Friday, November 30, 2012

Pengalaman Bersalin ; Just for sharing :)

Alhamdulillah, dah 14 hari aku selamat bersalinkan Aneeq.:) Setelah bergelut dengan kesakitan yang amat sangat selama lebih 2 jam, aku berjaya melahirkan another human being, a baby boy at 3.38kg. Besar jugak la sebenarnya and no wonder masa aku mengandung dulu semua orang asyik tegur perut aku besar je. I was so worried at that time if my baby weight more than 3.5kg sebab chances untuk operate tu macam tinggi jugak. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak bersalin normal dengan bantuan vacuum. Eventhough ada orang cakap, 'Eh, kenapa tak bersalin biasa je? Tak larat nak teran ke?' Well hey, aku bersyukur sangat dapat lahirkan anak aku dengan normal even bantuan vacuum, at least aku tak perlu kena operate. Cuma, jahitnya agak banyak jugak tapi takpala, pengalaman pertama kan. :)

Sebelum ni aku selalu confused dengan istilah contraction. Selalu terjadi the false one. Tapi bila sakit contraction yang betul-betul aku dah rasa, sakit nya adalah sangatlah jauh berbeza. Kalau setakat perut mengeras and kau still boleh golek-golek atas katil dengan happy, boleh makan dengan tenang atau sembang-sembang dengan riang, mind my words; itu bukan contraction betul-betul. Maybe baby saja mengeras kat dalam kot. Sebabnya, sakit contraction yang betul-betul ni Ya Allah..sakitnya sangatlah sakit. Macam pinggang kena pulas, macam perut nak pecah. Dan yang paling sakit sebab bila contraction tu datang, korang akan rasa macam nak meneran but you just can't. Doctor tak benarkan proses push tu sampai la bukaan sampai 9cm to 10cm. Kena tahan dan tunggu green light dari doctor. Doctor cakap i'm progressing very well time tu sebab aku tak perlu sakit lama untuk tunggu bukaan sampai 9cm. Just 2 hours, but then for me that 2 hours is the longest time ever. Sebab sakit sangat-sangat...luckily Aizat was there in the labour room. Dia pegang tangan aku kuat-kuat sambil berzikir tak henti-henti. Setiap kali aku contraction, which at that time opening dah 7cm, sakit nya dah makin kerap..dalam 3minit sekali. Aizat akan cakap, 'Sabar sayang..sabar..'. Aku tak menangis, cuma terfikir bila la aku boleh push sebab dah rasa macam nak terkeluar sangat dah..And, at 9.31am, aku selamat melahirkan Ahmad Aneeq bin Ahmad Aizat. :)

Betul orang cakap, menjadi seorang ibu adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai harganya. Anak itu adalah amanah Allah, dan setiap kali aku menatap wajah Aneeq, I can't believe that for 9 months aku mengandungkan dia, sekarang ni dia ada di sebelah aku. Another human being man. Rasa macam mimpi. Syukurlah ya Allah.

Lepas melahirkan ni, aku nak nasihatkan semua parents-to-be untuk kuatkan semangat mental dan fizikal hadap situasi anak kena demam kuning or jaundice. Aneeq kena jaundice sampai kena masuk wad kot..sebab kuning dia turun naik..tak tetap..banyak jugakla cara kami usahakan dan Alhamdulillah..Aneeq dah okay sekarang..aku nangis teruk kot bila tengok Aneeq kena duduk bawah lampu sampaikan aku volunteer nak stay dalam ward jaga Aneeq and breastfeed dia. Mungkin sebab kegigihan aku yang tak berbelah bagi pada Aneeq kot, Allah mudahkan dan tolong aku. Aneeq stay dalam ward satu malam je, lepas tu kami monitor dekat Klinik Kesihatan. So nanti pada sapa-sapa yang anak kena jaundice boleh la tanya aku cara-cara perubatan tradisional yang dah diusahakan untuk turunkan bacaan kuning tu. Kita cuma usaha, yang selebihnya serahkan pada Allah. Jangan give up sudah. Yang penting jangan biarkan budak tu kena jaundice lebih dari 14 hari, kalau tak itu dah kena prolonged jaundice, lain cerita pulak. Mintak simpang la...

Ada few friends of mine yang tengah counting days/months for delivery. Aku doakan semuanya akan selamat. Ingat, masa dah masuk ward tapi sakit tu tak datang lagi, tolongla makan bagi ada energy. Jangan tak lalu pulak. Nak meneran nanti wey..tenaga kena banyak. Maksud aku, sangat banyak. Jangan angkat punggung, kalau tak nanti jahitnya pun banyak. Jangan ambil apa-apa pelali kurangkan sakit contraction, kalau tak nanti korang tak da tenaga sebab rasa lali, macam aku..dah cantik meneran, dekat hujung-hujung dah tak mampu sebab tu guna vacuum, dan kena jahit banyaaaakkkkkkkk. Argh..lesson learned kan. Aku share ni sebab aku tau ada kawan-kawan yang tengah expecting akan baca, dan pada yang sedang mencuba pun mungkin akan baca..this is truly my experience. Just for sharing. Semoga selamat untuk korang dan all the best!

Nak share gambar Aneeq, boleh? :)


Ini la kekasih hati baru aku..9 bulan mengandung wey. Ahmad Aneeq bin Ahmad Aizat ; 14 days.

:)

Friday, November 2, 2012

Me at 38 weeks.

Assalamuaalaikum..

Hari ni genap 38 minggu. And, i'm still working, just banyak mengadap PC je lah. Cuak sebenarnya, sebab both sisters actually deliver at 38 weeks. Barang-barang semua dah ready dalam kereta Aizat just in case of emergency. Cuma aku, maybe sebab macam cuak sangat kot..in state of denial lagi..rasa macam..'Wahhh dah November!". So far memang tak da apa-apa tanda lagi..just kadang-kadang jadi false contraction gitu..main-main pulak baby boy aku neh kan..

Next week aku ada check up untuk 38 minggu ++ dengan Klinik Kesihatan Ampang. Rasanya last check up kot kat sini. My parents wanted me to go back to Alor Setar for the delivery. Ikutkan hati tak kisah mana-mana pun, as long as hubby is there..seriously, tak mau la aku meneran sorang-sorang without Aizat..harap-harap Allah mudahkan perjalanan tu nanti..

So based on due date, 2 weeks from now is on 16 Nov 2012. Maternity leave aku maybe start a week earlier kot. Gamble je lah nanti, mintak Aizat hantar balik Alor Setar, hopefully sempat la balik nanti.

Aku ada baca few blogs regarding on the tips to deliver. e.g : tanda-tanda nak bersalin and what to do when you started to feel the pain of delivery. Wey aku sampai nangis kot baca each of the post. Pengalaman setiap orang tak sama, ada yang senang, ada yang susah gila. Well, sakit bersalin tu berbaloi la kan dengan rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan untuk seorang wanita. Itu je yang aku fikir. Whatever happens, it comes with reason.

Mak aku and in law actually macam risau sikit in case by next week aku dah deliver, which means aku akan deliver dekat KL la kan. To be truth, kalau aku bersalin dekat KL yang ada cuma aku..dan Aizat. Sebab both mom n in law tak dapat turun ke KL sebab adik and adik ipar aku both kena sit for SPM which akan start this 5th Nov. Aku anggap ni dugaan. To be honest, sapa tak sedih kan?

Kalau ikutkan mak aku, dia memang suruh balik this weekend jugak. The problem is that, annual leave aku pun just ada ngam-ngam for a week. More than that maybe kena apply no pay la kot. Since doctor advised to just stick to my EDD date which falls on 16th Nov, aku kena apply maternity leave on that day. Tak boleh awal dari tu. HQ tak kasi..huhu

Tapi kalau deliver awal, then maternity leave will falls on that day lah. Kalau terlewat dari due, there you go..di situla annual leave akan digunakan. Serba- salah aku ni.. Mak sangat risau dengan condition aku yang cuma ada Aizat, and yes aku pun kesiankan Aizat jugak. Setiap kali terjadi false contraction tu, dia mesti panik..mesti tanya..'nak abang panggil ambulans ka?' Kadang-kadang dia sampai tak makan, and tak mandi bila tengok aku dah memusing sana sini sebab perut memulas and akan temankan aku sampai la aku okay tak pun aku tertido terus. Huhu. Thanks hubby..Jasamu dikenang..

Ada kawan aku di Unit Penang yang due date a week after dari aku pun dah start rasa pain tu dah. She is actually dah applied for maternity leave since doctor told her that she might delivered 2 weeks earlier than her due date. Selalu message aku informed 'kesakitan' dia tu. Uhuk3, aku cuaaakkk..satu, sebab why I don't feel anything eventho the baby already engaged and second is that..weyyy sakit kot kalau contraction yang betul-betul tu! Especially time kena seluk, kawan aku cakap boleh menitik-nitik air mata time kena seluk just to check berapa cm dah bukak jalan. Cuak wey...cuaaaakkkkk -___-

Emmm dah la dah la tak nak tulis apa-apa lagi. Tahap kecuakan aku dah sampai petala lapan dah ni..Tetiba emo. Nak balik cepat peluk Aizat kuat-kuat. Huuu

Bye