Wednesday, December 29, 2010

Hal besar-besar

Tunggu.

Ada hal besar akan berlaku awal February.


Come on eyany. Masa dah makin suntuk.


Aizat, thanks sebab dah luluskan warna pilihan saya.


You are the best thing thats ever been mine.


Later ya. :D

Sunday, December 26, 2010

Heal over

According to him, I'm beautiful, incredible,
He can't get me out of his head,
According to him, I'm funny, irresistible,
Everything he ever wanted.



The movie therapy was totally failed.

But then i know,


The best therapy that works best on me.


It's you.
It's him.


It's just someone-i-know-you-know-he-knows.

Peace.

Movie Therapy

Kau kalau serabut kepala apa kau buat? Buat tak layan tepis-tepis kata orang kanan kiri ke buat bodoh memang tak reti?

Aku dah berhenti kerja. Layak lah. Minggu depan lapor diri. Jadi minggu ni adalah minggu goyang kaki sambil garu-garu mata golek-golek atas katil. Heaven.

Masalah-problem-apa yang seangkatan sila jauh-jauh. Tolonglah jangan rosakkan percutian percuma-makan minum pun percuma-apatah lagi tempat penginapan.

Layaklah aku dapat keselesaan ni-buat sementara waktu. Ya la kan, tahun ni aku tak dapat hadiah birthday langsung. Ni tak ada kena mengena. Abaikan.


Jadi malam ni, movie marathon- Eat pray love, Salt & The Proposal.


Sambil makan roti gardenier bersalut jem.


Dengan coffee secawan dua. Eh tipu. Segelas dua.


Layan jugak kadang-kadang.

Saturday, December 25, 2010

Adrenalin

But really, everything happens all at once.

Every single moment that's passed and the moments still to come are all happening right now, in this moment. You are young. You are old. You laugh. You cry. You smile. You win. You lose. You don't care about either anymore. You love. You don't. You love again. You hurt. You heal.

All at once.

There's nothing and no one to miss because it's all still happening. They're still here.

And it'll all continue to happen, forever.


So,

Hey,

Are you okay?


Well, you know what,


If you really knew how I felt, you'd call an ambulance.

Sunday, December 19, 2010

Tamak?

" How much the IWK Penang offer you for that post?" and so-called the bos asked me. ( He is the senior Engineer in the company. But he's not holding any shares)

" Erm, just something, awat?", i just replied.

" Kalau i bet the same amount, macam mana?", a very very big smile on his face. Never knew he can smile like that. LOL.

I paused, with so much confuse i said,

" Jangan buat lawak lah."

" Tak lah, ni serious. Mao tak?"

I put a smile on my face too. A very big smile. Bigger than his. And then i replied,

" Okay, i'll stay. Pay me double than they offered. Is that okay?"

And he said,

" Tamak gila perempuan ni"

I laughed, with a reply,

" I am. "

Saturday, December 18, 2010

Sepotong kek, segelas lemon tea, seratus ucapan

Sepotong kek burberry dan segelas air lemon tea. Suasana di Secret Recipe. Aku beli dan makan sorang-sorang. Hari ni kerja kan. Juadah untuk tengah hari. Sebab tak ada selera nak makan nasi. Lagi pun, itu sahaja kek untuk hari jadi yang ke 24 tahun ni.

Oh lupa.


Hadiah? Ada- ada.

Sepasang subang silver 92.5 peratus yang aku sendiri juga beli di tingkat bawah City Plaza Alor Setar. Jalan-jalan sorang-sorang akhirnya beli subang dan juga DVD 'Eat Pray Love'. Tak boleh berjalan lama walaupun hari Sabtu. Kerja yang tak sudah-sudah.

Loser nya.

Oh lupa. Ada lagi.


Jutaan terima kasih kepada Facebook sebab ada reminder birthday di bahagian atas sebelah kanan Home feed. Sebab,

Aku dapat wall post ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan hampir satu ratus notification.

Pertama kali seumur hidup wey. Batak lah sikit. Awesome lah korang semua.


Ingatkan Facebook ni langsung tak ada kebaikan. Rupa-rupanya itu saja yang boleh buat aku rasa gembira sambut birthday tahun ni dengan ucapan yang hampir seratus tu.

Ada faedah jugak facebook ni rupanya.


Aku baru tau.

Friday, December 17, 2010

Dua puluh empat di tujuh belas dua belas dua ribu sepuluh

It's 17th December everyone. My birthday :) Yey dah masuk 24 tahun. Alhamdulillah.
Since no one will write a post wishing me for my birthday so i'll do it for myself. Pity nyeee apsal aku macam loser gila ni? Wth.

Wishlist? Too many things to list. Tak tahu nak mula dengan apa. :) But one thing for sure hopefully my new job in Penang will treat me just fine. Alhamdulillah, dapat juga aku post di IWK. HE answered my prayers. Alhamdulillah. :)

Probation period will be 6 months and lepas confirm insyAllah akan ada increment in my salary. That is what the HR told me. But sure, it will be based on my performance as well. As expected lah kan. A good start for a my new year actually.

Life? Alhamdulillah getting better each day. Just life is not always a bed of roses kan. Tak boleh nak predict what will happen next, just pray and hope for the best.

Love-life? No komen. Tettttttt. Jawapan nak macam artis-artis. Tak boleh blah.

What else what else? Wishlist dalam hati sangat banyak tak mampu nak luah. Doakan yang baik saja untuk hari ini, esok dan akan datang.

Hari ni punya entry macam ala-ala karangan darjah 6, kan?

Kalau aku perform macam ni masa dulu-dulu,


Confirm dapat A.

Saturday, December 11, 2010

Change

People change.

Jadi, kau tak payah nak sibuk-sibuk tanya kenapa jadi begitu kenapa jadi begini. Kau tak perlu nak tepuk dada tanya diri sendiri, "Why they don't treat me like they used to?"

Sebab, tak perlu.

Sebab, kan aku dah kata.

People change. Manusia berubah.

Manusia berubah!

Kerat kaki tangan aku, koyak mulut korek biji mata aku.

Aku dah tak larat nak menjawab lagi. Penat. Orang kata, "Takpa, nanti kau biasa."
Ya, memang aku dah biasa.

Manusia berubah,kan?

Masa dahulu dengan sekarang dah tak sama sebab tu people change.

People change.

Perubahan yang mengagumkan.

Impressive.

Monday, December 6, 2010

Big Deal

Keadaan tegangan perasaan dan kocakan diam-diam, ada hal yang melegakan aku dan mewaraskan fikiran.

Aku kurang sabar. Bila kurang sabar memang menyakitkan jiwa. Tapi, pesanan ringkas dari kaum pelajar semalam buat aku rasa aku untung beruntung sebab pernah menjawat jawatan yang namanya seorang guru.

" Kami sebagai pelajar pun tak pernah putus doanya untuk cikgu. Ilmu yang cikgu bagi kami akan guna esok, malah bukan esok masa depan pun akan guna lagi. Jadi, bertuah sungguh kami sebab dapat seorang cikgu macam cikgu yang sering mengambil berat tentang pelajarnya. Terima kasih cikgu, terima kasih banyak-banyak..Allah jua yang dapat balas jasa baik cikgu.. Selagi kami guna ilmu yang cikgu bagi, selagi itulah kami mendoakan untuk cikgu, dan cikgu tak kan pernah putus akan dapat pahala. InsyaAllah. :) "

Macam aku pernah tulis dulu dalam entry yang sebelum ini,

" I may not be the best teacher and I definitely have the whole world to learn, but God knows how I treasure my students in each of my prayer; how I want them to be happy and succeed in their very own definition "


Sumpah, aku tak pernah rasa dihargai sampai macam tu sekali. Walaupun banyak hal dalam hati yang menyesakkan dada aku, tapi hal ini buat aku rasa terlalu sedikit ilmu yang dicurah, tapi terlalu banyak penghargaan yang diberi. Sekurang-kurangnya ini membantu aku untuk menjadi seorang yang sedia-syukur dengan apa yang ada.

" Ya Allah, terlalu banyak yang aku minta untuk kebaikan diri aku, tapi aku mohon kali ini mudahkan adik-adik aku menjawab soalan peperiksaan dan tenangkan hati mereka. Semoga semuanya akan baik-baik saja. "

Amin.

Saturday, December 4, 2010

Update

IWK masih belum bagi apa-apa cerita. Haih. Fikir pasal IWK memang buat aku jadi tak tentu hala. Nasihat orang pandai kan, be confident, fikir positif apa segala, tapi aku? End-up dengan dok termenung macam baru putus cinta. Cakap dengan cermin boleh la, sila tampar pipi sendiri bertubi-tubi okay eyany?

Oh masih ingatkah tentang MTest tu? Yang KPLI tu? Okay, aku luuluuusssss. LULUS! Alhamdulillah, memang tak expect langsung. One step closer. Ada satu step lagi. Kena interview lagi. Ya Allah, aku dah nak muntah dengan interview ni sebenarnya. Sana sini, tapi satu pun tak melekat-lekat lagi. Mujurlah memang dah ada kerja sekarang. Ada juga sumber nak bayar duit kereta tiap-tiap bulan. -___-

Bila fikir-fikir balik, seriously it is better to be in the situation when we have choices to make, instead of we have nothing to choose. Sekarang ni keadaan aku adalah kosong, langsung tak ada pilihan. Scary! Takkan aku nak end up dengan kerja macam ni for the rest of my life?? NO NO. Setahun kerja baru sikit saving, tak sampai 5k lagi pun. Busuk-busuk nak kawin pun kena ada at least 15k. Kalau wangi-wangi macam mana? *dead*

Takpa, mak cakap doa aja banyak-banyak. Tapi jangan doa saja kalau tiap-tiap hari asyik mengadap facebook, dan tv semata-mata. Mana-mana dapat pun aku tak kisah. Asalkan terjamin dan aku bahagia. Hehehe.

Dan aku pasti akan merindui suasana peluh menitik waktu zaman dulu-dulu.

Perlu semangat melawan graviti.


Jom!

Wednesday, December 1, 2010

Aizat

Dalam keadaan emosi yang ada turun naik,
Dalam keadaan perasaan dan fikiran yang langsung tak menentu,
Dalam suasana kerja yang memang sudah tak kena dengan jiwa,
ada juga perkara yang buat aku tersenyum dan suka untuk- entah lah berapa lama. Selama-lamanya mungkin. :)

Untuk beberapa hari ni, aku agak kecewa dengan satu hal yang berkaitan dengan hati. Aku marah, aku sebal dan mujurlah Aizat sangat memahami. Setiap ucap yang aku marah, nada aku bergetar, dia akan susuli dengan 'istighfar sayang, tenang sikit'. Dan betul, setiap kali dia ucapkan itu, aku akan terdiam. Cuba bertenang dengan sekali lafaz.

Jiwa, hati, rasa aku semua bergetar. Harap kan sesuatu itu, tapi masih belum pasti. Aku harap Aizat ada di depan aku, mahu aku ceritakan semua apa yang terbuku dalam hati. Walaupun hal-hal emosi yang bukan berkaitan dengan dia, tapi tak ada satu pun hal berkaitan aku yang terlepas dari pandangan dia. Aku memang perlu dia.

3 hari Aizat di Alor Setar. Malam terakhir, 2 jam terakhir sebelum Aizat bergerak ke Kuala Lumpur baru kami dapat bersua. Tapi bukan kami berdua saja. Dengan keluarga Aizat juga. Kebetulan, mama dan abah Aizat baru ja balik dari Mekah. Jadi, aku ambil peluang untuk bertanya khabar dan okay, memang gemuruh tak tentu hala. Sedangkan dah berjumpa dah beberapa kali tak dapat nak kira. :)

Paling terharu tau apa? Mama dan abah Aizat belikan aku jam tangan khas dari Mekah. Sepasang dengan yang Aizat punya. :) Cantik, warna emas, dan sumpah aku sangat amat suka. Terharu sebab, mama dan abah tak lupakan aku yang hanya cuma, yaa..aku dan Aizat pun belum ada apa-apa ikatan yang sah.

Dan paling aku suka bila abah Aizat cakap,

" Ni jam ni kira hadiah untuk birthday Yany la ni, 17.12 ni kan?"

" Ha'ah," aku jawab sambil try jam tangan tu di tangan kanan.

Abah Aizat sambung lagi, " Ni pun kira macam pakcik dan makcik dah ikat Yany dengan Aizat secara tak langsung la ni.."

Aku diam. Aku tengok Aizat. Seriusss macam rasa nak lompat dan sengih luas-luas.

Dream comes true. Hehehe.

Tapi, jangan tanya bila nak kenduri ka apa.

Itu memang soalan paling sensitif yang boleh cabut jiwa raga gua.


Sebab apa?


Fulus masih belum sempurna. Tapi takpa,


Sebab, aku punya Aizat yang selalu ada.

:)