Thursday, May 27, 2010

cinderella's story (bukan nama sebenar)

dah sejam.
aku tenung skrin dan papan kekunci saja.
satu ayat pun tak dapat keluar.
hati aku jerit teriak kuat
paksa otak kerah juga
biar tangan tekan tekan juga
'nak tulis apa?'

'apa-apa saja'

ehm
aku sekarang entah
self-confidence tak tentu hala tuju
kadang-kadang boleh sampai infiniti
kadang-kadang tak sampai ke graf positif pun
kadang-kadang kan aku rasa macam sometimes my own shadow were playing with me, kicking my butt and pushing me around.
and it was like
'stop hoping. you are a loser'
kadang-kadang
'come on, you are not that bad. at least you have someone who loves you. cheer up'
situasi aku buat bayang-bayang pun suka main-main dengan aku
bukan apa
mungkin aku punya seseorang yang aku tak pernah impi pun aku dapat punya hari ini
sebab apa? emm
apa dulu kau pernah ada secret admire tak?
nak dengar cerita?

dulu
it was before, 7 years back
aku selalu perhati lelaki ini
aku mengagumi cara dia
bagi aku dia perfect, as a guy
aku tengok dari jauh saja
sebab dia sudah ada yang punya
just suka tengok, suka saja.
tak ada rasa cinta
cuma suka
tapi hati tetap nak tengok dia juga
hari-hari tengok dia berucap dekat hall
sebab dia vice president wakil pelajar
tangan kanan cikgu-cikgu sekolah
tegas cara dia
tapi cuma boleh tengok
lalu sebelah pun aku cuma tunduk
and i know, he dont even know me
or knowing that he has a secret admirer; iaitu aku masa dulu
dan masa pun berlalu
7 years after, sekarang

dia punya aku
aku punya dia
he becomes half part of my life
since when we both fall
we dont even know
tersedar saja aku dah terjatuh
kau percaya?
macam fairytale saja
aku ada tulis satu post pasal fairytale
it was before i fall in love with the guy i'm in love right now
aku baca aku senyum
mujur, aku masih percaya with that fairytale tu
worth waiting for, kan?
sampai saat ini
kawan-kawan satu sekolah mrsm beseri pun
akan terkejut
or macam tak percaya
'yany dengan ni ehh sekarang'
'ehh yany kau couple dengan ni ehhh'
'ehhh bila ntah nii ehhhh'
see, aku ni macam cinderella (tapi cinderella tu cantik aku ni tak cantik pun okay. umpamakan aje)
yang mana dulu invisible pada mata orang
low profile
sedang-sedang saja performance kat sekolah
tak woowwww mana pun
tak hot mana pun
tak gorgeous mana pun
tapi
siapa sangka
prince charming yang orang lain suka
terjatuh juga dengan cinderella (ececece)
sebab itu juga
aku jadi tak confident
padan kah aku dengan nii ehh
dahla tak putih (cinderella putih kan)
dahla tak tinggi (cinderella tinggi kot)
dahla tak kurus ( cinderella kurus rasanya)
dahla dagu tak licin ( cinderella sangat licin dagu malah dahi nya juga)
jadi okay tak layak anggap diri cinderella
HAHAHA

tapi terima kasih ya jejaka
tegas okay, entri ni tak berbaur jiwang
sebab ini cerita benar :)

aizat,
terima kasih
sebab terima ketidaksempurnaan saya sebagai sesuatu yang sempurna
tak kisahlah orang lain cakap tak
tapi kamu kata ya
oleh sebab itu
saya nak cakap
terima kasih :)

Saturday, May 15, 2010

selamat hari cikgu! :)

entry kali ni ditulis sebab mata aku pada masa sekarang terus terang cakap tak sampai seinci pun boleh dibuka.

mengantuk gila, kerja pula tak banyak. aku pun tak paham kenapa company ni suruh semua staff kerja hari sabtu. datang kerja main facebook. update blog. paperwork buat slow gila. saja buat lambat-lambat, sebab datang je hari sabtu terus mood aku akan cakap 'okay hari ni confirm bosan, bosan.' semua benda yang lalu lalang depan mata aku semua aku nampak hitam dan putih. macam monochrome. tak da colour. tak rasa teruja. langsung tak.

sekarang pula aku perasan kemahiran blogging aku dah semakin kurang. kadang-kadang bila tengah drive mesti macam-macam benda aku terpikir nak tulis. bukak laptop or pc masuk blog tengok skrin terus jadi blur. aku nak mula tulis dengan apa pun aku tak tahu. saja check balik semua post aku, baru perasan jugak gila punya banyak post yang akhirnya aku pilih untuk tidak dipublish dan riwayat tamat sebagai draft. ya, mostly semua entry itu adalah yang sepuas hati aku bengang, maki-memaki sorang-sorang, tak pun yang isi entry langsung tak sesuai untuk dikongsi. kenapa entah, sekarang bila menulis rasa tak puas, macam ada yang tak cukup. tak cukup rasa.

tapi yang macam okay hanya bila aku punya isi nak cerita pasal aizat. bukan main laju lagi tangan ni menekan keyboard. perihal dia, macam-macam nak cerita. tak sikit, banyak, tak banyak pun sikit. tapi mesti ada. dia itu separuh aku. kau cuba bayang kalau kau nampak orang yang berjalan dengan separuh cuma dari badannya? kau rasa takut tak? takut kan, macam horror gila. macam tak complete. macam tak cukup. macam tak penuh. macam tak sempurna. macam tu la aku. separuh aku aizat,separuh aku lagi aku. mana pegi harus ada. mesti ada. jauh atau dekat langsung bukan masalah. asalkan ada. even rasa dalam hati pun dah lebih dari cukup.

tengok, ada saja yang aku nak cakap pasal aizat. 2 minit menaip pun tak sampai. wiwit hebat.

okay, esok 16 Mei. Hari Guru bukan? seronok, terharu. bangun pagi tadi saja tengok hp. okay ada 12 msg unread. pelik, takkan aizat pulak? aku baca, dan hati rasa tersentuh. msg-msg tu semua dari students aku dekat tempat aku mengajar tuisyen. wishing a Happy Teacher's Day. rasa sayang betul dengan budak-budak tu. bukan sayang sebab mereka wish teacher's day okay. tapi mereka memang awesome. form 5 dan form 4, sama saja. mereka anggap aku macam kakak, dan aku anggap mereka macam adik. selalu saja ada yang buat aku ketawa, dan buat kelas aku itu happening gila. mereka kata mereka suka aku mengajar, sebab aku tak suka stress kan mereka. cara aku mengajar senang saja. aku suka mengajar sambil analyze guna anologi. setiap perkara yang aku cerita mesti aku andaikan dengan keadaan normal kehidupan yang senang mereka nak faham. lagi pula sejak aku dapat hafal nama 34 orang students form 5 dan 23 orang students form 4 makin seronok aku mengajar. aku rasa aku ni gifted bab analyze riak muka students. aku boleh detect students aku boleh ikut atau pun tak masa aku mengajar. mata aku nampak sampai ke hujung barisan belakang sama ada students aku sedang ikut aku atau sedang main sms dengan awek. aku nampak, aku perasan. tapi aku tak pernah marah. aku rasa aku tak perlu nak marah. aku pun ada adik. yang masih bersekolah. aku tahu jiwa remaja kuat nak memberontak. jangan cuba nak main jentik dengan mereka, kalau tak nanti jenuhla nak tahan sakit. betul. tak tipu. syukur, sebab awal-awal nak mengajar serius takut. yelah, ada budak yang nakal sangat ya ampun. takut marah nanti kena anti. bukan aku takut dengan mereka. tapi aku bukan mengajar di sekolah. kalau sekolah macam mana menyampah students tu dengan cikgu tu dia tetap kena pergi sekolah. tapi kalau kat tempat tuisyen, dia dah menyampah atau tak suka dia boleh berhenti suka hati, jadi ini mungkin akan merugikan pusat aku cari rezeki. sekarang dah mula okay, mereka dah boleh join sekali dan yang paling menarik mereka dah tak pernah nak ponteng lagi. :))

one more thing yang aku asyik berfikir sekarang is sometimes people says i'm trying too much to do something in my life. ada orang pernah tanya aku,

" kau ingat kau robot ke? kau rasa kau mampu buat semua ni satu masa?"

i know, i'm just a human. aku pun macam orang lain ada 24 jam sehari, 7 days per week, 30 or 31 days per month, to be exact 365 days per year. cuti aku cuma jumaat sahaja. hari lain aku kerja. aku pergi site kadang-kadang, tak pun aku kena melangut depan skrin pc ni buat paperwork or aku kena replace mr boss pergi jumpa client or supplier or even sub-con. itu kerja aku untuk weekdays. jumaat memangla hari cuti. tapi, aku pilih untuk berbakti, mengajar budak-budak. aku rasa seronok, betul. lama-lama, i think i love my part time job more. mungkin aku ni anak cikgu, so darah cikgu tu mengalir dalam badan aku. papa selalu cakap, aku ni gifted bab-bab mengajar. sebab tu adik-adik suka minta aku jadi tutor kat rumah, dan mereka assume aku hebat dalam teknik memahamkan orang. aku memang penat, betul. sapa cakap tak penat. nak mengajar aku kena prepare dulu. aku kena study dulu. tapi pernah kan dengar orang cakap, kalau dah betul-betul minat, semuanya akan jadi mungkin. tak ada yang mustahil. betul.

dan aku, sebenarnya cuba cabar diri sendiri. aku nak tahu setakat mana kemampuan aku. setakat mana aku boleh pergi. kalau aku rasa aku tak mampu aku takkan ambil risiko pun. i wont take any risk, sebab mmg boleh bahaya diri.

lagi pula, aku ada long-term planning aku sendiri. okay, aku cakap terus terang. aku tak mahu terusan kerja engineer. maaflah, bukan aku mensia-siakan degree civil eng yang aku pegang sekarang. tapi hati aku rasa, aku sekarang cuma ingin ada pengalaman. at least, i can share the experience if i change to another field. aku betul-betul nak apply KPLI lepas ni. intake hari tu aku sengaja tak mintak sebab aku nak terus kerja dalam engineering field lagi, bagi aku rezeki tak ke mana. aku betul- betul dah jatuh cinta nak jadi tenaga pengajar. stress dia lain, totally different dengan jadi engineer. Parents tak pernah halang, cuma papa just pesan selagi aku mampu terus jadi engineer, teruskan dulu. jangan sia-siakan degree aku pegang sekarang. even aizat pun, aku tahu dia simpati dengan aku. langsung tak ada masa. tapi tetap ada juga masa untuk dia kot. :). em bayangkan, aku dah beli kereta 2 bulan dah. tapi, kereta aku tu kosong. langsung tak ada aksesori apa-apa. macam baru kuar kilang 2 hari. yang ada cuma sekotak tisu yang aku letak kat dashboard depan tu yang kalau aku break saja kereta confirm sekotak tisu itu akan terpelanting jatuh ke bawah. papa dah pesan suruh beli double sided tape yang boleh still kan kedudukan tisu tu, tapi aku tak sempat and plus aku tak ingat pun nak beli :( , ohh dan juga satu pewangi kereta yang aku beli secara tak sengaja kat kedai runcit masa on the way nak pergi site kat kuala nerang. whoever yang naik kereta aku mesti akan tanya, "kereta ni baru kuar eh?"

huhuhu..kereta aku sangat membosankan kalau dipandang, dan tuan punya kereta akan dianggap langsung tak ada seni tak kreatif nak decorate kereta sendiri. bukan aku tak terfikir okay, aku tak ada masa nak pergi bershopping kat mana-mana kedai sebab aku tak ada masa siang yang banyak untuk perkara-perkara yang macam tu. betul. tak tipu. tapi memanglah, aku sendiri pun tengok kereta aku tu dah umpama lebih kurang macam kereta sewa sajaaaa~ @_@

eh banyak la pulak aku bebel. this is what happened when i got nothing to do. eh eh no, i hve something to do but the mood is swinging here and there so better stop dulu. blog-ing is the best way hilangkan kebosanan sebab nak kacau aizat pun dia sibuk kerja. and plus, aku dah janji dengan aizat to behave dan jadi budak baik in this 2 weeks. jangan mencari or dicari pasal dengan aizat sekarang. dia tengah perang sekarang. :P :P

okay, last but not least.. sebelum sambung kerja, nak wish Happy Teacher's Day to all teachers in the world especially dearest father, Abdul Manab b Hashim ; the greatest teacher of mine. :)

Friday, May 7, 2010

you itu kamu

You held up your hand, curled your fingers in and said

" This is how big your heart is. As big as a fist."

I held up my hand, closed it over yours and said

" No. My heart will always be bigger than your fist. "


I wrote this to you because,
I miss you.
really i do.

Hati jantung jangan pecah.
Tolong. :(