Showing posts with label kawankawansayacinta. Show all posts
Showing posts with label kawankawansayacinta. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Syukur, finally


Alhamdulillah, its official!

Finally, after almost 9 months waiting for this letter, now I'm officially being offered as a new executive at Central Planning Unit in Pandan Indah. :)

Seriously, I don't know how my new job will treat me but whatever happens in the future, I believe that everything will be just fine and yeah, hopefully it will treat me good :) This is the life i've been waiting for soooo long kan, so apa-apa jadi pun kena hadap jugak la. Betul tak? Hehe

Rumah sewa alhamdulillah finally dapat jugak. Rental RM600 per month. Ok la tu, based on Aizat's observation masa pegi tengok rumah, still in a good condition. View dari balcony belakang rumah pun boleh terus nampak KLCC. Jarak rumah dari tempat kerja dalam 3km je. Hehe. Near to the Hospital Ampang jugak. Wahhh pandai betul laki aku cari rumah sewa eh? Kalau emergency nak deliver ka apa boleh terus ke Hospital Ampang je, kan?

Lori sewa pun dah booked. Penghantaran barang dari Penang ke Kuala Lumpur include dengan 2 orang pekerja agensi tu ambik RM900. Fuhh laju gila duit habis this month. Tak pa lah, for the better future jugak kan..Barang nak diangkut pun banyak jugak kot, peti ais, washing machine, katil, almari baju, meja makan, sofa and etc. Kira complete set lah senang. Memang sakit kepala jugak la aku and Aizat fikir macam mana nak arrange date nak settle semua within this month. Ye la, I have not be given any transfer leave since I was the one who actually asked to be transferred. So memang schedule for September sangat la tight with all the work loads and these stuffs too. Harap-harap everything will be fine je lah, aku apply leave on 28th Sept 12 and then 29th Sept lori sewa angkut barang, on the same day also aku dengan Aizat akan berangkat ke KL. Aku kena lapor diri on 1st Oct so seriously I won't be having any free days left. Huhu

So dear friends, please wish me luck for my new job environment in KL. Hopefully, me,Aizat and my little one inside will be having a better future nanti. InsyaAllah.
Amin :)

Wednesday, November 2, 2011

English Education

Aku nak cerita pengalaman aku belajar Bahasa Inggeris. Ya betul, aku memang tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantaraan, emm walaupun ayah aku adalah seorang guru. Guru Matematik. :)

Gambaran aku dulu di sekolah rendah ; terketar-ketar apabila harus membaca perenggan ikut giliran semasa matapelajaran BI di sekolah rendah. Sampai aku sudah rehearse perenggan itu berkali-kali dalam minda aku agar tak ditertawakan ketika giliran aku tiba untuk membaca. Sampai tapak tangan aku berpeluh-peluh memikirkan harus menyebut huruf ‘o’ atau menyebut ‘zero’ apabila sedang menyebut nombor telefon seseorang. Resah memikirkan cara yang betul untuk menyebut bath dan butter. (bath ke beth?
ba-ter atau ba-derr?) Jangan jawab, ini cerita lama.

Kalau dalam kelas, aku selalu skor paling tinggi dalam subjek Matematik. Jarang sangat ada orang boleh lebih dari markah aku. Selalu dalam kelas jarang sangat aku nak dapat nombor 10 ke atas. Mesti top 10. Tapi tak pernah dapat nombor satu sebab subjek BI ruined everything. Nak kata aku bengap, tidak. Tapi, mungkin kurang pandai. Heh.

Bila aku di rumah, sememangnya aku tiada kacukan ‘orang putih’. Ibu bapa aku berasal dari kampung. Lebih tepat, orang Jitra. Ibu aku suri rumah dan dia masak tiga kali sehari sambil memasang lagu-lagu dari radio Kedah yang normally memang lagu zaman dia muda remaja. Sudah tentu bukan taste aku. Dulu aku memang tak faham lirik lagu-lagu Inggeris; semuanya bunyi seperti membebel saja bagi aku. Tiap-tiap hari aku melalak lagu Ziana Zain tak pun lagu Siti Nurhaliza. Jangan gelak, itu cerita lama.

Aku pernah menyebut bintang horoskop Pisces sebagai Piskez. 8 tahun kemudian, kawan aku membuat kesalahan yang sama, aku gelak. Bukan mentertawakannya, tapi kerana teringat aku juga pernah membuat perkara yang sama. Aku pernah menyebut Lancome sebagai Lan-kam. Aku pernah bergaduh dengan budak sekelas aku masa sekolah rendah, aku cakap aku benci dia, aku tulis dalam kertas besar-besar dan letak atas meja dia. Tapi sengaja aku tulis dalam BI, "I head you". Patutla budak tu terbahak-bahak gelak dan terus buang kertas tu dalam sampah. Kalau tak, memang malu besar la aku masa tu. Macam bangang gila kan? Haih. Ala, macam-macam lagi kesalahan pronunciation aku pernah buat (dan masih buat).

Proses pembelajaran BI itu benar-benar bermula ketika aku 14 tahun, selepas aku tidak berjaya score dalam UPSR hanya disebabkan oleh subjek BI. Papa memang meletakkan harapan tinggi untuk aku dapat 5A masa tu, sebab nama aku termasuk dalam list harapan sekolah. Tapi aku gagal, rasa macam ada bawah tapak kaki. Sedih, malu dan kesal. Lagi pula, aku tinggal di kawasan yang agak snobbish – perkara seperti tidak berbahasa Inggeris (fasih atau tidak itu belakang cerita) dianggap hina. Rakan-rakan sebaya aku kebanyakannya ada cerita kanak-kanak Bahasa Inggeris. Aku pula masih sibuk bermain 'zeropoint', tikam kasut, 'toi' (galah panjang kalau di negeri lain), dan memang rasa macam loser gila. Sebelum itu aku membaca tetapi aku tak menghayati, sekadar membaca kerana dipaksa. Dan lama-lama aku belajar extraordinary itu tidak disebut sebagai extra-ordinary, perkataan-perkataan seperti plumber dan doubt harus dimatikan huruf b nya.

Untuk permulaan aku tidak terus menerkam novel-novel fiction yang sesuai untuk golongan pertengahan. Aku bermula dengan mendengar lagu-lagu boyband contohnya, dan menghafal lirik untuk setiap lagu. BSB, Moffats, Nsync, Spice Girls, Britney Spears adalah rakan baik aku sewaktu itu. Kemudian aku terus menjengah novel-novel karya mild. Sophie Kinsella, Sidney Sheldon mula aku jamah. Lagi pula, guru BI aku semasa di Sultanah Bahiyah selalu benarkan kami meminjam novel-novel yang ada di library malahan miliknya sendiri. Sangat lah supportive.

Aku anggap cara aku belajar secara perlahan sebenarnya sama saja macam nak belajar baca Al-Quran, mula-mula merangkak juga. Sebab itu biasanya orang baca Muqaddam atau Iqra’ dulu, baru baca Al-Quran. Kan?

Ini semua cerita dahulu. Sekarang, tak ada lagi orang mentertawakan aku lagi bila aku bertutur Bahasa Inggeris. Sekarang, aku dapat berbicara dalam BI lebih baik dari orang-orang yang pernah mentertawakan aku dahulu. Bukan nak berlagak, tapi kalau nak mula bercakap BI dengan aku sekarang memang aku tak ada masalah. Setakat cakap ‘I’ dan ‘You’ tu takda hal la. Rakan-rakan yang tidak mengenali aku sejak sekolah rendah tak tahu tentang aku dahulu. Oleh itu, mereka sering menggunakan ayat-ayat ini dengan aku :


“Nak copy assignment boleh? Aku tak faham sangat soalan dia... Aku tak pandai English macam ko la…”

dan juga,

“Kau bolehla, kau terer speaking. Aku tak reti.”

Kalau zaman undergrad dulu lagi la, dulu agak senang communicate dengan kawan-kawan guna YM. Info terus boleh pass directly, just tekan 'buzz' mesti tak sampai 30sc orang tu akan reply. Dan selalunya aku bila dapat 'buzz' belum sempat reply apa-apa, terus dapat few paragraph untuk di translatekan either dari BM-BI tak pun ke BI-BM. Paling rapid masa final year, masa kena buat thesis. Dah macam translator pulak aku. Tak tolong kang, cakap tak sayang kawan. Bila dah tolong, thesis aku pulak tak tersiap-siap. Tapi alhamdulillah, dah grad pun :)

Tapi bagi aku alasan itu hanya bila orang itu malas untuk membuat sesuatu yang perlu menggunakan kemahiran Bahasa Inggeris. Kalau rajin, mesti dia akan cuba buat sampai dapat kan?

Scheisse lah wei. Pergi belajar Bahasa Inggeris. Malas cakap malas. Jangan reka alasan yang macam-macam.

Jangan guna alasan belajar bahasa lain adalah seperti berkomplot dengan penjajah. Aku belajar juga bahasa-bahasa lain, tapi aku tak kurang Melayu. Malah, aku boleh dikategorikan sebagai Melayu yang agak Maksima. Jenis yang bawa cekodok sebagai bekal tiap-tiap hari semasa sekolah rendah.

Kalau fikir-fikir balik, ada betulnya juga bila si Ucop Wilcha selalu cakap, pentingya English Education. Memang penting. Kalau tidak, jadi la macam aku dulu-dulu.

*dan sebenarnya aku pun memang yang jenis malas. hehe*

Friday, June 10, 2011

Deeper conversation

I’m not strong enough to face judgments and fulfill expectations. Things have been hard. Things have been crazy. Sometimes it is just too much and i don't think that i can hold it any more longer. But still, i'm trying my best to survive.

I've been busy for the past few weeks. Works- that sometimes okay sometimes not, 6 months for the probation period and i have one more month to go- seriously killing me man. I cannot say no for all the things that had been assigned to me eventhough it is not under my scope of works. Macam kena buli dengan senior executives. Gila kena ragging macam dekat asrama dulu-dulu. Geessshhh

But sometimes just think positive. Come on, mungkin sekarang aku kena buli, but at least i gained soooo many experiences in different kind of departments. Dah buat kerja Desludging, Treatment, Network ( yang memang ada similarity dengan civil engineering) cuma Finance je belum sudi membuli sebab-apa-jadah aku nak sibuk-sibuk hal-hal account kan kan kan? Dang!

Too many things happened in this few weeks. Ada beberapa orang di sekeliling aku sedang diuji. Sabar itu boleh jadi benda yang paling payah. Sabar itu kadang-kadang boleh jadi benda yang paling orang benci. Sebab, sabar itu memang payah. Few friends of mine had been dumped, cheated and abused. Obviously by their partner.

Kenapa masih ada manusia yang umurnya bukan lagi muda remaja, sudah menjengah alam dewasa tetapi tetap ada yang suka memilih, mahu begitu, mahu begini, masih tidak puas-puas hati. Aku tak faham kenapa masih ada manusia yang sudah lama bercinta tetapi boleh hilang rasa cinta dalam sekelip mata?

Why?
Why you do that to him??
Why you do that to her??

Why, why they can simply change their mind, losing their hope that easy after few years they had been together?

Berkali-kali aku ajukan ini pada Aizat. Yes, i admit that i'm such an idiot-freak-loser because i'm afraid of losing him. The insecurity in me is killing me. But for now i'm glad because i have Aizat that can be understanding (sometimes) eventhough i said i hate him for not sure how many times in a day. Tapi tetap, Aizat masih tidak dapat fahamkan aku kenapa masih wujud manusia yang macam begini. Bagaimana rasanya perihal kawan-kawan aku yang terluka hati nya, yang merana rasanya. I was heartbroken too. I wished I was angry but I wasn’t. I always had a problem with finding and expressing anger. It wasn’t really my talent. I was more of a gloom than a grump.

Orang begini harus belajar mensyukuri apa yang ada. Tak perlu berubah hati, mencari yang belum pasti, meninggalkan semua yang pernah ada dalam hati. Kau bercinta bertahun-tahun lamanya, dalam sedetik cuma rasa itu kau buang jauh-jauh. Aku sebenarnya memang menyampah.

I've been there too dear friends. I've been in the same shoes too. Not to worry, there always be something for anything that happened. Sabar, walaupun itu adalah perkara yang paling payah.

Let the right one in.
Let the old dreams die.
Let the wrong ones go.

Friday, April 1, 2011

Dan sebenarnya

Ada sesetengah perkara/ucapan/kata-kata/perbuatan/tingkah laku kadang-kadang boleh melembutkan hati orang yang sedang rosak/kecil/patah/tawar/remuk/hancur.

Tidak perlu terlalu memberi, tidak perlu terlalu menerima. Bertolak ansur/kerjasama/sepakat/toleransi/mengalah mungkin adalah kata kuncinya.

Awak tidak perlu menjadi seseorang yang lain untuk menyenangkan hati saya. Saya tidak mahu seseorang yang lain. Awak hanya perlu menjadi diri awak, awak yang adalah awak.

Rajuk saya tidak lama. Kecil hati saya tidak selamanya. Tawar hati saya masih ada manisnya.

Bagaimana mungkin awak dapat cari saya dalam diri seseorang lain begitu juga saya yang tidak AKAN mungkin dapat cari awak dalam diri seseorang yang lain.

Kita ada cacat kita awak. Tapi cacat awak kesempurnaan bagi saya.

Dan, cacat itu bukannya cela yang menjelikkan.

Sorry for things that i've done. Or even for things that i said.

Saya, awak, kita semua sama.

I just need you to be able to tell people I was here, I felt, I lived and I loved as much as I could, while I could. And that the person that I loved, was you.

Dan sebenarnya ubat pada kecil hati saya cuma satu.

Saya harap awak tahu apa yang saya maksudkan itu.

Friday, March 18, 2011

Redha

I must learn to love the fool in me – the one who feels too much, talks too much, takes too many chances, wins sometimes and loses often, lacks self-control, loves and hates, hurts and gets hurt, promises and breaks promises, laughs and cries. It alone protects me against that utterly self-controlled, masterful tyrant whom I also harbor and who would rob me of human aliveness, humility, and dignity but for my fool.
-Theodore Isaac Rubin

Tuhan itu Maha Segala.
sebab tu kita kena redha.

Sebelum kita kenal hati budi orang, kita kena kenal hati budi diri sendiri dahulu. If you don’t know what you want, don’t give high hopes, make promises or set expectations. Saya ini kadang-kadang boleh jadi orang yang sangat pentingkan diri sendiri. Saya ini kadang-kadang boleh jadi orang yang tidak ketahuan apa miliknya dan yang bukan miliknya. Saya ini kadang-kadang terlalu manja sehingga saya sendiri tidak kenal siapa saya. Saya ini kadang-kadang boleh jadi terlalu marah pada orang lain sehingga saya lupa siapa diri saya.

Bila saya kadang-kadang lupa siapa saya, tidak kenal siapa saya, tidak ketahuan apa milik saya, jangan terus tuding jari ke muka saya. Hempap saya dengan pelbagai soalan, jirus saya dengan pelbagai kemungkinan.

Don't be shy. You can take another piece of me. Everyone else already has.
Until there's nothing left. Until I disappear.


Ada satu karangan ayat yang buat aku sedar, dan the key word is; redha.

Sayang,
jangan kita susah-susah berusaha untuk membuatkan semua orang suka kita. Kerana kita juga tidak susah-susah berusaha untuk menyukai semua orang.

Serta,
jangan kita sungguh-sungguh cuba menjelaskan diri kita pada orang sehingga mereka faham seratus peratus. Kerana jika orang sungguh-sungguh cuba menjelaskan diri mereka pada kita pun, belum tentu kita faham seratus peratus.


I wanted to write something long and meaningful today but couldn’t get myself to do it. Perhaps I was being too ambitious about the simplest thing. Perhaps I’m too restless for I have tons of other work to settle- you know, the sampling and analysis plus the team problem stuffs.

Cukuplah tu.

Sunday, November 28, 2010

Satu

Life is a moving sidewalk
it goes on, even when we aren’t strong



I didn't sign up for such pathethic or dramatic life. I am just human, of course i had my bad days sometimes. I am not perfect. But what to do, i love being imperfect. Obviously.

Aku tak tahu kenapa. Sejak akhir-akhir ni, perasaan aku kurang. Aku kurang dalam segala hal. Lesser is better, sometimes yes it is a good thing i know. Tapi kurang perasaan pada dunia dan sekeliling sangat menakutkan aku sekarang. The world itself scares me.

Kurang bercakap, kurang beremosi, kurang sensitif menjadi-jadi inside of me. I'm not pretending to be like that, it just happened. It supposed to be a good side of me anyway, but why do i feel like..this is not me. Not me.

Mungkin, dalam isi primitif otak aku sekarang sedang berfikir tentang sesuatu- tidak perlu dinyatakan di sini. Yes, i want it to be like what i want it to be ; dan aku adalah orang yang kurang sabar (kurang juga di sini), jadi desakan dari dalam hati dan fikiran menolak keras ke bahagian fizikal that cause me to behave like i don't even care of whatever happens around me.

Kalau aku yang dulu, most of the time whenever i talk, i laugh, i care - the point is always at the max. Maksudnya aku bersungguh-sungguh buat dan perlakukan hal-hal yang aku sedang buat. Sekarang ni, kalau aku on the phone dengan Aizat pun i don't know how many times he asked me to talk. Dan tak dapat dikira berapa kali Aizat akan cakap, 'Can i have back my gf?' I was like, i am your girlfriend. Hello? Tapi bila aku kurang bercakap, he's right, i am not being me. Like what i used to be.

Macam aku cakap tadi, i love being imperfect. Sekarang ini lah aku. Dulu pun tetap aku.

Yang aku tahu, ke mana kita pergi, apa jua yang kita buat, tempat asal kita cuma satu. Cerita cinta kita pun punya asal yang satu. Titik akhir cerita kita pun akhirnya akan berakhir di tempat asal kita juga yang mana tempat itu lah cerita itu bermula. Kalau kita betul-betul nak tahu cerita akhir hidup dan kisah cinta kita,

kita kena balik ke tempat asal itu.

Tempat asal tu, yang cuma ada satu itu.

Macam susah pulak nak faham, kan?


Aku pun tak faham.

Friday, November 26, 2010

Kawan ke Lawan?

I know i'm not that strong. Senang menangis, cepat terasa, sensitif, cepat emo and lots of negative feelings. Yes, yes and yes. I am someone like that.

Aku tak pernah kisah kalau kawan-kawan cari aku masa susah atau senang. Lagi susah kawan-kawan aku, lagi aku suka nak tolong. Aku tak pernah kisah even it demands me time, energy or even money ( aku akan terus call kawan-kawan yang dalam masalah just to hear their voice and try to help them to get better. Tak kisahlah nak bergayut berapa jam pun, aku tak pernah kisah). What the most important thing is, as long as they get better even a bit, aku dah rasa puas hati.

Aku tak pernah kisah apa jenis masalah yang kawan-kawan aku hadapi pun. Kalau sudi kongsi dengan aku, lagi aku sudi nak tolong. I am a great listener. Try me. Ex-housemates aku dulu pun, masalah setiap sorang semua aku tahu. Sebab, aku cuma dengar tapi aku bukan jenis cerita kat orang lain tak tentu hala.

Cuma, aku tak faham kenapa kawan-kawan suka kongsi masalah duka dengan aku saja? Bila dah suka, dah happy buat kenal aku pun tidak. Aku takkan pernah faham pasal hal tu. Bukan aku tak pernah tanya, bukan aku tak concern, bila ditanya tak pernah nak jawab. Tapi bila dah susah, menggila cari aku cerita hal tu hal ni. What am i to you actually?

Aku tak cakap semua kawan-kawan aku macam tu. I got a few like that, yang betul-betul kills and kick me inside lah senang cakap. Aku ni pulak, once aku dah betul-betul sangat kecik hati memang susah la aku nak okay balik. Aku memang kadang-kadang nampak macam tak kisah pun, orang kutuk aku ke, orang sakat aku ke, tapi at one point i cant take that kind of jokes anymore, jangan la tanya kenapa aku bercakap pun cuma sepatah dua.


p/s : Satu hari aku diam tak cakap apa-apa hari ni. Msg pun tak, call lagi la tidak. I was hurt. Sebab tu aku cakap, kalau aku dah betul-betul hurt ni, aku takkan kisah pun nak jadi apa. Nak jadi, jadilah. If i can understand your silence, learn to understand mine too. Simple. Tak susah pun.

Aku bukannya susah sangat nak difahami pun. Agaknya lah kot.


Kan?

Wednesday, September 22, 2010

Kaki sibuk

Bangun pagi tadi tengok-tengok ada sms baru di handphone.

" Ternyata is a nice song. How come you hate it so much? "

Pesanan ringkas dari seorang kenalan back when i was in matrik, Mr. F. He is Indie's band die hard fan. Dia yang kenalkan aku dengan Yuna,Polaroid,Mocca, dan tentunya Estrella.

"How come you know?"

"From your blog. I found yours in A's blog lists. Silent reader dah lama dah. Ko je tak perasan."

No wonder. F tidak punya account facebook. Tak sangka dia jumpa jugak blog selekeh aku. Haih.

" Why bother? I just don't like that song."

" Since when? Ko dah gila Tomok ke sekarang?"

"Pfttt. Shut up. I have my own reason"

" It wasn't that bad and the lyrics is so simple."

Aku senyum sambil membalas, " I didn't say it was bad pun."

" So why?

" Because it is tooo damn bad."

Terus dia tak reply.

Hehe!

Monday, August 9, 2010

Spinning Wheel

Setiap kali datang bulan Ramadhan tentunya Mak aku yang paling seronok. Sebab, masa ini lah segala juadah apa yang dia masak confirm habis tak tinggal sikit, walau sikit pun. Maklumlah, anak-anak Mak ni boleh dikatakan spesies ikan bandaran. Kalau boleh dengan tulang-tulang sekali pun kami nak telan.

Cakap pasal bulan Ramadhan,teringat aku pasal Parit Raja. 4 tahun setengah bergelumang di situ. Ramadhan kali ini adalah yang pertama kali aku dapat berpuasa penuh di rumah selepas 4 tahun setengah aku menjadi perantau di tanah orang jawa tu. 4 years and half, this is the first time dude. Itu tak termasuk semasa menjadi perantau semasa di Matrik dan di Mrsm dulu. Itulah nasib si perantau. Itu baru belajar dalam Malaysia. Dah rasa sedih berjauhan dengan keluarga. Mujur SPM dulu tak dapat bagus mana. (Ah ini skeptikal, tolong abaikan)

Tiga kali Ramadhan di Parit Raja tidak terasa sangat. Semuanya biasa-biasa sekadar berpuasa dan berbuka bersama kawan-kawan. Effect kurang. Ramadhan terakhir adalah yang paling tak dapat dilupakan. Zaman kesusahan, zaman kurang wang, zaman kurang berjoli membeli belah. Itu zaman terakhir di Parit Raja.

Masa tu kawan-kawan baik aku cuma ada 3 orang. Lelaki semuanya. Ezaty dan Mamai dah selamat bergraduan semasa itu. Kawan yang lain aku kurang bersama. Susah, bila kepala tak ngam, jiwa tak selari, apa pun tak boleh jadi.

Aku, E, B dan M. 4 semuanya. Susah senang masa tu sama-sama. Macam mana M berdepan masalah dengan tajuk akhir final projek, B berdepan dengan masalah kuliah dan E dengan masalah kewangan. Dan aku, di tengah-tengah. I'm having a so-called fair moderate life at that time. Susah tak susah, senang tak senang. Tapi dengan kawan yang sama susah sama senang ni, orang kata cubit peha kiri satu badan rasa sakitnya.
(Peribahasa ini aku sengaja metaforakan untuk pembuktian betapa 3 makhluk ini sangat bermakna pada aku )

Masalah M kami sama-sama bagi pendapat. Kau buat macam ni. Kau tanya Prof ni. Kau refer fakulti. Alhamdulillah, everything went smoothly. B pun begitu juga. Tidak sebesar masalah seperti E. Bagaimana kami boleh membantu sedangkan masing-masing pun belum punya kewangan yang kukuh. Tapi E perlu dibantu. Masalah itu perihal masa depan E. Aku serahkan pada M dan B. Apa pun cara, aku pasti bantu.

Satu hari E telefon aku. Katanya ingin buka gerai menjual air masa bulan puasa. Aku tanya, nak jual kat mana? Bazar Parit Raja? Mana nak dapat modal nak bayar sewa? E ketawa. Dia jawab, sewa gerai tak mahal. Kita jual depan Asrama Tun Fatimah ( Aku katakan sebagai TF). TF adalah asrama perempuan yang dinginap oleh sebahagian besar pelajar-pelajar baru. Freshie. Dan apa yang selalunya berlaku, kebanyakan freshie memang bergantung kepada mini bazar di hadapan asrama mereka kerana sebahagian besar tidak punya kenderaan sendiri untuk membeli juadah di luar campus. Hanya ada apa yang ada.

" Oh okay. Ko dah dapat tapak belum? "
" Dah sudah. First day puasa kita dah boleh start. I want you to lend me your hand, boleh?"
" Kau nak aku lend kan kau sekali kaki pun takde hal bro"

****

2 minggu masih tak berbuka. Resah. M cakap ada masalah. Aku cakap pada E, sabar. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Keep on trying.

Tak lama lepas tu, akhirnya gerai E dapat dibuka juga. Awal-awal E dan M jual air di bazar. Hari pertama aku tak dapat datang. Aku datang esok harinya.

Awal-awal E cuma jual air saja. Tak ingat pula aku air apa. Tapi selain menjadi pembantu E dan M, aku juga merupakan pelanggan tetap E. Hari-hari aku beli air tu sebagai pembuka selera berbuka puasa. Aku mahu bantu E. Tak terang-terangan pun kabur-kaburan pun jadilah.

Lepas jual air, E jual cendol. Kali ni lebih laku. Ramai lagi freshie hot yang membeli. Alhamdulillah, dengar kata berbaloi juga usaha E dan M. Dapat pulangan agak memberangsangkan. Aku tumpang gembira. Sekurang-kurangnya bebanan E dapat dikurangkan. Rezeki halal dapat. Pahala besar lagi ganjaran.

Itu setahun yang lepas. Ini setahun kemudian dari zaman kesusahan; iaitu Sekarang.

Sekarang, E dan M termasuk aku sudah punya kerjaya sendiri. B masih mengikuti kursus di tempat yang sama. Dia memang pencinta universiti kami. Mungkin mahu terus berbakti di sana.

Kami punya kerjaya sendiri. M punya perancangan sendiri. Mahu sambung master. E pula, selepas dapat kerja di tempat baru dengar khabar makin dapat sesuaikan diri tak seperti kerja di tempat dahulu. B, aku rasa dia masih bahagia dengan cara kehidupan dia di tempat kenangan susah senang kami dahulu. Alhamdulillah, roda kini telah berputar. Kami susah dulu, sekarang sudah punya kehidupan sendiri dan masing-masing tak pernah lupa diri.

Aku sesalkan satu. Masa konvo tak sempat bergambar dengan E, M dan B. Kesal. Tak apa, pesanan ringkas yang dihantar mereka sudah cukup menggambarkan perasaan kami yang akhirnya dapat genggam segulung ijazah dari kesusahan yang pernah dirasa.

Dan yang paling terharu, E, M, dan B masing-masing nak aku yang kawin dahulu. Janji mereka akan datang masa kenduri aku nanti itu aku sangat pasti. B pernah cakap pada aku, aku tak pasti dia masih ingat lagi atau pun tak pasal ni. 'Kalau ko kawin nanti, aku M dan E mesti datang menyakat ko masa atas pelamin. Lepas dari hari tu tak mungkin dapat dengar dah kau jerit kutuk kami ni sengal lagi'

Sobs T__T

Kawan, susah senang, hidup mati, tak banyak pun yang boleh dicari.

p/s : Percaya tak hari ni saja sudah 2 entri aku publishkan. Well done! (apa jadahnya masih menulis di sini yang sepatutnya waktu begini aku sudah lena diulit mimpi. argh!)

Thursday, July 15, 2010

secara rasmi

thinking of updating my blog since yesterday but yea working is sucks sometimes. boleh curi-curi buka facebook pun dah cukup syukur. sangat. :\

harus update blog ini sebab ada few frens and dear aizat keep asking me bila nak update cerita pasal konvo. hihi. now i know i do have followers. auww *clap-clap*

ok. dont know how to start. haha. (come on otak jangan berselirat aku ada banyak masa free sekarang. please flow laju sekarang.)

hm. travelling started since tuesday. overnight at penang and then baru ke batu pahat. singgah kl sebab bro in law mahu follow juga. sampai batu pahat hari rabu petang. hotel luckily dah booked and yea for this time the convocation tak involve banyak graduan sangat, i don't know why they choose half of us only. sedangkan got few yang dah habis praktikal but they have to wait until this coming october untuk ditauliahkan. tak apa lah at least dah tahu boleh grad kan. masa sekarang cepat sangat. katakan hari ini baru kau start puasa, esok bangun pagi dah kena sembahyang raya. cepat sungguh, semput nak kejar.

ok back to the story. malam khamis, which means er rabu malam stay dekat pelican hotel. okaylah room dia. selesa if 3-4 people per room lah, jangan kau sumbat 7-8 orang dalam bilik tu memang sempit gila. jangan ok. petang rabu tu call aizat, sebab beliau main tarik tali. he told me that he will decide whether he's coming to my convocation or not pukul 10 malam tu. kau bayangkan sesak nafas aku nak tunggu for the next few hours untuk tau jawapan dia. i thought he cant make it sebab thursday is weekdays, so means dia harus kerja. seriously mati-mati ingat dia tak dapat datang. and if he cant make it pun i wont blame it on him or merajuk ka hapa. aku bukan puteri raja yang perlu diikut semua kata. but hey my prince charming ni tidak pernah mengecewakan, he decide to come. tapi the next morning soon after match germany vs spain. pagi-pagi nak datang bp? no way!

pujuk dan di pujuk dia datang juga malam tu. pukul 10 malam bertolak dari seremban and pukul 1 pagi sampai bp. datang naik motor. motor ok. ada sapa-sapa sanggup buat macam tu kat aku tak? seriously masa nampak dia datang tak tahu nak cakap apa. terharu dan terpaku. he makes me feel like i am the luckiest girl on earth sebab having such a sweet and superb boyfriend. i dont know how to thank to you my love!

ok sudah jiwang. sambung cerita.

hari khamis masa convo, alhamdulillah everthing was fine. aku perempuan pertama yang naik pentas untuk pentauliahan degree. bukan sebab terror ok. civil engineering is the first course yang akan ditauliahkan and then baru course lain. sebab yang lain, i'm graduated for second class upper and got only 3 people yang grad with that class. i'm the only female. kena himpit dengan lelaki kanan-kiri, jubah gila besar, nervous macam jantung nak terkeluar. but still, it was very exciting. :)

soon after the ceremony biasalah masa ambil gambar. teringin nak baling mortar board cari kawan-kawan jumpa abg wan je. papa cakap layan je lah nak baling sangat baling je dua orang. HAHA. ok papa you are the best ok. tapi papa ambil gambar tak nampak baling pun, aiseh. tak apa. lagi seronok ramai juga kawan datang. yang paling terharu kawan baik si mamai datang all the way from usj. datang dengan arip. sadly tak sempat nak borak banyak pun. kalut sebab my niece iman meragam sangat. panas kan, ramai orang. memang kalut nak balik. thanx to aizat again sebab temankan pulangkan jubah. kami berjalan dari dataran anggerik sampai ke f2. those yang belajar dekat uthm tau la agak jauh kena berjalan and plus panas ok!

masa nak balik beli kerepek dulu and then bawak family and aizat makan dekat nasi ayam haji ali. itu je la kot yang nampak macam ok sikit. furthermore memori aku pasal parit raja the best place untuk makan pun aku dah lupa. so bila papa tanya i need few minutes to revise balik tempat apa yang ok. kena cepat reply takut kena marah. semua orang penat + lapar. huhu

lepas berpisah dengan aizat *sobsob i miss u already* ok gedik, em kami terus balik. but not directly heading back to alor setar. singgah kl lagi. rumah anak angkat papa. stay satu hari satu malam and hari jumaat malam baru bertolak ke penang. hari jumaat petang sempat lagi dating dengan aizat ;) sempat date dekat alamanda and i bought a new handbag for myself. heee :) :)

hari sabtu pagi baru gerak balik ke alor setar. so 5 days travelling. thanx for the flowers, the gift, and the chocolates. memang tak akan lupa 5 hari perjalanan and the convocation day. Alhamdulillah semua dah selamat and i am now offically graduated. :)

so here it goes some of the pictures taken during the convocation :)


happy family :)



ehem ehem :)


i heart you :)

ok. cukup sudah cerita. :)

Wednesday, January 13, 2010

tolong. jangan

dAh.


jangan tanya lagi
tentang apa yang jadi
biar aku simpan sendiri
sebab ia terlalu peribadi.


maaf kawan-kawan tersayang


aku tahu kamu sayang sama aku
aku tahu kamu ingin kongsi rasa sakit ini bersama aku
aku tahu kamu sentiasa di sisi aku


tapi ini terlalu peribadi
sebab ini melibatkan banyak hati


maaf.

Tuesday, August 11, 2009

SebuaH KisaH kLasiK

hey saya kembali.

ini natijahnya sekiranya saya sudah gila balik pada blogger ini. update hari hari. :-D


terfikir untuk update stelah mndengar lagu S07 ; sebuah kisah klasik untuk masa depan.

erghh..

saya AMAT rindukan mereka.

counting the days, dunno when we will meet up again. its uncountable for me i think. :-(

kenapa saya sgt sygkn mereka??

kenapa??

mereka lah yg sy ada. berjauhan dgn keluarga. merekalah tmpat sy bergurau senda. (ecece).

but seriously, since form 4 saya kena sumbat masuk asrama (papa paksa), tak pernah rasa SANGAT sygkn insan yang kita panggil kawan-kawan.

ya kawan-kawan.

mereka bukanlah sahabat.

cuma kawan-kawan.

tapi..merekalah kawan-kawan terbaek saya.

batch 05/09 civil eng UTHM.

mungkin tak semua saya rapat.

mungkin bukan semuanya patut saya panggil kawan-kawan.

tapi lantaklah.ada bapa ketul je kot.

saya rindu mereka.

sangat ingin berjumpa mereka.

tapi kerana kekerasan hati saya,saya pergi hari itu.

tidak mahu ada disitu.

maaf kawan-kawan.

terlalu banyak pesanan ringkas yang saya dapat hari itu.

mujur ada hp kecil ini.

menghubungkan kita kawan-kawan.

tapi tak mengapa.

bukan hari itu jodoh kita.

mungkin di lain hari.

pada masa kita sudah bekerjaya. sudah punya keluarga(ha ha ha)

kita PASTI.

berjumpa lagi.

ingatlah.

kenangan ; sebuah kisah klasik untuk masa depan. :-)