Tuesday, August 24, 2010

Apek

Aku menulis entri ni hari Selasa.
Tapi aku nak cerita tentang hari Isnin. Jadi hari ini adalah hari Isnin.

Masa break aku keluar pegi jalan-jalan kejap.
Hirup angin sepoi-sepoi.
Lagipun aku nak buat second key untuk kunci kereta aku.
Aku selalu dibebel emak sebab aku selalu sangkut atau lempar kunci kereta bersepah-sepah.
Jadi hari ni aku bertekad mencari kedai yang boleh copy-kan kunci.
Call emak, sebab aku memang gagal sikit perihal jalan di Alor Setar. Sejak kerja ni saja baru aku tau kat mana letak nya Jalan Pegawai, Jalan Langgar dan banyak jalan lagi.
Pusing satu Alor Setar, tapi cari-cari masih tak jumpa.
Call emak lagi, emak cakap tempat buat kunci tu bukan macam kedai yang lain.
Cuma cari lori tut-tut (lori yang warna putih tu) tepi jalan sebelum jambatan menghala ke bandar Alor Setar sebelum Hotel Royale. Itu hint emak bagi.
Jumpa juga berjaya.
Terkejut aku. Tempat buat kunci tu kecik je. Tapi masa aku sampai dekat 15 orang beratur sebab nak buat kunci.

Aku berdiri di belakang seorang lelaki ni. Dia tengok aku, "nak buat kunci ke?"

"haah",slow je aku jawab. Dah ada kat sini,siap beratur lagi mestila nak buat kunci takkan nak beli tiket wayang pulak kan? apalah~

Sepanjang aku beratur di situ, hasil pengamatan aku setiap satu pelanggan paling kurang bayar rm20.00. Kalau yang buat sikit-sikit tu pun paling kurang rm5-6. Aku terfikir, kalau dalam sehari pelanggan yang datang dalam 30 orang, purata seorang pelanggan rm10, apek ni dah untung rm300. Pekerja dia cuma 2 orang termasuk dia.
Cuba darab kan dalam sebulan, berapa apek ni untung? rm10 x 30 x 26 hari (tolak hari cuti 4 hari sebab aku tanya apek tu keja berapa hari dia cakap cuti sehari je seminggu. bizi kan aku? Tengah beratur pun aku kira duit. Dalam kepala asyik duit je. ngeh3). okay cuba total tengok. Rm 7,800 kalau aku tak silap.

"Dekat 8,000?" teriak aku dalam hati. Pergh. Tolak modal dia paling banyak rm 1000.
Bersih sebulan lebih kurang rm 7,000. Wow.

Tu kalau sehari 30 orang. Kalau lebih?

Akhirnya sampai giliran aku. Apek tak buang masa. Aku pusing belakang, eh ada orang lagi? Terus aku tanya apek, " Apek, you banyak untung no. Ramai customer"

"Ya lah, sini arr mana ada kedai lain lagi yang buat kunci. Saya saja. nak meniaga kena pandai. Pilih kerja yang orang ramai tak buat", apek sambung lagi, "kadang-kadang sampai tak menang tangan oo orang datang."

Wah. Kagum. Nampak biasa-biasa je apek ni. Tapi sebenarnya kaya nak mampus. Orang tanya kerja apa, buat kunci je. Macam aku? Nama kerja macam gempak, tapi gaji hujung bulan dah semput-semput macam nak rak.

Sekarang ni dunia sekarang dah tak pentingkan title kerja. Asalkan kau pandai cari duit, itu dah cukup. Jadi, jangan ingat orang yang kerja tanpa status apa-apa itu orang susah. Orang yang status macam hebat tapi hampeh hujung bulan makan meggi tak pun korek duit dari tabung.

" rm 12 you punya."

"rm12? 10 dah la apek. You untung manyak sudah hari ni."

" haiyaaa. 11 la. You untung 5 kupang saya untung 5 kupang. 11 tak boleh kurang"

"11 pun 11 la apek". Selamat duit aku satu ringgit. Dah boleh beli sata 4 ketul hari ni kat bazar. "Thanks apek",sebelum masuk kereta aku sempat tengok lagi. Masih ramai lagi orang rupanya. Apek oh apek.

Tiba-tiba aku teRasa nak jadi macam si apek.

Tapi takkan aku nak buat kunci pulak? Mana aku reti. Hmmmmmmmm

No comments: