Dalam keadaan emosi yang ada turun naik,
Dalam keadaan perasaan dan fikiran yang langsung tak menentu,
Dalam suasana kerja yang memang sudah tak kena dengan jiwa,
ada juga perkara yang buat aku tersenyum dan suka untuk- entah lah berapa lama. Selama-lamanya mungkin. :)
Untuk beberapa hari ni, aku agak kecewa dengan satu hal yang berkaitan dengan hati. Aku marah, aku sebal dan mujurlah Aizat sangat memahami. Setiap ucap yang aku marah, nada aku bergetar, dia akan susuli dengan 'istighfar sayang, tenang sikit'. Dan betul, setiap kali dia ucapkan itu, aku akan terdiam. Cuba bertenang dengan sekali lafaz.
Jiwa, hati, rasa aku semua bergetar. Harap kan sesuatu itu, tapi masih belum pasti. Aku harap Aizat ada di depan aku, mahu aku ceritakan semua apa yang terbuku dalam hati. Walaupun hal-hal emosi yang bukan berkaitan dengan dia, tapi tak ada satu pun hal berkaitan aku yang terlepas dari pandangan dia. Aku memang perlu dia.
3 hari Aizat di Alor Setar. Malam terakhir, 2 jam terakhir sebelum Aizat bergerak ke Kuala Lumpur baru kami dapat bersua. Tapi bukan kami berdua saja. Dengan keluarga Aizat juga. Kebetulan, mama dan abah Aizat baru ja balik dari Mekah. Jadi, aku ambil peluang untuk bertanya khabar dan okay, memang gemuruh tak tentu hala. Sedangkan dah berjumpa dah beberapa kali tak dapat nak kira. :)
Paling terharu tau apa? Mama dan abah Aizat belikan aku jam tangan khas dari Mekah. Sepasang dengan yang Aizat punya. :) Cantik, warna emas, dan sumpah aku sangat amat suka. Terharu sebab, mama dan abah tak lupakan aku yang hanya cuma, yaa..aku dan Aizat pun belum ada apa-apa ikatan yang sah.
Dan paling aku suka bila abah Aizat cakap,
" Ni jam ni kira hadiah untuk birthday Yany la ni, 17.12 ni kan?"
" Ha'ah," aku jawab sambil try jam tangan tu di tangan kanan.
Abah Aizat sambung lagi, " Ni pun kira macam pakcik dan makcik dah ikat Yany dengan Aizat secara tak langsung la ni.."
Aku diam. Aku tengok Aizat. Seriusss macam rasa nak lompat dan sengih luas-luas.
Dream comes true. Hehehe.
Tapi, jangan tanya bila nak kenduri ka apa.
Itu memang soalan paling sensitif yang boleh cabut jiwa raga gua.
Sebab apa?
Fulus masih belum sempurna. Tapi takpa,
Sebab, aku punya Aizat yang selalu ada.
:)
No comments:
Post a Comment