitif, cepat emo and lots of negative feelings. Yes, yes and yes. I am someone like that.

Aku tak pernah kisah kalau kawan-kawan cari aku masa susah atau senang. Lagi susah kawan-kawan aku, lagi aku suka nak tolong. Aku tak pernah kisah even it demands me time, energy or even money ( aku akan terus call kawan-kawan yang dalam masalah just to hear their voice and try to help them to get better. Tak kisahlah nak bergayut berapa jam pun, aku tak pernah kisah). What the most important thing is, as long as they get better even a bit, aku dah rasa puas hati.

Aku tak pernah kisah apa jenis masalah yang kawan-kawan aku hadapi pun. Kalau sudi kongsi dengan aku, lagi aku sudi nak tolong. I am a great listener. Try me. Ex-housemates aku dulu pun, masalah setiap sorang semua aku tahu. Sebab, aku cuma dengar tapi aku bukan jenis cerita kat orang lain tak tentu hala.

Cuma, aku tak faham kenapa kawan-kawan suka kongsi masalah duka dengan aku saja? Bila dah suka, dah happy buat kenal aku pun tidak. Aku takkan pernah faham pasal hal tu. Bukan aku tak pernah tanya, bukan aku tak concern, bila ditanya tak pernah nak jawab. Tapi bila dah susah, menggila cari aku cerita hal tu hal ni. What am i to you actually?

Aku tak cakap semua kawan-kawan aku macam tu. I got a few like that, yang betul-betul kills and kick me inside lah senang cakap. Aku ni pulak, once aku dah betul-betul sangat kecik hati memang susah la aku nak okay balik. Aku memang kadang-kadang nampak macam tak kisah pun, orang kutuk aku ke, orang sakat aku ke, tapi at one point i cant take that kind of jokes anymore, jangan la tanya kenapa aku bercakap pun cuma sepatah dua.


p/s : Satu hari aku diam tak cakap apa-apa hari ni. Msg pun tak, call lagi la tidak. I was hurt. Sebab tu aku cakap, kalau aku dah betul-betul hurt ni, aku takkan kisah pun nak jadi apa. Nak jadi, jadilah. If i can understand your silence, learn to understand mine too. Simple. Tak susah pun.

Aku bukannya susah sangat nak difahami pun. Agaknya lah kot.


Kan?

Wednesday, November 24, 2010

Faith

Tak mahu cakap apa-apa.


Doakan saja. Mungkin ada, mungkin tidak. Di tangan Allah, pada takdir aku berserah.

I just have to fight this insecurity and negativity in me.


Fight.


Most important thing is ;


Have faith,


in me.


Always.

Sunday, November 21, 2010

Peluang Kedua

Apa hal apa hal? Banyak hal nak update cerita tapi IWK punya acara lagi penting.

Dapat interview kali ke dua di Kuala Lumpur. Walawe? Ingatkan dah terlepas panggilan kedua sebab menyepi bukan main lama. Alhamdulillah rezeki masih ada rupanya.

Down pula. Kenapa? Sebab tarikh interview adalah sama dengan tarikh meeting final projek rumah teres dan semi-D di Kuala Nerang yang mana hari itu adalah hari serahan projek. Lebih down tahu kenapa? Aku dah jawab surat panggilan or memo ke meeting adalah dengan jawapan hadir. Gasak lah. Habis lah.

So, what would be the best choice for me right now? A super great opportunity or a huge responsibility? Where to go?

Dalam situasi sekarang, aku adalah dalam fasa membuat keputusan. Mungkin pergi interview, mungkin tidak. I hope i can be there. I am dying for this okay. Peluang takkan datang banyak kali, masa ada peluang grab it. I told this to myself. Harap-harap pilihan kali ni tidak menyulitkan aku untuk masa hadapan. Pray.

Mood sekarang adalah preparation for the next interview. I work hard on this like the previous one. Doakan doakan doakan kawan-kawan.

IWK Kuala Lumpur, tunggu aku.

InsyaAllah.

Monday, November 15, 2010

Tengah bulan

Dah 15 November 2010. Satu post masih belum menghuni ruang bulan November. Ehh sedihnya. Loser. LOL.

Entri lepas aku delete. Jangan tanya kenapa, sebab aku pun tak tahu kenapa. Rasa macam sumpah sangat tak matang bila kutuk-kutuk orang dalam blog ni. Rasa tak best. Kutuk bos boleh pulak ye. Eh? Pandai betul aku.

Got few frens yang concern tanya aku pasal IWK. Emmmm dah 2 minggu lebih dah,kan? Tak call pun. Tak update pun. Tak ada cerita pun. Shortlisted lah konon. Banyak la shortlisted,candidates ramai nak mampos nak amek 3 orang je. Haish. Tak ada rezeki la tu. Aku ni dah macam kais pagi makan pagi pulak ni ha..dok mengais pagi petang siang malam surf internet jawatan kosong dan jobstreet. Kerja sekarang? Elaun dah tak ada sebab projek dah nak siap, so sekarang gaji basic je. Sedih dan sedih. Pokai. Bila nak boleh kawin ni? Haiipppp! :p

Hari sabtu amek MTest. MTest tu untuk KPLI. Susah kot soalan dia. Lagi susah dari soalan masa nak masuk MRSM 7 tahun dulu. Susah dari soalan PTD beberapa bulan dulu. Susah dari soalan masa SME Corps offer jawatan Penolong Pengurus dulu (tapi tak dapat jugak T___T). Senang kata susah la. Susah tu sebab, masa yang tak cukup. Serius tak cukup. Aku sedap je jawab dengan yakin tanpa rasa bersalah. Huhuhu. Ok, doakan kawan-kawan. Mana tau ada rezeki, lepas ni panggil aku Cikgu Yany. Ke cikgu Eyany? Eh? ( Lulus ke tak pun belum tahu. Hehehehe)

" Ni semua nak jadi cikgu ka? Dah prepare?" encik yang jaga exam tanya kami masa dalam hall exam, dengan lebar senyumnya.

Semua angguk-angguk. Mestila angguk. Dah datang sini mestilah nak jadi cikgu, takkan nak jadi lawyer pulak, kan? Aku duduk depan sekali. Mengadap betul-betul depan dia.

Dia bangun, semak tiket panggilan ke ujian. Sorang-sorang dia check. Sampai turn aku.

" Nurul bla bla bla. Subjek pilihan Bahasa Inggeris. Em okay.", dia letak IC dan slip ujian panggilan aku. Tapi lepas tu dia sambung, " Eh apa nama ayah kamu? Abdul Manab eh?"

Aku angguk. "Haah, betul la tu".

Dia senyum. Lagi lebar dari sebelum ni sambil balas, " Laaa, ni anak Manab ka? Mai ngan sapa? Ayah ada mai? Saya ni kawan lama dia kat JPN ni. Hari tu ada pi kenduri awak kawin..Bla bla bla bla "

Semua orang tengok aku. Aku kawin?

" Eh bukan saya kawin. Kakak saya kawin." aku balas sambil tangan aku kibar kanan kiri cakap bukan aku.

" Bukan awak ka? Awat muka nak sama?"

Aku senyum. Dia cakap lagi, " Habis awak bila. Dengaq ayah awak dok kata bulan 3 tu la kot?"

Terkedu aku. Ayah aku ni buat hal lagi. Geram sungguh aku.

Sambil ketap bibir aku balas,

" Haah memang bulan 3 pun."

Semua orang senyap masa tu. Mata tertumpu pada aku.

Aku sambung lagi. " Tapi tahun apa tu saya pun tak tau. Tahun depan boleh. Tahun tahun depan pun boleh. Hehehehe ".

Selamber je aku, kan?

Encik tu terus diam (walaupun dia tersenyum lepas aku jawab tu), dia terus tak tanya apa-apa lagi dah lepas tu. Hehehehe.

Selamat lah aku satu hal. Fuhh.