Aku tak tahu kenapa. Mungkin tuntutan kerja dan kesuntukan masa buat dia tertarik jauh dari aku. Jauh betul. Terasa sampai tulang rusuk.
Dia bukan abaikan aku. Aku tahu.
Tapi kenyataan yang aku kena terima bila dia tak ada di sini. He's no longer here. I hate the fact. He will not be here. I hate the fact.
Sekarang dah tak ada lagi suara yang akan nyanyikan aku lagu-lirik-buat-sendiri bersama iringan gitar untuk dodoikan aku tidur.
Sekarang dah tak ada lagi suara yang akan pujuk aku untuk bersabar hadapi tekanan kerja dan menahan kemahuan yang terpaksa ditelan dalam-dalam.
Sekarang dah tak ada lagi suara yang akan buat aku rasa macam dipeluk kuat-kuat dengan hembusan angin menderu seperti syahdu suara dia.
Bukan dia dah tak ada dengan aku.
Dia ditarik dengan kesibukan kerja. Dan itu yang aku rasa aku perlu faham.
Aku faham. Dari dulu lagi kesibukan dia buat aku terasa jauh. Tapi itu tak apa. Jauh dia dekat dengan hati aku.
Dulu dia cuma 100km lebih saja jauh dari aku. Boleh terus datang bersua muka dengan 1jam lebih perjalanan. Sekarang dia sudah 700km jauh. Jangan nak mimpi dia mampu buat kejutan macam dulu; semalam cakap tak dapat datang esok tengok-tengok dah ada depan mata. Itu dulu, dulu semua tu.
Kerja dia mula dari 10 pagi sampai 10 malam. Untuk 2 minggu ni kerja terusan, tak ada cuti. Nak bercakap dengan aku paling lama 20 minit untuk satu hari. Kasihan dia bukan? (dahla dia penat kerja, kekasih hati pulak selalu dok buat hal. merajuk sana sini. tolong siapa-siapa lempang pipi aku sekali. haish. Sobs T__T)
AKu rindu waktu dulu.
Aku selalu jadi semangat dia.
Tak ada aku, tak bersemangat dia.
Tak dengar suara aku, tak hidup hari-hari dia.
Itu tak apa.
Tapi kali ini betul-betul rasa sangat jauh.
Jauh.
Sangat.
Dia :
' I'm sorry that i don't have much time for you lately.
I love you and i do miss you '
Tak tahu macam mana hidup aku esok-esok kalau dia tak ada. Kalau dia betul-betul tak ada.
Selamatkan kami Ya Allah.
(Gedik pulak entri ni bila baca. Macam la orang lain tak pernah bercinta. Sobs)
p/s : RIndu.
4 comments:
yani..
bersyukur 1 jam je jauh..
aku ni yani..setahun boleh dikira dengan jari kami jumpa..
puasa jgn hrp merasa berbuka puasa or sahur dgn dia..
kdng2 sedih..tp bila fikir..
kne act like a women not a girl..
jadi kne korban sikit..
be strong ok? :)
emm dulu je 1 jam lebih jauhnye. sekarang dia lagi jauh. kat seremban..mmg tak jumpe la kalau setakat cuti sehari dua. sobss. yup u r right. i hve to act like a women; just sometimes i cant control the anger or the emotions. thats y i created things/problems that caused us to fight. hmmm~ my bad.
aku faham..
sangat faham
mmg xle control our feeling and then gaduh..
gaduh nak teruk-teruk lak tu..
hmmm..sometimes hati rasa ok tapi tunggu lama sikit memang keluar semua
memang kena sibukkan diri
tips : g shopping sorang2..hahahah
:) itu yang aku dok buat sekarang. pergi shopping sorang2 beli shawl banyak2. hahaha.
btw, now i know how do u feel when gembo is not around. gembo jauh dgn ko. sekarang aku pun rasa. just hve to b strong. phew. :) thanx kecik.
Post a Comment