Sepotong kek burberry dan segelas air lemon tea. Suasana di Secret Recipe. Aku beli dan makan sorang-sorang. Hari ni kerja kan. Juadah untuk tengah hari. Sebab tak ada selera nak makan nasi. Lagi pun, itu sahaja kek untuk hari jadi yang ke 24 tahun ni.
Oh lupa.
Hadiah? Ada- ada.
Sepasang subang silver 92.5 peratus yang aku sendiri juga beli di tingkat bawah City Plaza Alor Setar. Jalan-jalan sorang-sorang akhirnya beli subang dan juga DVD 'Eat Pray Love'. Tak boleh berjalan lama walaupun hari Sabtu. Kerja yang tak sudah-sudah.
Loser nya.
Oh lupa. Ada lagi.
Jutaan terima kasih kepada Facebook sebab ada reminder birthday di bahagian atas sebelah kanan Home feed. Sebab,
Aku dapat wall post ucapan selamat hari jadi dari kawan-kawan hampir satu ratus notification.
Pertama kali seumur hidup wey. Batak lah sikit. Awesome lah korang semua.
Ingatkan Facebook ni langsung tak ada kebaikan. Rupa-rupanya itu saja yang boleh buat aku rasa gembira sambut birthday tahun ni dengan ucapan yang hampir seratus tu.
Ada faedah jugak facebook ni rupanya.
Aku baru tau.
2 comments:
yanie.. aku beli novel 'eat pray love', tengok wayang cite tu, pastu download cite tu.. obses sikit.. haha..
haha. best gile kot cite tu. tak bleh blah masa dekat itali tu. terliur weh tgk dia makan piza. adeh. haha.
Post a Comment