Setiap kali datang bulan Ramadhan tentunya Mak aku yang paling seronok. Sebab, masa ini lah segala juadah apa yang dia masak confirm habis tak tinggal sikit, walau sikit pun. Maklumlah, anak-anak Mak ni boleh dikatakan spesies ikan bandaran. Kalau boleh dengan tulang-tulang sekali pun kami nak telan.
Cakap pasal bulan Ramadhan,teringat aku pasal Parit Raja. 4 tahun setengah bergelumang di situ. Ramadhan kali ini adalah yang pertama kali aku dapat berpuasa penuh di rumah selepas 4 tahun setengah aku menjadi perantau di tanah orang jawa tu. 4 years and half, this is the first time dude. Itu tak termasuk semasa menjadi perantau semasa di Matrik dan di Mrsm dulu. Itulah nasib si perantau. Itu baru belajar dalam Malaysia. Dah rasa sedih berjauhan dengan keluarga. Mujur SPM dulu tak dapat bagus mana. (Ah ini skeptikal, tolong abaikan)
Tiga kali Ramadhan di Parit Raja tidak terasa sangat. Semuanya biasa-biasa sekadar berpuasa dan berbuka bersama kawan-kawan. Effect kurang. Ramadhan terakhir adalah yang paling tak dapat dilupakan. Zaman kesusahan, zaman kurang wang, zaman kurang berjoli membeli belah. Itu zaman terakhir di Parit Raja.
Masa tu kawan-kawan baik aku cuma ada 3 orang. Lelaki semuanya. Ezaty dan Mamai dah selamat bergraduan semasa itu. Kawan yang lain aku kurang bersama. Susah, bila kepala tak ngam, jiwa tak selari, apa pun tak boleh jadi.
Aku, E, B dan M. 4 semuanya. Susah senang masa tu sama-sama. Macam mana M berdepan masalah dengan tajuk akhir final projek, B berdepan dengan masalah kuliah dan E dengan masalah kewangan. Dan aku, di tengah-tengah. I'm having a so-called fair moderate life at that time. Susah tak susah, senang tak senang. Tapi dengan kawan yang sama susah sama senang ni, orang kata cubit peha kiri satu badan rasa sakitnya.
(Peribahasa ini aku sengaja metaforakan untuk pembuktian betapa 3 makhluk ini sangat bermakna pada aku )
Masalah M kami sama-sama bagi pendapat. Kau buat macam ni. Kau tanya Prof ni. Kau refer fakulti. Alhamdulillah, everything went smoothly. B pun begitu juga. Tidak sebesar masalah seperti E. Bagaimana kami boleh membantu sedangkan masing-masing pun belum punya kewangan yang kukuh. Tapi E perlu dibantu. Masalah itu perihal masa depan E. Aku serahkan pada M dan B. Apa pun cara, aku pasti bantu.
Satu hari E telefon aku. Katanya ingin buka gerai menjual air masa bulan puasa. Aku tanya, nak jual kat mana? Bazar Parit Raja? Mana nak dapat modal nak bayar sewa? E ketawa. Dia jawab, sewa gerai tak mahal. Kita jual depan Asrama Tun Fatimah ( Aku katakan sebagai TF). TF adalah asrama perempuan yang dinginap oleh sebahagian besar pelajar-pelajar baru. Freshie. Dan apa yang selalunya berlaku, kebanyakan freshie memang bergantung kepada mini bazar di hadapan asrama mereka kerana sebahagian besar tidak punya kenderaan sendiri untuk membeli juadah di luar campus. Hanya ada apa yang ada.
" Oh okay. Ko dah dapat tapak belum? "
" Dah sudah. First day puasa kita dah boleh start. I want you to lend me your hand, boleh?"
" Kau nak aku lend kan kau sekali kaki pun takde hal bro"
****
2 minggu masih tak berbuka. Resah. M cakap ada masalah. Aku cakap pada E, sabar. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Keep on trying.
Tak lama lepas tu, akhirnya gerai E dapat dibuka juga. Awal-awal E dan M jual air di bazar. Hari pertama aku tak dapat datang. Aku datang esok harinya.
Awal-awal E cuma jual air saja. Tak ingat pula aku air apa. Tapi selain menjadi pembantu E dan M, aku juga merupakan pelanggan tetap E. Hari-hari aku beli air tu sebagai pembuka selera berbuka puasa. Aku mahu bantu E. Tak terang-terangan pun kabur-kaburan pun jadilah.
Lepas jual air, E jual cendol. Kali ni lebih laku. Ramai lagi freshie hot yang membeli. Alhamdulillah, dengar kata berbaloi juga usaha E dan M. Dapat pulangan agak memberangsangkan. Aku tumpang gembira. Sekurang-kurangnya bebanan E dapat dikurangkan. Rezeki halal dapat. Pahala besar lagi ganjaran.
Itu setahun yang lepas. Ini setahun kemudian dari zaman kesusahan; iaitu Sekarang.
Sekarang, E dan M termasuk aku sudah punya kerjaya sendiri. B masih mengikuti kursus di tempat yang sama. Dia memang pencinta universiti kami. Mungkin mahu terus berbakti di sana.
Kami punya kerjaya sendiri. M punya perancangan sendiri. Mahu sambung master. E pula, selepas dapat kerja di tempat baru dengar khabar makin dapat sesuaikan diri tak seperti kerja di tempat dahulu. B, aku rasa dia masih bahagia dengan cara kehidupan dia di tempat kenangan susah senang kami dahulu. Alhamdulillah, roda kini telah berputar. Kami susah dulu, sekarang sudah punya kehidupan sendiri dan masing-masing tak pernah lupa diri.
Aku sesalkan satu. Masa konvo tak sempat bergambar dengan E, M dan B. Kesal. Tak apa, pesanan ringkas yang dihantar mereka sudah cukup menggambarkan perasaan kami yang akhirnya dapat genggam segulung ijazah dari kesusahan yang pernah dirasa.
Dan yang paling terharu, E, M, dan B masing-masing nak aku yang kawin dahulu. Janji mereka akan datang masa kenduri aku nanti itu aku sangat pasti. B pernah cakap pada aku, aku tak pasti dia masih ingat lagi atau pun tak pasal ni. 'Kalau ko kawin nanti, aku M dan E mesti datang menyakat ko masa atas pelamin. Lepas dari hari tu tak mungkin dapat dengar dah kau jerit kutuk kami ni sengal lagi'
Sobs T__T
Kawan, susah senang, hidup mati, tak banyak pun yang boleh dicari.
p/s : Percaya tak hari ni saja sudah 2 entri aku publishkan. Well done! (apa jadahnya masih menulis di sini yang sepatutnya waktu begini aku sudah lena diulit mimpi. argh!)
No comments:
Post a Comment