Friday, December 28, 2012

My new life :)

Alhamdulillah, Aqiqah Aneeq went smoothly last Tuesday. Penat lelah Aizat mencari kambing akhirnya berjaya juga..sedikit mahal, RM680 untuk seekor tak termasuk upah memasak. Quite a lot, tapi dah tanggungjawab parents untuk prepare semua tu selagi mampu, dan Alhamdulillah rezeki pun mencurah-curah since kehadiran Aneeq ni. Betul lah, setiap anak tu ada rezeki masing-masing..tak perlu takut kalau expenses akan jadi double or triple kalau dah ada anak, sebab Allah dah tentukan rezeki masing-masing. :) Dan sekarang Alhamdulillah..satu chapter dah selesai, but few more will come. Wish us luck :)

Offically today is my 40th day of confinement period. Which means, I have 4 days to go. Berpantang with beloved mother is one of the toughest thing in my life I should say. Banyak godaan dan rintangan yang datang sepanjang berpantang. Of course la foooood kan..mana boleh say no to all mom's cook, tapi aku ambik bau je lah since tak boleh nak hadap. Huhu. But the good thing is, my weight drop 11kgs for about a month. Yippee. Hopefully I can reach my pre-pregnancy weight which is about 8kgs more to go. Banyak tu..-___-

Well, I am now still give Aneeq a full breastfeeding. No added formula milk until to date. Syukurlah susu aku agak meriah since the first day delivery. Aku tak mengurut pun awal-awal pantang since I have the 3rd degree tear episiotomy so yea takut if jahitan tu terbuka. But luckily even masa tu tak mengurut lagi pun I still can breastfeed Aneeq sampai dia kenyang..susu pun sangat meriah. Alhamdulillah rezeki Aneeq sangat murah. Sekarang ni aku dah start buat stock susu untuk Aneeq bila aku dah masuk kerja nanti. Buat masa sekarang aku sekali pump hanya untuk 4oz je sebab boleh simpan dalam storage box yang mana kena bagi ada gap dalam storage tu sebab nanti bila simpan dalam fridge susu tu akan beku dan akan mengembang. Kalau sekali pump aku reach sampai 5-6oz aku akan simpan dalam second storage box. So far, dah almost 15 storage box aku dah simpan dalam fridge dan akan menambahkan koleksi nanti, InsyaAllah.

Susu stock ni actually boleh bertahan dalam suhu bilik about 4 hours only. Kalau kita simpan dalam ruangan sejuk fridge tu ia boleh stay until 7 days. Kalau dalam peti sejuk beku bahagian atas boleh bertahan 3-6 bulan. Tips lepas simpan stock susu ni, lepas pump jangan terus simpan dalam bahagian sejuk beku. Simpan di bahagian sejuk dulu. If in 5 days the storage milk still not used, then only can keep in the upper level, bahagian sejuk beku tu. Kalau dah cairkan susu tu, tak boleh bekukan balik, kena guna within 24hrs kot. Kalau tak silap la, ni pun info dapat dari bacaan google. Hehehe

Sekarang baru start ajar Aneeq minum susu aku guna botol. At first he was reluctant to use it. Asyik tolak dengan lidah. Tapi aku pujuk, masuk sikit-sikit dan so far alhamdulillah Aneeq mahu juga guna botol untuk minum susu. Kadang-kadang aku selang dengan direct breastfeed sebab nanti dia tak nak pulak puting aku nanti. Awal-awal tu aku cuba dengan botol BabyKiko and MAM, tapi Aneeq macam tak rela. So I decided to change to Tommee Tippee. Mujurla yang ni Aneeq boleh accept, so sekarang ni rasa lega jugak sebab satu masalah dah selesai. Even Aneeq still kena pujuk dulu baru dia rela nak guna botol, but in the end nanti sampai habis jugak satu botol dia hisap. Hehe. Good boy anak mama ni :)

So my next aim first sekali nak beli cooler bag untuk simpan susu kalau aku pump during working hours. Dekat office memang ada fridge, kalau boleh simpan situ je but to be safe beli je la cooler bag tu. Boleh tahan dari 12-24 jam tu. Stroller dah beli, which is cost us RM299. Aizat la berkenan sangat dengan stroller tu, macam mana nanti nak bawak balik ke KL pun tak tau la. Banyak kot barang! Huhu

Selama 40 hari aku berpantang dan menjaga Aneeq, aku bersyukur jugak sebab Aneeq tak banyak meragam. Dia jarang kembung perut dan tak pernah la Aneeq nangis sebab merap nak suruh orang dukung. Aneeq kalau dia terjaga dari tidur, dia tak immediate on siren bomba dia. Dia akan main sorang-sorang, kejap gelak, kejap tengok sana sini, lepas tu tangan tu gawang kanan kiri, tapi tak menangis. Aneeq akan on siren bomba yang kuat bila dia dah lapar. Semua orang dalam rumah bila dengar siren bomba Aneeq mesti dah faham yang dia dah lapar. Sebab aku tak biasakan Aneeq setiap masa kena dukung. Bila dia tak menangis, aku biar Aneeq main sorang-sorang but still I keep an eye on him. Kadang-kadang boleh tergelak tengok telatah dia. Alhamdulillah, Aneeq bijak dan tak pandai memerap. Anak lelaki mana boleh kuat merap kan..he has to be strong. Hehe. Ni tips aku baca dari satu link yang bos unit penang forward masa aku tengah pregnant dulu. Berhasil la jugak. Hehe

Aku insyaAllah akan start kerja in mid of Jan 2013. Maybe akan apply annual leave dalam 2,3 hari sebelum start kerja to actually adapt with the new environment. Ye la, ada orang baru kan..the schedule won't be the same as before lagi dah..aku kena start drive sendiri ke kerja dan tugasan menghantar dan ambil Aneeq dari babysitter aku akan uruskan. Babysitter tu aku dah booked since pregnant lagi. Mahal la jugak dia charge pun, tapi tak pa lah..tak sanggup nak hantar Aneeq ke nursery..macam paranoid tetiba. Hehe.

Aku akan bawak balik kereta aku ke KL nanti sebab senang nak bergerak. Aizat pun nak guna kereta dia juga nanti so to be fair masing-masing guna kereta sendiri. Tugasan aku la kot yang banyak sikit sebab kena uruskan Aneeq. Aizat balik kerja pukul 6, busuk-busuk nak sampai rumah pun maybe pukul 7. Lambat sangat. So aku pun volunteer la nak uruskan Aneeq sebab aku balik kerja awal, so dapat la masak dan do the house chores sementara tunggu Aizat balik. Hehe..See? Aku dah well-planned kan? Macam ibu yang berdedikasi je ye tak? Hehe

Well,this is the life that I've been dreaming of actually. I know it sounds easy, but the real thing it is not. I don't know how it will treat me later, but one thing for sure..I feel blessed for having this chance. Harap-harap next coming years nanti more good news will hit us. InsyaAllah, Amin! :)


Let's get it started bebeh!

Friday, November 30, 2012

Pengalaman Bersalin ; Just for sharing :)

Alhamdulillah, dah 14 hari aku selamat bersalinkan Aneeq.:) Setelah bergelut dengan kesakitan yang amat sangat selama lebih 2 jam, aku berjaya melahirkan another human being, a baby boy at 3.38kg. Besar jugak la sebenarnya and no wonder masa aku mengandung dulu semua orang asyik tegur perut aku besar je. I was so worried at that time if my baby weight more than 3.5kg sebab chances untuk operate tu macam tinggi jugak. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak bersalin normal dengan bantuan vacuum. Eventhough ada orang cakap, 'Eh, kenapa tak bersalin biasa je? Tak larat nak teran ke?' Well hey, aku bersyukur sangat dapat lahirkan anak aku dengan normal even bantuan vacuum, at least aku tak perlu kena operate. Cuma, jahitnya agak banyak jugak tapi takpala, pengalaman pertama kan. :)

Sebelum ni aku selalu confused dengan istilah contraction. Selalu terjadi the false one. Tapi bila sakit contraction yang betul-betul aku dah rasa, sakit nya adalah sangatlah jauh berbeza. Kalau setakat perut mengeras and kau still boleh golek-golek atas katil dengan happy, boleh makan dengan tenang atau sembang-sembang dengan riang, mind my words; itu bukan contraction betul-betul. Maybe baby saja mengeras kat dalam kot. Sebabnya, sakit contraction yang betul-betul ni Ya Allah..sakitnya sangatlah sakit. Macam pinggang kena pulas, macam perut nak pecah. Dan yang paling sakit sebab bila contraction tu datang, korang akan rasa macam nak meneran but you just can't. Doctor tak benarkan proses push tu sampai la bukaan sampai 9cm to 10cm. Kena tahan dan tunggu green light dari doctor. Doctor cakap i'm progressing very well time tu sebab aku tak perlu sakit lama untuk tunggu bukaan sampai 9cm. Just 2 hours, but then for me that 2 hours is the longest time ever. Sebab sakit sangat-sangat...luckily Aizat was there in the labour room. Dia pegang tangan aku kuat-kuat sambil berzikir tak henti-henti. Setiap kali aku contraction, which at that time opening dah 7cm, sakit nya dah makin kerap..dalam 3minit sekali. Aizat akan cakap, 'Sabar sayang..sabar..'. Aku tak menangis, cuma terfikir bila la aku boleh push sebab dah rasa macam nak terkeluar sangat dah..And, at 9.31am, aku selamat melahirkan Ahmad Aneeq bin Ahmad Aizat. :)

Betul orang cakap, menjadi seorang ibu adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai harganya. Anak itu adalah amanah Allah, dan setiap kali aku menatap wajah Aneeq, I can't believe that for 9 months aku mengandungkan dia, sekarang ni dia ada di sebelah aku. Another human being man. Rasa macam mimpi. Syukurlah ya Allah.

Lepas melahirkan ni, aku nak nasihatkan semua parents-to-be untuk kuatkan semangat mental dan fizikal hadap situasi anak kena demam kuning or jaundice. Aneeq kena jaundice sampai kena masuk wad kot..sebab kuning dia turun naik..tak tetap..banyak jugakla cara kami usahakan dan Alhamdulillah..Aneeq dah okay sekarang..aku nangis teruk kot bila tengok Aneeq kena duduk bawah lampu sampaikan aku volunteer nak stay dalam ward jaga Aneeq and breastfeed dia. Mungkin sebab kegigihan aku yang tak berbelah bagi pada Aneeq kot, Allah mudahkan dan tolong aku. Aneeq stay dalam ward satu malam je, lepas tu kami monitor dekat Klinik Kesihatan. So nanti pada sapa-sapa yang anak kena jaundice boleh la tanya aku cara-cara perubatan tradisional yang dah diusahakan untuk turunkan bacaan kuning tu. Kita cuma usaha, yang selebihnya serahkan pada Allah. Jangan give up sudah. Yang penting jangan biarkan budak tu kena jaundice lebih dari 14 hari, kalau tak itu dah kena prolonged jaundice, lain cerita pulak. Mintak simpang la...

Ada few friends of mine yang tengah counting days/months for delivery. Aku doakan semuanya akan selamat. Ingat, masa dah masuk ward tapi sakit tu tak datang lagi, tolongla makan bagi ada energy. Jangan tak lalu pulak. Nak meneran nanti wey..tenaga kena banyak. Maksud aku, sangat banyak. Jangan angkat punggung, kalau tak nanti jahitnya pun banyak. Jangan ambil apa-apa pelali kurangkan sakit contraction, kalau tak nanti korang tak da tenaga sebab rasa lali, macam aku..dah cantik meneran, dekat hujung-hujung dah tak mampu sebab tu guna vacuum, dan kena jahit banyaaaakkkkkkkk. Argh..lesson learned kan. Aku share ni sebab aku tau ada kawan-kawan yang tengah expecting akan baca, dan pada yang sedang mencuba pun mungkin akan baca..this is truly my experience. Just for sharing. Semoga selamat untuk korang dan all the best!

Nak share gambar Aneeq, boleh? :)


Ini la kekasih hati baru aku..9 bulan mengandung wey. Ahmad Aneeq bin Ahmad Aizat ; 14 days.

:)

Friday, November 2, 2012

Me at 38 weeks.

Assalamuaalaikum..

Hari ni genap 38 minggu. And, i'm still working, just banyak mengadap PC je lah. Cuak sebenarnya, sebab both sisters actually deliver at 38 weeks. Barang-barang semua dah ready dalam kereta Aizat just in case of emergency. Cuma aku, maybe sebab macam cuak sangat kot..in state of denial lagi..rasa macam..'Wahhh dah November!". So far memang tak da apa-apa tanda lagi..just kadang-kadang jadi false contraction gitu..main-main pulak baby boy aku neh kan..

Next week aku ada check up untuk 38 minggu ++ dengan Klinik Kesihatan Ampang. Rasanya last check up kot kat sini. My parents wanted me to go back to Alor Setar for the delivery. Ikutkan hati tak kisah mana-mana pun, as long as hubby is there..seriously, tak mau la aku meneran sorang-sorang without Aizat..harap-harap Allah mudahkan perjalanan tu nanti..

So based on due date, 2 weeks from now is on 16 Nov 2012. Maternity leave aku maybe start a week earlier kot. Gamble je lah nanti, mintak Aizat hantar balik Alor Setar, hopefully sempat la balik nanti.

Aku ada baca few blogs regarding on the tips to deliver. e.g : tanda-tanda nak bersalin and what to do when you started to feel the pain of delivery. Wey aku sampai nangis kot baca each of the post. Pengalaman setiap orang tak sama, ada yang senang, ada yang susah gila. Well, sakit bersalin tu berbaloi la kan dengan rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan untuk seorang wanita. Itu je yang aku fikir. Whatever happens, it comes with reason.

Mak aku and in law actually macam risau sikit in case by next week aku dah deliver, which means aku akan deliver dekat KL la kan. To be truth, kalau aku bersalin dekat KL yang ada cuma aku..dan Aizat. Sebab both mom n in law tak dapat turun ke KL sebab adik and adik ipar aku both kena sit for SPM which akan start this 5th Nov. Aku anggap ni dugaan. To be honest, sapa tak sedih kan?

Kalau ikutkan mak aku, dia memang suruh balik this weekend jugak. The problem is that, annual leave aku pun just ada ngam-ngam for a week. More than that maybe kena apply no pay la kot. Since doctor advised to just stick to my EDD date which falls on 16th Nov, aku kena apply maternity leave on that day. Tak boleh awal dari tu. HQ tak kasi..huhu

Tapi kalau deliver awal, then maternity leave will falls on that day lah. Kalau terlewat dari due, there you go..di situla annual leave akan digunakan. Serba- salah aku ni.. Mak sangat risau dengan condition aku yang cuma ada Aizat, and yes aku pun kesiankan Aizat jugak. Setiap kali terjadi false contraction tu, dia mesti panik..mesti tanya..'nak abang panggil ambulans ka?' Kadang-kadang dia sampai tak makan, and tak mandi bila tengok aku dah memusing sana sini sebab perut memulas and akan temankan aku sampai la aku okay tak pun aku tertido terus. Huhu. Thanks hubby..Jasamu dikenang..

Ada kawan aku di Unit Penang yang due date a week after dari aku pun dah start rasa pain tu dah. She is actually dah applied for maternity leave since doctor told her that she might delivered 2 weeks earlier than her due date. Selalu message aku informed 'kesakitan' dia tu. Uhuk3, aku cuaaakkk..satu, sebab why I don't feel anything eventho the baby already engaged and second is that..weyyy sakit kot kalau contraction yang betul-betul tu! Especially time kena seluk, kawan aku cakap boleh menitik-nitik air mata time kena seluk just to check berapa cm dah bukak jalan. Cuak wey...cuaaaakkkkk -___-

Emmm dah la dah la tak nak tulis apa-apa lagi. Tahap kecuakan aku dah sampai petala lapan dah ni..Tetiba emo. Nak balik cepat peluk Aizat kuat-kuat. Huuu

Bye

Tuesday, October 23, 2012

Sneak a peek

Well hey, it's 36 weeks already! Ya Allah, i am so nervous and i feel like my whole body is shaking whenever I think about it. Seriously.

I am so blessed for not having too much of problems or craving for foods like crazy during my pregnancy period. Most of the time, when I feel like eating something, I will go and get it by myself since my husband is too far away and we are not living together yet since we get married due to work demands. Well yeah, I have to admit that it was the time when I really need my husband the most ; frankly speaking. But Alhamdulillah, everything is so clear right now, I finally with my husband when i'm approaching my 3rd trimester. Hmm better late than never, isn't?

I just wanna share few things about my 3D/4D checked up. I did my 3D/4D scan at Klinik Fauziah and Rakan-rakan in Ampang. The sonographer, Ms Jezzlyn is the best ever. Her service is highly recommended to all moms to be since she is so soft and very gentle handling me and my baby during the scanning progress. At first my baby refused to show his face and we are getting so upset since we cannot see his face. Then, Ms Jezz slowly talked to my baby and then my baby suddenly removed his hands and his face can be seen in the monitor and i was like, Subhanallah..that's my baby! He moved here and there, siap menguap lagi..tunjuk pipi tembam which is exactly like his mother! Whehe.. Aizat was so excited and he keep on saying..'Ha..ikut mama dia la..hidung ikut mama jugak..' sounds like macam dia upset sikit sebab for what we saw our baby memang ikut muka mama yang banyak compared to him..hehe..sorry Abah! :)

At first, i was reluctant to do the 3D/4D scan since i'm approaching 35 weeks already. And based on the review, normally at this period it is so hard to see the baby, only his/her movement can be seen and not really full captured. Tapi lepas kena pujuk dengan Aizat, then i agreed to go..bukan apa, takut aku frust je nanti kalau tak dapat tengok muka baby..But i was so lucky because i can see my baby and his cute face. Heee, syukur Alhamdulillah.. It's really worth it..seriously.

Here, lets see how my baby looks like after the 3D/4D scan. :)



He is so chubby kan? Like his mother. ^__^.. Actually, got few more photos captured, but this is the best shot for me I think...and got few videos jugak. Tiap-tiap malam aku akan tengok video tu sambil belek-belek gambar yang sempat captured. Macam dah mabuk cinta nampaknya..hee

Well, my little baby...you are now is still in Mama's tummy, if only you know..how Mama and Abah are so excited to see you and to have you in our arms. Stay healthy inside and not even a month pun my darling..we will be together..InsyaAllah..

Can't wait! :)

Sunday, October 7, 2012

My baby checklist :)

As parents-to-be at anytime soon, me and Aizat still discussing whether what we have prepared earlier is actually enough or not for our baby when he's born sooner. Seriously, we thought that we had prepared every single thing for him but it seems like we both are never satisfied, like seriously.

So until now i still keep on updating my check-list for all the stuffs that might be needed when our baby is born. Google here and there, found this and that, but i feel like, it's never enough. And, one thing for sure..it's been quite some time already since i bought myself anything, same goes to Aizat. All of our saving, salary ( after deducting all the commitments), all will successfully transferred to our baby-saving account. And i'm proud to say that i finally can keep more than RM3k just for the preparation of our baby. (not including Aizat's money). Percayaalaaaahh. Ngehehe

So people, let's list down what had been prepared for our little-one soon to be ; insyaAllah. Hopefully this checklist can help you readers; a mother to-be to have something in your mind on what to buy/ to prepare for your baby :

Clothings :

a) Top & Pants / Rompers / Sleep suits - Checked. Bought newborn size for about 4 pieces, the rest combined with 3-6 & 6-12 months. Total almost 20.

b) Mittens & Booties - Checked. Got 7 pairs, mixed with blue, white and brown.

c) Blanket : Checked. 1 only

d) Hats : Checked. 4 sets. Ini digunakan masa nak bawa baby pegi check-up.

e) Tummy binders : Checked. 4 pieces. Better buy the one yang boleh ikat instead of yang lekat since we don't know how the size of the baby when she/he is born. If the baby is too big, nanti yang jenis lekat tu langsung tak boleh guna.

Changing & Diapering :

a) Changing mat : Checked. One piece

b) Baby wipes : Checked. 6 packs

c) Disposable diapers/ Pampers : Checked. Bought for new born size but comes in 64 pieces. It's too much i think, mesti tak habis guna but then blame it to Aizat. Beria sangat nak beli yang banyak pieces. Hehe

d) Napkins : Checked. Got 12 pieces from Anakku. This one being requested by my mom sebab nanti during my maternity dia akan jaga, so dia nak guna untuk bedung baby nanti.

Nursery :

a) Baby cot : Not checked.

b) Comforters, Pillow & Bolsters : Checked. Sponsored by mother-in-law

c) Baby bag : Checked. This one is used during the emergency. You have to put some of the baby clothes, toiletries, pampers which will be used after you giving birth. ( normally masa dekat hospital)

d) Mosquito net : Checked

Bathing & Grooming :

a) Bath Tub : Cheked

b) Toiletries ( Baby Bath/ Baby Oil/ Lotion/ Baby Powder / Minyak Yuyi) : Checked. All in small size, Johnson & Johnson

c) Bath Towels : Checked. 3 sets

d) Baby comb / brush : Not checked

e) Cotton buds : Not checked

f) Baby Nail Clipper : Not checked


Feeding :

a) Feeding bottle and teats : Checked. 4 bottles. Different in size

b) Teat & Bottle brush : Checked

c) Bottle cleanser : Not checked

d) Sterilizer : Not checked

Mommy's stuffs :

- Breast feeding

a) Breast pump - Checked. Medela brand

b) Breastmilk storage containers : Not checked

c) Nursing bras : Not checked

d) Maternity pad : Checked

e) Nursing/ Breast pads : Checked

f) Set bersalin : Checked. Nona Roguy

Okay, I think this is all for now. Maybe I will continue updating my check list until all are completely checked. Hopefully this is the best one.

Ok, bye :)





Tuesday, October 2, 2012

Journey begins

Okay, hari ni nak cerita pasal hal pindah rumah and unit office baru. Since today is my second day here in Pandan Indah, nothing much i can do. Still nak adapt with the new environment here which is totally different from Penang Unit. *sigh*

Kalau di Penang Unit, partition untuk setiap orang tak la macam di Pandan Indah. Which means, for those yang memang suka privacy and lone ranger sesuai sangat la dengan partition dekat sini and semua orang tak get along very well sangat. Ye la, most of the engineers in Pandan Indah terdiri daripada lelaki. Memang tak boleh nak ngam sangat la kan..huhu

So dalam masa 2 hari ni, aku memang cuba untuk telan dan kunyah with environment macam ni. Since nothing much i can do, work load belum sampai tahap menggila lagi aku dah tak larat nak kira berapa kali aku menguap dalam masa sehari setengah ni dan berapa kali aku asyik ulang alik ke toilet sebab air cond sini super damn sejuk and yes, for a preggy person like me that approaching 8 months already, aku tak boleh hold lama-lama perasaan nak membuang air kecil tu. Huhu..layan kan aje lah ye tak?

Pasal hal pindah rumah pulak, alhamdulillah everything went well except masa nak pindah barang dari Penang ke KL. Remember previous post which i did mentioned pasal sewa lori with 2 workers that only cost me RM900 tu? well yeah, next time kalau aku nak hire orang untuk benda-benda macam ni, aku nak consult dengan Aizat or my brother in law dulu. Sebab apa? On the same day nak pindah barang tu, which at that time most of the things dah in order just tunggu nak masuk dalam lori je, driver sewa lori tu boleh sent message and informed me that he couldn't make it that day and asked me to find another lorry macam tu je. Aku memang panic sangat time tu since no matter what happened, i still have to start duty in Pandan Indah on the next Monday, tapi takkan barang-barang semua tu nak letak kat Penang? Aku memang sangat marah, and luckily my parents, kakak and brother in law were at my house. So everyone was like, 'alamak..macam mana ni..benda ni kena settle by today jugak..' aku dah macam..Ya Allah, why this thing still happened to me even though i've prepared this for almost a month ago already? Sobss panik kottttt

Then, my brother in law cuba tolong jugak, and he finally dapat satu lori sewa dari Alor Setar yang boleh datang hari tu jugak. Emergency ni..tapi upah sewa lori is actually double the price yang earlier lorry tu pulakk..RM1500 kot..aku dah macam..alamak budget lari la pulak..but then, bila discuss dengan Aizat and parents, this is the only choice that we have at that time, so just grab je la. pejam je la mata tu bila nak bayar sewa tu nanti..dalam hati, ok la..pasrah. -__-

Alhamdulillah, after what had happened hari tu finally it has come to the end. Finally berjaya jugak transfer semua barang ke rumah baru which is at 11th floor. Aku untungla sebab semua orang tak kasi aku buat apa-apa..ibu mengandung la katakan. :). Luckily ada 4 orang kawan Aizat dan abang aku yang standby kat KL untuk tolong angkat kan barang dalam rumah baru. Nak settle clearkan barang dalam lori tu pun dah sampai pukul 12tengah malam, memang penat sangat dan dua-dua laki bini terus terbungkang malam tu sebab dah over dose buat kerja sangat. Tapi aku tak la..tak buat apa-apa pun..hehehe

And now, the journey begins. Rumah ni baru ja siap kemas sikit-sikit..and baru aku sedar that my husband is very particular even for small things pun. Nak beli pelapik kaki getah nak letak depan toilet pun dia check setiap benang keliling sama ada in good condition ke tak. As for me, nak letak kat kaki je kot, tak payah la detail sangat ye tak? Ngehehe..

Dapur dah kemas,Aizat la yang kemaskan..aku tolong sikit-sikit je pun. Dan insyaAllah, maybe after clear kemas rumah nanti, kami plan nak buat kenduri sikit la. Maybe jemput jiran-jiran terdekat, sebab kena kenal-kenal jugak jiran-jiran sekeliling just in case apa-apa nanti kan senang nak mintak tolong..then nak invite kawan-kawan Aizat jugak kot..yang banyak tolong hari tu, and few relatives yang boleh datang la..at least, buat la jugak kenduri kecik-kecik pun, asalkan buat aje la..ye tak?

Apa-apa pun, aku bersyukur dapat settle down with Aizat and preparing to have a small family here. Doa-doakan la aku selamat deliver and then after maternity nanti will bring along my baby and yeah, this is the life that i've been waiting for. Membesarkan anak sendiri dan bersusah senang bersama suami.. May Allah bless this marriage, and our journey towards a better life insyaAllah. Amin.

:)

Monday, October 1, 2012

Quick update

Quick update, i have a lot of things to write down here but have no time since you know, September was the busiest month ever.

Today is 1st Oct and i am now successfully transferred to Central Planning Unit and yey it's my first day here by the way :) Hebat tak, i can update my blog during my first day working. Hehe.

Let's go down one by one.

1. Baby's stuffs alhamdulillah dah complete beli. Banyak jugak la duit keluar but i want the best for my baby so tak kisah la berapa banyak habis pun. Untuk baju baby aku tak beli semua nya new born size, aku campur-campur. Sebab baby ni dia punya pembesaran tu agak rapid jugak. So aku beli in total semua almost 18 helai jugak la, ada new born size, 3-6, 6-12. Semua comel-comel sebab baju baby memang comel-comel belaka. Hehe.

2. Sarung tangan baby aku beli dalam 7 pasang. Sebab comel sangat. Siap ada telinga bear la bagai..memang tak boleh tahan. Tilam baby pulak dapat sponsored dari parents in law, pun ada telinga bear jugak. Ikut taste mak baby kot. Hehe.

3. Pampers done, barang-barang mandi pulak aku beli saiz yang kecik-kecik dulu. Aku beli set Johnson & Johnson sebab tu highly recommended. Tapi to be safe, aku beli dulu yang small size sebab kulit baby ni tak sama. Just in case kalau anak aku nanti tak sesuai ke apa, tak da la rasa rugi sangat kalau tak guna pun kan? Bijak tak? :)

4. Botol susu pun dah complete 4 botol, different in sizes. Mula-mula kan nak beli Avent bottle, tapi setelah di survey, kalau pakai Avent brand nanti nak tukar puting pun susah. Sebab botol Avent, hanya puting Avent je yang boleh guna. Dah la mahal sangat puting je pun. So aku beli brand Kiki Lala and plus corak botol tu lagi comel dari Avent. Sebab ada banyak bear. LOL. Tapi based on doctor's advice, botol susu ni tak kisah pun brand apa, just make sure it comes with BPA free. Mahal sikit takpe, tapi risiko yang tak elok kita dah cuba avoid.

4. Mommy's stuffs pun dah ready. :) Maternity pad, breast pump ( oh yeah, aku beli medela brand at reasonable price. Yey :) Dapat jugak sebelum pindah ke KL. Hehe. Untuk set bersalin masa berpantang pulak, aku beli set Nona Roguy, same goes to the barut jugak. Mahal kot. Total 2 tu dah RM400. Tapi based on review, Nona Roguy pun highly recommended during maternity. Berhabis untuk benda-benda yang elok, tak pa la kan? :)

Sebenarnya nak update jugak cerita pasal transfer ni, how things happened during the day nak pindah tapi macam banyak sangat pulak nak story dalam satu post. Tunggula next post, kalau sempat aku update lagi.

Bye! :)

Thursday, September 13, 2012

Syukur, finally


Alhamdulillah, its official!

Finally, after almost 9 months waiting for this letter, now I'm officially being offered as a new executive at Central Planning Unit in Pandan Indah. :)

Seriously, I don't know how my new job will treat me but whatever happens in the future, I believe that everything will be just fine and yeah, hopefully it will treat me good :) This is the life i've been waiting for soooo long kan, so apa-apa jadi pun kena hadap jugak la. Betul tak? Hehe

Rumah sewa alhamdulillah finally dapat jugak. Rental RM600 per month. Ok la tu, based on Aizat's observation masa pegi tengok rumah, still in a good condition. View dari balcony belakang rumah pun boleh terus nampak KLCC. Jarak rumah dari tempat kerja dalam 3km je. Hehe. Near to the Hospital Ampang jugak. Wahhh pandai betul laki aku cari rumah sewa eh? Kalau emergency nak deliver ka apa boleh terus ke Hospital Ampang je, kan?

Lori sewa pun dah booked. Penghantaran barang dari Penang ke Kuala Lumpur include dengan 2 orang pekerja agensi tu ambik RM900. Fuhh laju gila duit habis this month. Tak pa lah, for the better future jugak kan..Barang nak diangkut pun banyak jugak kot, peti ais, washing machine, katil, almari baju, meja makan, sofa and etc. Kira complete set lah senang. Memang sakit kepala jugak la aku and Aizat fikir macam mana nak arrange date nak settle semua within this month. Ye la, I have not be given any transfer leave since I was the one who actually asked to be transferred. So memang schedule for September sangat la tight with all the work loads and these stuffs too. Harap-harap everything will be fine je lah, aku apply leave on 28th Sept 12 and then 29th Sept lori sewa angkut barang, on the same day also aku dengan Aizat akan berangkat ke KL. Aku kena lapor diri on 1st Oct so seriously I won't be having any free days left. Huhu

So dear friends, please wish me luck for my new job environment in KL. Hopefully, me,Aizat and my little one inside will be having a better future nanti. InsyaAllah.
Amin :)

Thursday, August 30, 2012

7 months, oh!

I am now 7 months already!! Whoaaa thats fast. Rasa macam baru je kawin last February and by mid of November i'll be having a baby ( insyaAllah). Syukur Ya Allah atas limpahan kurniaan ini. :)

Sekarang ni memang tengah excited nak start beli barang baby. Aku baru je start survey botol susu baby, and few other items for new born baby ni. Siap google, search lagi list apa yang required untuk anak pertama ni. Excited sungguh. :p

Untuk awal-awal ni, aku dah berkenan dengan botol susu Avents yang color honey tu..harga memang la mahal sikit..tengok dekat semua mall harga dia RM240++. Then aku survey lagi dekat area Georgetown kedai jual barang baby ni last-last dapat harga promotion RM198. Offer tu valid sampai end of October je, so sebelum aku transfer ke KL memang nak kena grab dulu. Review pasal botol susu ni pun sangat okay, puting dia pun lebih kurang macam original punya.


Actually ramai yang advise, nak beli baju baby ni jangan beli untuk newborn sebab baby nanti dalam pantang cepat membesar. So rasanya memang kena beli yang 0-6 months kot. At least boleh jugak pakai lama kan? Untuk berpantang ni, insyaAllah i'll be facing my maternity leave with my beloved mother. Tak kisah la dekat mana nak deliver nanti, doa-doa tu biarla on time, so boleh deliver dekat Hospital Sultanah Bahiyah je. Tapi kalau tak sempat, takpala..kat Goverment Hosp kat KL pun kira ok la. Why Government? Ngehe..sebab Indah Water fully cover bil-bil bersalin tak kira la normal or operate. Untung kan? Buat apa la aku nak habis beribu-ribu untuk bersalin di private sedangkan aku dapat free je kalau bersalin dekat government hospital kan? Sakit nak beranak pun sama jugak kot. Hehe

Last but not least, sekarang tengah usha breastpump untuk my little baby ni. Hari tu tengok Avents brand, lebih kurang RM200 over jugak. Tengok yang Medela kalau yang freestyle dah sampai RM1.7k. Crazy prize..dah separuh gaji kot tu..ish. So macam berkenan yang Medela Harmony, tu single swing la tapi and manual. Susah sikit..harga pun lebih kurang Avents brand jugak. Medela yang freestyle tu yang mahalnye sebab dia guna elektrik and double swing pulak..so memang banyak la susu boleh dapat nanti. Tapi tengokla, maybe beli yang Medela Harmony je kot. Save sikit. Kikiki.



Sebenarnya banyaaaak lagi nak tulis pasal barang baby ni. Maklumla, nurse pun dah bising sebab aku tak start beli apa pun lagi. Masa nak beli last month, rasa macam awal sangat..bila dah buat double confirm gender baby and tengok my little one tu bukan main lagi berkungfu dalam perut rasa macam..alahai..comey betul. Mama terus tak sabar nak membeli baju untuk kamu tahu? Hehe

Nanti la next post, aku post lagi pasal excitednya aku nak membeli barang baby dan menghabiskan duit si Aizat. Hehehe

:)



Wednesday, August 1, 2012

Paranoid


Why do we hurt the most, the ones that we love the most?

It is only me, or it is also about you?

Think. Think. Think.

It's okay.

You can't kill me by the way.

I'm stronger more than you think.

Believe me.



Monday, July 30, 2012

Update

Alhamdulillah, it has been 10 days we are in the fasting month. Syukurla, not even one day down pun. InsyaAllah akan cuba penuhkan puasa sampai akhir bulan. :)

Well, there's nothing much to tell since i'm living in a normal life like what i really want it to be. Syukur punya suami yang sabar, penyayang, kerja yang baik, rezeki yang masih cukup, anak yang semakin membesar dan keluarga yang sangat memahami. Walaupun ada jugak upside down tapi that's life anyway. Macam mana pun life kita treat kita, it depends on us how to deal with it. Kan?

I am now almost 6 months pregnant. How fast the time flies kan? Rasa macam baru je dapat tahu ada tiny little dots in my womb, dengan sejarah bleeding apa semua, and now my little one is breathing inside me. :) Ya Allah, ciptaan Tuhan Maha Agung, Dia Maha Mengetahui atas sesuatu yang tidak kita ketahui. One more good news is that, we went for the check up last few weeks to check the baby's gender, and most probably....we will be getting a baby BOY! Hehe. Alhamdulillah.

Sebenarnya kena buat sekali lagi check up untuk double confirm, hmm maybe dah masuk 7 bulan baru buat another check up. Tak kisah pun boy ke girl, as long as dia sihat, sempurna dan bakal menjadi anak yang berguna kelak. Insyaallah.

Sekarang tengah tunggu rezeki nak berpindah. Harap-harap ada la rezeki ke Shah Alam. I'm hoping for that by the way. Kalau tak dapat jugak sekarang, anggapla belum rezeki. Nak tension sangat pasal ni pun tak berbaloi..tak dapat apa-apa juga. Bersabar dan harus terus. InsyaAllah.

Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga eh? Mudah-mudahan Ramadhan yang pertama kami sambut ni bakal menjadi satu permulaan yang baik untuk kehidupan yang jaaaauuuuh lebih baik nanti. InsyaAllah.

Selamat berpuasa dari mommy-to-be, Aizat and Aizat's junior. InsyaAllah :)

Monday, June 25, 2012

Tentang Rasa

It is so frustrated when you tried so hard to get something that you want, but at the end when it is almost there, you have to let it go..just like that.

Hmm..Planning Department HQ had sent me an email last week and the HOD herself ( Head of Dept) asked for my resume and requested me to fill in the internal transfer form since they told me that got vacant for Planning Engineer in HQ. But it is open to the internal employees only. I thought it was a very big opportunity for me to get transfer and settle down in KL with beloved hubby.

But when everything is in order, seems to be fine and okay, hubby told me something that make me feel soooooooooooooooooooo frustrated. Down.

I don't know..why is this happening to me when everything seems to be ok?

Aizat's company is now bidding for a new project in Bangladesh, Hong Kong and Indonesia. For now, the 3G project will be developed in Bangladesh and if his company win the the project, the director will send him there for about 2 to 3 months. The result will be confirmed by latest next month. And based on Aizat, his company got a chance to get that project and yes, he will leave me and our baby for quite some time. For our own good. Yes for our own good.

If that thing happens, I will face my 3rd trimester without my husband. At that time I'm probably about 8 to 9 months pregnant. How am I going to face that alone? I just don't know. I can't even imagine that seriously.. -__-

Allah knows what the best for us. Kalau dapat, rezeki anak kot. Gaji Aizat maybe akan jadi double or maybe more dari apa yang dia dapat sekarang dengan the allowance that he will get nanti kan.

So now, what for the internal transfer yang aku struggling sangat tu kan? I had been informed yang most probably i will get that post. Tapi, bukan rezeki aku lagi maybe? Terpaksa la aku withdraw. Ya Allah..kecewanya rasaaaaaaa. :(

Ya Allah..jika ini dugaan-Mu untuk kami suami isteri, mohon kuatkan hati dan iman kami..semoga kami terus bersabar dengan dugaan ini. Kuatkan aku, kuatkan anak dalam kandungan aku, dan peliharalah suami ku. Sesungguhnya kami sangat bersyukur dengan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah. Amin..

My dear baby, jadi kuat macam ibu..jadi pandai macam ayah. Okay?

" Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.."

Thursday, May 24, 2012

Mengejar Infiniti

Sejak kebelakangan ni, kepala aku selalu rasa ringan, seperti baru berbekam (walaupun aku tak pernah berbekam), macam antara tidur dan jaga, realiti dan mimpi. Macam aku terperangkap di antara dua universe. Semuanya gara-gara mengejar sesuatu yang jauh dari genggaman. Sesuatu yang tidak pasti. Sesuatu yang mungkin mencapai tahap infiniti. Aku rasa kabur dengan sesuatu itu, nampak tapi tak nampak jelas. Faham tak maksud aku ni? Hmm..

Technically mengejar infiniti membawa maksud suatu teknik yang tidak logik, tapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Kamu sedang mengejar suatu high yang kamu tak pasti wujud atau tidak, boleh atau tidak, mampu atau tidak, sebab kamu ketagihkan perasaan yang ia beri kamu. Mengejar infiniti itu suatu kegilaan sebenarnya, sebab infiniti itu terlalu subjektif. Tak dapat nak namakan ia satu persatu. Kamu tahu ia tidak wujud, tapi kamu kejar juga. Haih, sumber infatuasiku yang elusif. Dia macam kegilaan dalam waras. Waras dalam kegilaan. Perasaan high yang ia berikan tu terlalu kuat hinggakan kamu dapat ketepikan macam-macam. Macam logik. Moral. Norm. Routine.

Semua ini terjadi selepas permohonan pemindahan aku ke Unit Langat ditolak gara-gara aku seorang perempuan. Vacant post yang dipublishkan untuk internal Unit rupa-rupanya hanya untuk kaum lelaki. Alasannya? Terlalu ramai engineer perempuan di Unit Langat. Mereka mahukan lelaki. Yaaa di mana adil nya itu? Lelaki yang tak mahu, kenapa perempuan yang harus ditolak? *Kecewa*

Tambah kecewanya aku sebab, permohonan itu di'simpan' lebih dari 6 bulan. Menyeksa perasaan aku, menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba. Bila ditanya, 'dalam proses', sampai bila? Yaaa akhirnya sudah ada titik noktahnya. Kecewa, patah seribu.

Perasaan membuak-buak untuk bekerja sudah jatuh ke tahap negatif. Aku tak dapat fokus lagi. Bukan sebab hal-hal mengandung atau rindukan suami, tapi..kenapa setelah sekian lama, akhirnya jawapan yang aku terima logiknya langsung tidak ada! Mahu berhenti kerja, tidak sama sekali. Sebab itu aku kata, selama ini aku mengejar infiniti yang sebenarnya terlalu jauh nak gapai, terlalu jauh tak ternampak, terlalu jauh sebab memang tak ada.

Down.Down.Down.

"Allah hanya beri apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak.."

Jadi, aku redha dan anggap mungkin bukan masanya lagi aku ke sana. Mungkin tempat aku masih di sini, dan suami akan tetap berada di sana. Semua ini hanya kehendak, masih bukan keperluan.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. ( positif)

Jadi, aku harap aku dapat kembalikan aku yang dulu, dan kekuatan untuk tulis seperti biasa dengan panjang meleret dan kerap seperti biasa. Dan tidak lagi meracau perkara yang hanya aku boleh paham.

Aku tahu apa mereka kata.

Jangan mengejar infiniti, sebab infiniti itu tidak wujud.

Penat.

Wednesday, April 18, 2012

Safest Place to Hide

" Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him "


Sebab tu la mungkin, setiap kali masa tidur, aku mesti cari lengan Aizat. Aku tak perlu bantal pun, what i need is his arms. Seriously rasa macam that is the safest place for me to hide. Rasa tenang je bila dapat landing atas lengan dia, cuddle each other, lepastu berbincang pasal our current life. Financial, our future, our child-to-be sampai la sama-sama tertido. Seingat aku, since first day we both getting married, not even once pun aku tidur atas bantal, mesti atas lengan dia. Aku tahu kadang-kadang dia rasa kebas, tapi dia insist untuk tahan and biar je aku tidur atas lengan dia. Without complaining anything pun.

Kadang-kadang bila aku rasa nak nangis for thinking too much about our baby aku akan cari lengan dia. Sometimes his shoulder. Aku rasa tempat tu yang paling tenang dan selamat untuk aku nangis puas-puas. Betul la kan, macam Aizat cakap, aku la tulang rusuk kiri dia yang hilang tu. We are meant for each other dari kami masing-masing dalam perut ibu lagi. Allah dah tetapkan jodoh aku dengan Aizat, tempat aku berlindung and that is what i feel right now. Berlindung di bawah dakapan Aizat, lindungan Aizat adalah tempat yang Allah ciptakan khas untuk aku seorang. InsyaAllah.

Bila Aizat tak ada, tentu lah aku kena tidur atas bantal jugak kan. Tapi aku ni punya la dahsyat, tak boleh tidur kalau tak ada lengan Aizat. Mengada gilaaaa kan? Typical me. -__- So sebab tu Aizat ada tinggalkan deoderant yang dia selalu pakai sebelum tidur dekat aku so that bila masa aku nak tidur nanti aku akan semburkan dekat bantal. At least, ada jugak bau Aizat pun jadi la. Boleh jugak nak tidur without thinking that Aizat was not there. Seriously macam orang mabuk cinta kan? But that's me. It is not i depend too much on Aizat, tapi bagi aku Aizat is the only one that i can rely on, yang boleh accept je apa-apa yang aku buat. Kesian kan. We are not living together, terpaksa la jadi pathetic macam sekarang ni. Huhu.

Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang hebat dan setia macam Aizat. Setiap minggu balik jenguk aku kat Penang, tak kira diri tu penat ke tak, letih ke tak, as long as dapat balik. Kadang-kadang aku nangis bila tengok Aizat, sumpah nampak sangat penat sampai aku sendiri pun tak tahan tengok dia. Ada jugak kadang-kadang aku cakap tak payahla balik. Aku akan ok-ok je kat sini. Tapi dia nak balik jugak. Setiap kali aku bising-bising cakap jangan balik, dia akan jawab, " Takpa, penat macam mana pun abang, bila tengok muka isteri tercinta penat abang tu terus hilang."

Hmm. Macam mana la hidup aku kalau Aizat tak ada? ( Syukur, Alhamdulillah)

Friday, April 6, 2012

Si Mata Sepet, Berkulit Cerah

Ada satu petang tu, aku lepak sorang-sorang dekat Mamak stall depan ofis, tetiba datang sorang kawan aku join. Chinese la tapi. Aku waktu tu memang lapar sangat sebab masa tengah hari aku makan waffle je tak lalu nak makan nasi. Ye la, masa tu tengah tension pasal kes spotting la, berat makin turun la, muntah-muntah la, memang confirm la aku cepat lapar kan. Perut pun kosong.

Lepas setengah jam kami having tea-time tu, datang pulak kawan-kawan dia dan dia pelawa untuk join kami satu meja. Without asking me pun. Aku memang tak ada masalah dengan tu pun. Cuma suddenly satu meja tu huru hara dan kecoh plus bising dengan diorang yang bertutur dalam bahasa Cina. Annoying-crazy-menyampah seriouslah.

Aku benci bila orang bertutur dalam bahasa yang aku tak paham depan aku. Kurang ajar tau tak. Bukannya kamu tak reti nak bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukannya aku suruh kamu cakap bahasa Melayu pun. Same goes to orang Kelantan or orang Sarawak yang cakap depan aku dalam dialek dorang. Walaupun aku paham dialek mereka, kalau dah cakap pekat-pekat pastu cepat-cepat, sapa nak paham. Macam nampak sangat nak kasi orang tak paham. Kalau dah buat perangai camtu, jangan melenting kalau orang cakap kamu berpuak-puak.

Even aku dulu pun masa belajar, even though pelat Kedah aku agak kuat, tapi kalau dengan kawan-kawan yang dari negeri lain, aku behave jugak pelat aku. I meant, tak la pekat sangat. Tak da la sampai diorang tak paham ka apa. Kalau aku join senegeri aku yang semua nya memang Northern people, memang aku cakap pure loghat la. Nak kena maki tetiba cakap KL depan member-member sekampung?

Hey, jangan putar belitkan apa yang aku nak sampaikan eh. I have nothing against orang Kelantan ke Sarawak ke atau apa-apa. Aku sangat ramai kawan orang Kelantan. Even Maxe bestfriend aku yang asal Kelantan pun, kalau cakap dengan aku tak da la keluar loghat Kelantan dia tu pun. Kawan orang Sarawak pun got few jugak, tapi diorang behave je aku tengok. Guna bahasa awam. Yang orang boleh faham, tak la menyakitkan hati sangat.

Kalau ada yang cakap aku extreme, kamu suka kalau kamu kena satu projek dengan bangsa lain, tak kiralah bangsa apa, pastu dorang discuss dalam bahasa yang kamu tak paham? Sakit hati tak? Geram tahu.

Aku tak paham kenapa ada orang camni. Memandangkan masa aku kat sekolah ke kat uni semua, kawan-kawan aku yang berbangsa lain semua bercakap dalam bahasa yang aku paham, walaupun mereka tak fasih dalam bahasa tu pun.

Ini bukan isu racism ke apa. Ini soal kekurang ajaran. Etika bergaul. Kamu datang join aku kat meja aku, kamu cakap bahasa yang aku paham. Sama macam kalau kamu datang rumah aku, kamu bukak kasut walaupun kamu terbiasa berkasut dalam rumah. Simple.

Lainlah kalau aku yang pergi join group kamu masa korang tengah berbual.

Jadi kesimpulannya lepas aku habis makan, aku terus blah tanpa cakap bye kat budak-budak tu tanpa menghiraukan wajah tergamam mereka. Tak kuasa aku nak polite dengan orang yang rude. Lepastu untuk melepaskan geram, aku beli karipap banyak-banyak dan hentam sorang-sorang dekat ofis. Sampai kan clerk aku pun tegur, " Kak Yany tak kenyang lagi ka dah makan kat kedai tadi?". Aku sengih je. Malas nak bagitahu. Banyak telinga yang bangsa mata sepet tu kat ofis. Malas nak cari gadoh. Sebab, kadang-kadang aku memang rasa makan sorang-sorang tu lagi aman. Seriously.

Wednesday, March 28, 2012

Dugaan

Kalau ikut previous post sepatutnya aku dah pergi check up hari Ahad lepas. I did. Aku pergi dengan Aizat to check the condition of my baby. Alhamdulillah, baby aku okay. Dah nak masuk 6wks dah. Compare dengan last check up, time tu memang tak nampak the spot. Doktor yang tunjuk kedudukan baby tu. But latest check up ni memang aku nampak baby aku dalam rahim. Even though dia belum form as janin lagi ( baru nampak ketulan darah) but i know my baby is inside my womb. Syukur aku masa tu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dan suami.

Masa buat check up tu spotting aku dah stop. Dari hari Sabtu dah kering dah. So aku agak confident jugak nak jumpa specialist masa tu. Everything was ok sampai hari Selasa. Aku dapat MC lagi sampai Jumaat ni, tapi aku still nak pergi kerja hari Selasa sebab terlalu bosan kat rumah. Lain la kalau aku di rumah Alor Star, tak la bosan sangat, ni dekat Penang..sorang-sorang..sedih je kadang-kadang tu. :(

Suddenly, spotting aku jadi balik. Aku pun tak tahu la. Kejap dia stop, then dia jadi balik. Aku seriously tak tahu benda ni normal ke tak. Spotting ada, more to brownish macam tu. Tapi aku tak sakit perut langsung, just rasa macam biasa je. Tapi bila dah tau pregnant ni spotting macam tu mana boleh jadi biasa kan!

Aku redha sebenarnya. Setiap kali aku spotting, aku mesti nangis. Aku rasa kecewa. Aku tak tahu apa kurang lagi usaha aku dalam menjaga baby dalam kandungan aku ni. Kakak-kakak aku dulu pregnant tak da langsung macam ni. Morning sickness pun tak ada. Aku pulak? Macam-macam dugaan aku sepanjang 6wks ni. Aku tetap akan usaha untuk buat yang terbaik untuk baby aku ni. Apa yang aku mampu, aku akan buat. Apa jadi pun, aku tetap redha dengan ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Aku tak boleh nak cerita pasal problem pregnancy aku ni sangat. Aku cepat sensitif. Aku akan nangis sebab aku terpaksa face semua ni sorang-sorang. Aizat jauh. Tambah pulak aku ada masalah dalam pregnancy. Sedih tahu..Tuhan je tahu apa perasaan aku sekarang. Dugaan Allah ni sebenarnya agak berat untuk aku tapi aku percaya Allah takkan uji aku kalau Dia tahu aku tak mampu..kan?

Ya Allah..kuatkan semangat aku hadapi semua ni. Selamatkan kandungan aku Ya Allah..Amin..

Saturday, March 24, 2012

Life is not always a bed of roses

I tried not to write a new post regarding to my pregnancy. Maybe i was too excited since this is my first time and i didn't expect that it can be this early. Allah nak bagi rezeki awal aku pun tak sangka. Syukur sangat masa dapat tahu yang aku pregnant. Masa tu my first check up showed that i'm 4 weeks pregnant, masa tu hari Sabtu lepas.

My first check up was with Aizat. Luckily Aizat ada hari tu. I tried to check with the pregnancy test 3 days before and the result memang positive. So aku sangat sure yang aku pregnant but since Aizat asked me to wait for him to do the check up, so we decided to do it on Saturday.

Everything seems to be fine. We were so excited and Aizat seems to be very happy on the result. So do I. He called his mom, my dad and few other relatives to share the good news. So much good things to share and i forgot that sometimes, life is not always a bed of roses.

Allah nak menduga tak perlu guna isyarat. Dia bagi aku rasa gembira dan kecewa pada hari yang sama. Malam tu..aku bleeding. It was not that bad, tapi bleeding during early pregnancy is not a good sign. Seriously. Aku down sangat masa tu. Aku menangis tak henti di bahu Aizat sampai aku terlena pun aku tak sedar. Luckily Aizat was there at that night. If he wasn't there, i'm not sure what will happened to me. Syukurlah, Allah turunkan peringatan kepada aku semasa suami aku ada. At least, aku ada Aizat yang boleh tumpangkan bahu.

We went to the specialist the next day. Doktor cakap rahim aku tak kuat sebab tu aku bleeding. Alhamdulillah, by using ultrasound my baby is still there. Still dalam kantung. But to small to predict pembesaran baby. It is only about 9mm in size, expected baru 4weeks. Doktor bagi aku MC for a week to cool down, to relax and dia tak benarkan aku buat kerja-kerja berat. Just relax di rumah sampai aku betul-betul stable.

So ikut jadual, esok (Ahad) aku akan buat another check up lagi. To confirm is there any new changes of the size of my baby. Alhamdulillah sekarang ni aku dah tak bleeding, just having light spotting and it has been a week. Aku tak sure whether it is a normal thing or it is not. Aku redha dengan dugaan Allah ni.

Allah Maha Adil. Itu pasti. I just do not want to lose this baby. It means a lot to me. Having someone inside your womb is like having the greatest gift from God that only special persons will experience that. Harap-harap aku ada tuah itu. Harap-harap baby aku okay. Harap-harap baby aku kuat. Harap-harap aku dapat besarkan dia sampai dia lahir nanti.


InsyaAllah. Jauh dari sudut hati aku, aku bersyukur dengan apa yang jadi. Ia bukan musibah, tidak sama sekali. Sekadar peringatan dari Allah, yang hidup tanpa dugaan bukan hidup yang sebenar. Dan, sesungguhnya dugaan Allah bermakna sayang Allah pada hambanya.

p/s : Anak ibu, tolong kuat, tolong bertahan.

Ibu ada.

Sentiasa ada.

*nangis*

Wednesday, March 14, 2012

Bed of roses :)

I took a day off on Monday and same goes to Aizat. Kami sangatlah letih since one whole day hari Ahad tu memang full with activities. Pagi-pagi lagi dah gerak ke Kuala Kangsar for Ashraf's engagement ( Aizat's cousin), then went to Kulim to meet my sister, Acu for some personal stuffs and then baru gerak balik ke Penang. We were safely arrived at home at almost 10 pm. So memang dah confirm the next day mesti lembik gila kat office so Aizat took the emergency leave while me dah awal-awal lagi apply annual leave. Aku paksa Aizat apply cuti jugak-jugak sebab nak dia temankan aku kat rumah. Hehe

My both parents in law datang Penang dan overnight at my house. Seriously la kan, aku duduk sorang-sorang so what do you expect the house would be? Maksud aku, tak ada la aku kemas rumah tiap-tiap hari pun sebab tak da la messy mana pun. Tapi disebabkan rumah aku tu memang fully furnished, so yea few things need to be done, takmau la nanti mother in law aku rasa tak selesa pulak nanti.

So start dari hari Rabu lagi aku dah kemas sikit-sikit. Aku pun pelik jugak, aku seriously cepat sangat penat, buat keja sikit je aku dah tak larat. Aku start mengemop lantai area dapur dulu. Sebab area tu paling kecik. Hehe. Suddenly Aizat called and tanya aku tengah buat apa. Aizat suruh aku stop buat kerja and suruh aku duduk diam-diam kat rumah and he asked me to wait for him to come back. Dia tak bagi aku buat apa-apa pun. Risau, takut jatuh la apa semua. Terharu kot.

Sabtu pagi Aizat sampai dari KL dalam pukul 6 pagi. Sampai je rumah dia ajak aku solat Subuh sama-sama. After Subuh we both slept sampai la dalam pukul 9 pagi. Bangun je tidur Aizat start ambil mop, penyapu, baldi and etc dan dia mengemop satu rumah siap sampai ke bilik. Tak bagi aku buat apa langsung. Yea, i admit..cair jantung tengok suami tolong kemaskan rumah. Hehe. I love u hubby! :)

As a reward, aku masakkan untuk Aizat hari tu. Still, i hit 6 out of 10. Sadis. Tapi dia tetap habiskan makanan yang aku masak sebab bagi dia air tangan isteri tu yang paling berkat. See? Melt, melt, melt! Berapa kali aku jatuh cinta dengan suami dalam masa satu hari? OMG.

Betul dalam Islam ada state kan, bercinta selepas kahwin is much much better than before. Memangla dalam perkahwinan mesti ada cabaran dan dugaan. Even aku pun tak tahu how my marriage would be in the next coming months or years nanti macam mana. Would is still be the same as before? I just don't know. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan. So young ladies, don't be afraid of the marriage. Seriously, kita memang ada hak untuk pilih yang terbaik untuk kita sebab kahwin ni bukan dalam masa satu hari but for a lifetime. Cuma, advise aku..tak perlula sampai cari terlalu sempurna sebab no one is perfect pun. Nak cari yang sempurna bagaila, tapi kau tu dah cukup sempurna ke bagi orang lain? Fikir.

Apa-apa pun, dalam tahun ni sumpah banyak gila kawan-kawan dalam pending list nak kahwin. I am so glad for them. Pada yang belum, don't worry. It will come to you naturally. Jangan kita paksa cinta dan kasih tu datang pada kita, let it come by itself. InsyaAllah :)

p/s : tak sabar nak tunggu Aizat balik Sabtu ni. Ada hal penting yang akan berlaku. Doakan kami. :)

Thursday, March 1, 2012

Deep conversation (ver.2)

Ada few friends yang request aku update cerita pasal wedding day hari tu. But seriously got so many things to tell and to share sampai aku pun tak tahu nak mula dengan mana satu. But one thing for sure, everything was perfectly done. :) Berkat doa semua jugak.

Ada jugak yang tanya, macam mana plan aku dengan Aizat for coming years ni. For those yang tak tahu, aku dengan Aizat still macam zaman tak kahwin lagi. Maksud aku, we are not living together, yet. Aku kerja di Penang while Aizat still in KL. Seriously it is a tough thing to go through without the husband. Ada jugak orang cakap belakang, 'Ala, dulu boleh je duduk sorang-sorang. Boleh je nak hidup." Well hey, things are not the same as before lagi dah. Mindset aku dah berubah. Dulu yes, i have no choice but to live on my own, tapi sekarang benda dah berubah. I have a husband. A husband that is suppose to be with me, tapi realitinya tidak. Perasaan tu tak sama macam aku single dulu. Reti?

Ada jugak yang tanya," Habis kalau dah duduk jauh macam ni, korang merancang ke nak dapat anak?" Well heeyyyy, noooooo. Aku dengan Aizat tak pernah merancang pun. Jauh ke dekat ke, rezeki Allah nak bagi siapa yang nak tolak? Ada pulak yang tanya, " Dah ready ke nak into motherhood life? Korang dah ready ke?" Hmm. Aku dengan Aizat ada la jugak few times discussed on that thing, are we ready for that kind of life? Sedangkan aku baru nak belajar jadi isteri orang, and Aizat pun baru nak belajar jadi suami orang tup-tup dah kena belajar jadi mak and ayah. You know, sometimes we feel like things are too fast, tak sempat nak cope, tak sempat nak belajar, and sometimes you feel like to give up.

Luckily, after a very deepp conversation dengan Aizat, we both agreed to not plan of getting a child. Macam kakak aku pernah cakap, " Kalau merancang sangat pun nanti at one point bila kita nak sangat anak, ntah-ntah Allah dah tak mau bagi. Menolak rezeki dan rahmat Allah nak bagi, itu pun satu dosa. " Aizat pun pernah cakap jugak, " how do we know that we are not ready to have a baby since we don't even have one? Kita akan bersedia when the time comes. InsyaAllah, anak tu kan hadiah dari Allah, penyeri rumah tangga."

So yeah. Alhamdulillah. Aizat sangat lah memahami dan tak pernah push aku on something sampai aku rasa pressure. When it comes to something like this, aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku tak la bertepuk sebelah tangan. Aku memang nak ada anak the soonest possible sebab yes aku sangat suka kan budak-budak. Dan Aizat pun, seems like he don't have any problem on that. Harap nya rezeki kami ada, cepat-cepat. :)

I pray to Allah, semoga ada rahmat dan redha dari Dia. InsyaAllah.

:)

Tuesday, February 21, 2012

Aku seorang isteri

Well hey, dah hampir 3 minggu blog ni tak update. *berdehem* busy sikit for the last few weeks. I am now officially married with Aizat, Alhamdulillah.

Both weddings were great. Semua dah selamat dan sekarang our life back to normal balik; back to work, living as a single person and weekend married only. *nangis*

Kehidupan sebagai isteri is totally different masa single. Aku sempat la merasa menjadi isteri yang sentiasa di sisi suami selama hampir 3 minggu. Semua benda nak buat, suami akan jadi nombor satu. Sekarang dah tau apa yang Aizat buat sebelum tidur, rutin yang dia buat hari-hari, apa yang dia tak suka and few more things. Imagine that, less than 3 weeks je aku dah boleh tau life style Aizat sikit demi sikit. Living together is the best way to learn to know each other better. Hopefully Aizat pun dah belajar sikit-sikit life style aku and how do i deal with my life, obviously.

Menjadi seorang isteri ni paling senang is to obey your husband. Tapi tak da la sampai semua benda nak kena dengar cakap dia. You have your right to voice out tapi bukan melawan atau melanggar perintah dia. Aku cuba sedaya upaya to be a good wife and alhamdulillah, so far Aizat cakap ok je. Hehe, well baru 3 minggu kaaannn. InsyaAllah, will keep up the good work. :)

Aizat seems to be veeeryyy romantic lately. Rasa macam jatuh cinta berkali-kali setiap kali dia kiss dahi aku. Even masa hari last sebelum dia balik KL, aku nangis teruk kot. He let me cried on his shoulder, sampai dia pun sebak nak tinggal aku sorang-sorang dekat Penang. Seriously berat sangat hati nak lepas dia balik, sebelum ni rasa la jugak sedih tu tapi lepas kawin ni sayu tu lagi menjadi-jadi. Ye la, suami kot. Nak berjauhan pulak tu. Tak best langsung. Seriously tak.

I thanked Allah for letting me to have Aizat as my husband. Seorang suami tak mungkin dapat jadi sempurna tanpa seorang isteri and vice versa. Aku rasa lengkap kehidupan aku sejak bergelar isteri bila mana Aizat ajak aku solat berjemaah sama-sama. Aku rasa sebak, bukan sebab tak pernah solat jemaah ke apa, tapi bila suami menjadi imam, menjadi khalifah dalam membimbing aku, cium dahi aku lepas solat, aku rasa Ya Allah beruntungnya aku punya suami yang begitu. Aku yakin Aizat dapat bimbing aku, aku yakin Aizat dapat jadi khalifah aku. Aku memang yakin.

Aizat selalu pesan,"Sayang, jangan tinggal solat. Sayang tak solat, abang tanggung dosa. Sayang tak tinggal solat, dengar cakap abang, insyaAllah masuk syurga.". Sampai kan sekarang ni aku kalau nak buat apa-apa yang Aizat tak suka, tak pun degil tak nak dengar cakap dia aku akan fikir, 'apalah sangat dengan apa yang abang minta, sedangkan dia lafazkan akad untuk ambil aku sebagai isteri maksudnya dosa dan salah aku dia yang akan tanggung di akhirat nanti'..seriously memang sebak dada. Aku menangis dalam hati. Syukur sujud aku pada Allah, kurniaan seorang suami yang taat dan kuat agamanya adalah kurniaan sangat bernilai sampai bila-bila. *syukur*

Alhamdulillah, semoga ikatan ni mendapat restu dan redha Illahi.

Doakan kami.

:)

Monday, January 30, 2012

Crap (ver.1)

I wonder, if you broke a heart one too many times, how long will it take to mend?

Sigh. I just had to get it out of my system. I feel a bit better writing this crap. So uncharacteristic of my virtual character maybe, but who cares. I won't even delete this crap in the morning, because this entry and I, we don't have a one night stand kinda relationship. And no, I am not PMS-ing. Patutlah orang suka tulis these kind of entries, it's sometimes make things better. I hate controlling macho and having to be strong all the time. I'm a girl, I'm allowed to complain all the time kan? ( ye lah tu!)

I'm allowed to sound crazy without being labelled as emo or crazy once in a while too. Memanglah tak cool bila tiba-tiba start blabbing and lose your cool. Tapi I know sometimes surely other people pun too secretly nak jugak just release all the ke-tak-puas-an sekali sekala kan? Tapi you can't. Cause you think people will be judging you (you're right, they do judge you). And over one night nanti akan runtuh satu imej yang you have been trying to build for years. Mesti bosan kalau aku asyik mengeluh macamni. Nanti orang rasa kena pujuk pulak. JUST DON'T. Aku tak ingin dipujuk pun. I just want to be heard. Lagi best kalau lepastu pretend macam I never wrote this. Sekali sekala takpa kot. Ah, peduli apa. You can't help me.

Sigh. The road is bleak, and there always exists a hope that someone somewhere can miraculously change everything, maybe eliminate the vacuity in my heart cause no one in my life right now can. Drama gila ayat. And while I know that the person can only be me, I can't help but wish that it could be someone else, because I'm too tired to do it myself.

Seperti orang lain, aku juga penat memikirkan perkara yang sesuai untuk dikatakan dan melayan semua orang seperti mereka China dolls yang akan pecah jika aku telah mengatakan sesuatu yang salah.

Aku juga penat kerana sering disalahfaham, atau tak difahami langsung, langsung tak.

Sigh. (lagi)

Lepas tu nangis. Haih. Lembik.

Bye.

Friday, January 20, 2012

(Doa), Tuhan Kirimkan Aku Sabar ver.2

Ada perkara yang kita tak dapat or tak mampu nak cakap depan-depan, but by expressing our feeling in the blog is the best option. It took me quite sometime jugak nak post cerita baru sebelum i came out with 'Criminal Mind'. Aku ingat kan dah tak ada silent reader, tapi tak sangka Aizat masih tetap setia.

Well, Aizat dah baca pun post aku yang sebelum ni. Surprisingly, dia okay je. In fact, dia yang banyak tenangkan aku. Dia faham kenapa aku jadi macam tu. Mungkin sebab aku duduk sorang-sorang, i've got nothing much to do so yea hasutan syaitan dan fikiran yang buruk-buruk akan cuba nak telan aku. Tak susah mana pun.

He tried to save me dari drowning dalam otak primitif aku yang dah sarat dengan negative thoughts. I admit that, for the past few days aku agak banyak jauhkan diri dari Aizat. I don't pick up his calls, i don't even reply his messages. I just don't. Aku sendiri pun tak sedar why i did that. Seriously. Aku just rasa macam tak nak pick up and tak nak reply. But i don't have any intention to make things worse. Like seriously.

Bila aku solat, aku akan mohon pada Allah untuk kuatkan hati aku dan tenangkan fikiran aku. I tried to forget all those things that killing me. Inside and outside. Scary tahu tak. Alhamdulillah, Aizat tak cepat melatah. He is sooo cool. Tetap sabar dan tanya, " Macam mana lagi sayang nak abang buat?" " Apa lagi yang boleh abang buat?" You know, he tried to comfort me as much as he could. It is just me. Just me.

Alhamdulillah, things are getting better. Aku macam dah boleh berfungsi dan berfikir dengan lebih matang dan jaaauuhhh lebih baik compared to last few days. Doa aku sampai pada Allah, ketenangan hati dan kelapangan dada ni semua datang dari Dia. Kan?

Syukur sangat sebab Aizat dapat accept my weakness when our marriage is just less than 2 weeks dah. Akad nikah pun dah tinggal berapa hari je lagi. I'm so sad, when everybody else who is getting married mesti excited gila counting for their big day, while me..just such a loser. I'm so sorry future husband..

InsyaAllah, hopefully there's no more fight, no more tears, no more negative thoughts, yang ada just both of us, to love each other, counting the days together, and stick to each other sampai mati. InsyaAllah.

Kawan-kawan, do pray for us okay. Mohon. :)

* Future husband, i love u!*

Tuesday, January 17, 2012

Ombak jahat

If only he knew..

How i miss the 'old' of us.

Like seriously..

(ombak jahat)

Criminal Mind

Betul orang tua-tua cakap, semakin dekat hari penyatuan, semakin banyak godaan dan dugaan yang menimpa. Well, i don't know how to express my feelings anymore. Bercampur-aduk. Aku fikir banyak sangat ke apa? I just don't know.

Something happened and it reminds me of the future marriage that we'll be having soon. I'm not scared of the marriage. I'm just scared of myself. Am i going to be a good wife to him? Am i going to be a good mother to his kids? Am i going to be someone reliable, someone that can be depend on, or someone better than who i am today? Aku boleh ke? Aku mampu ke?

We keep on arguing on stupid things, which i am the one that 'created' the fight. Makin lama makin aku perasan yang Aizat dah macam malas nak melayan. Then, aku akan rasa macam being abandoned. Macam bodoh gila. Aku rasa down, rasa sedih, rasa macam Aizat dah tak sayang aku lagi. Like seriously, he is going to be my husband in less than 3 weeks! What do i expect? Bodoh kan?

Seriously, aku rindu zaman bercinta dulu. Ada banyak sangat benda nak cerita, nak share. Cakap berjam-jam pun tak apa, asalkan boleh bercakap dan bercakap dan bercakap sampai habis kredit walaupun dah topup 3 kali on the same day. Zaman tu zaman bunga-bunga kot. Zaman muda. Zaman rasa bercinta.

Then, lepas tunang aku perasan we are heading to a 'matured' relationship. Dah tak bercakap phone lama-lama, just kadang-kadang je la kot. Tapi masih ada. Aku still boleh jadi budak kecil yang sentiasa mahukan perhatian Aizat. And yes, he will always be there whenever i need him. You name it, bila-bila aku merajuk, aku mengada-ada, dia ada. I feel like our love is expanding more and more and moreeeee.

Tapi, bila dekat-dekat nak kahwin ni dah tak banyak benda nak cakap. Tak ada benda nak cerita. Tak ada benda nak share. Bila cakap phone je kami lebih banyak diam and concentrate on what we are doing at that particular time but with the phone in our hands. Sampai masa aku rasa macam, ' ok, i've had enough..', aku akan tanya dia, " Abang ada apa-apa lagi tak nak cakap?", dan dia akan reply after a long paused with, " emm dah tak da apa kot nak cakap. Sayang?". And, and, and suddenly aku akan rasa macam omaigod, sedih kot. I've been waiting for the whole day after work to talk with him but end up, 'tak da apa nak cakap'? Ok.

Bila aku teringat balik what we've been through selama ni, aku menangis. Semalam la the worst ever. Aku menangis dan menangis. Duduk sorang-sorang pulak tu. Bosan tahu? I need someone to talk, aku tiap-tiap hari call mak sebab saja nak sembang-sembang. Tapi takkan nak harap aku bergayut dengan mak sampai berjam-jam? Habis Papa tak payah makan? Baju tak payah gosok? Sebab tu aku rasa nak nak nakkk sangat spend the night dengan orang tersayang. Tapi bila dah tak ada apa nak cakap, dua-dua rasa bosan then i will start a fight. Ada saja la tak kena. Macam-macam. ( Okay, rasa nak terjun bangunan sekarang)

I feel veryyyyyy bad when Aizat asking me to give him some space. Like seriously, mana pernah dia cakap macam tu. Rasa macam kena tikam dekat dada. He needs some space when the marriage is just around the corner? (Okay, jom hentak kepala ke dinding pulak)

I shall stop here. Nak nangis dah rasa. This is the honest post ever. Mata aku dah bengkak teruk hari ni. Semua orang ingat aku sakit mata. Lantaklah. Asalkan korang bahagia.

I should find something to do lepas ni to hide this feeling and all the stupid stuffs in my head. Biarla kepala ni pecah. Biar semua idea dan fikiran jahat terbang pergi dekat orang lain.

Bye.

Friday, January 13, 2012

I love my Papa

Sejak dari kecil aku memang sangat rapat dengan ayah aku, which i called him Papa. Dari kecil aku lebih banyak didodoikan Papa sebelum tidur, disuapkan Papa bila aku lapar, dimenangkan Papa bila aku yang salah. Bukan aku tak rapat dengan Mak, tapi disebabkan jarak umur aku dengan Acu (which is my younger sister) is only 1 year 2 months jadi perhatian Mak lebih pada Acu berbanding pada aku.

Aku masih ingat di kala aku mahu Mak dodoikan aku, Mak akan suruh Papa yang dodoikan sebab Acu masih sangat kecil dan merengek-rengek mahukan Mak. Papa akan kendong aku dari belakang dan bawa aku tidur. Dan bila semakin besar, aku rasakan aku agak lebih kental berbanding adik beradik yang lain. Aku lebih kasar, lebih berani, lebih nakal, lebih dari orang lain. Dan yang pasti, aku yang paling rapat dengan Papa sampai la sekarang.

Adik beradik aku yang lain cukup takut dengan Papa. Tak berani nak melawan kata Papa. Tapi aku? Aku yang paling lantang bersuara kalau aku tak puas hati. Paling rebellious. Tapi bukan la sampai langsung tak mendengar kata, cuma biasala zaman remaja. Zaman memberontak.

Bila dah menjengah alam dewasa, boleh dikatakan setiap perkara Papa pasti akan menangkan aku. Kalau pun hal yang jadi memang terang-terang salah aku, Papa susah sangat nak marah kan aku. Adik beradik yang lain selalu tak puas hati dan selalu cakap, " Ye lah, Papa kan paling sayang Atam." ( Atam ialah nama timangan aku di rumah) Walaupun kadang-kadang aku rasa tindakan Papa menangkan aku adalah bukan tindakan yang patut beliau buat, tapi mungkin Papa sendiri pun tak sedar yang dia memang akan lebihkan aku.

Sampai la sekarang aku dah hampir sangat nak jadi isteri orang, Papa masih macam tu. Bagus jugak bila jadi Papa's favourite child. Tapi macam mana pun, bagi aku Papa adalah sangaatttt garang masa kami kecik-kecik dulu. Kalau dapat result teruk je dalam exam mesti kena sebat dengan rotan. Tapi, aku lah orang yang selalu senbunyikan rotan papa. Lepas tu buat muka macam tak tahu apa-apa. Buat muka tak bersalah is one of my best talent.

Bila dah makin besar, kakak-kakak aku pun dah kahwin, aku pulak soon-to-be, acu pun soon-to-be ( lepas raya tahun ni kot), and my youngest sister pun dah masuk form 5, Papa dah tak segarang dulu. Papa pun cakap theres no point to get mad or garang lagi, we do have own life, our own career so baik buruk dah boleh fikir sendiri.

Yang paling aku perasan pasal Papa is that, when it comes to my marriage he is soooo excited sampai aku rasa dia nak tukar semua dalam rumah to a new one. Dari curtain, add few more on the furniture, Papa siap nak pasang bunga api lagi masa lepas aku potong kek during the wedding day. I was like, " Papa, mana ada orang pasang bunga api siang-siang!" He just replied, " Takpala, orang lain tak buat, Papa yang buat. " See? Dia memang selalu nak menang.

Banyaakk lagi benda yang dia sacrifice duit, masa, tenaga for my wedding. Aku of course la just focus on the basic preparation je. Basic tu pun, dari pakej perkahwinan ( pelamin, baju, meja makan, hiasan bilik tidur), hantaran, kad kawin sampaila ke goodies bag dah sampai beribu-ribu. Ni tambah pulak dengan Papa yang excited gila hias rumah. Macam happy sangat je nak lepas aku dekat orang lain kan? *__*

Bila tengok Papa yang too excited for my wedding ni, Kakak and Angah aku pun macam bising jugak. Diorang selalu cakap, " Amboi Papa, masa kami kawin dulu Papa tak beli perabot baru pun." Tak pun, " Eh, curtain baru? Tak aciii." Papa senyum je. Dia takkan balas apa-apa. Aku sebagai anak yang paling rapat dengan Papa dan dengan semangat nak back-up Papa, aku akan balas,

" Papa saja nak tukaq angin la tu. Bukan nya selalu pun."

Papa akan senyum lagi.

Tapi, dalam hati aku, aku sentiasa akan ingat,

" Oh betul. Papa memang sayang aku lebih dari sapa-sapa."

Tamak gila.

Hahahahaha. :p