Monday, August 30, 2010

Memory, Dream, Fantasy and Reality

Dear Aizat,

The past is a memory

And then you become a dream

When you decide to love me

You are like a fantasy

But now,

You become my reality.

Thank you for loving me. :)

Thursday, August 26, 2010

Hatred

Masuk kali ni aku bilang dah 48 kali aku bersin untuk hari ni.

Jadi ini bukan masa yang bagus untuk membuat bising.

Ini mungkin, mungkin adalah disebabkan penangan masa meeting dengan client tadi. Kebangkitan semangat pihak client menghentam kami pihak kontraktor bertubi-tubi sampai baju yang kami pakai walaupun ber-kalis peluru pun dah koyak-rabak.

Orang macam aku, yang di tengah, yang tidak kacau orang, yang mahu bebas dari semua ikatan seperti itu, apa yang boleh aku buat?

Aku rasa aku seperti tersepit di tengah-tengah. Terpaksa harungi segala kehodohan ini dalam kehidupan sehari-hari. Kali ini, segala-galanya memang hodoh.

Aku tak cakap aku hodoh.

Aku tak cakap aku cantik.

Aku tak cakap mereka hodoh.

Aku tak cakap mereka cantik.

Cerita aku agak kompleks dan sukar difahami, kan?

" What we need is hatred. From it our ideas are born."

Okay, jom sambung bersin. Eh tak, jom sambung kerja.

Eh eh sekarang tengok jam di tangan ada 15 minit lagi sebelum habis kerja.

Tido dulu jom?

Tuesday, August 24, 2010

Apek

Aku menulis entri ni hari Selasa.
Tapi aku nak cerita tentang hari Isnin. Jadi hari ini adalah hari Isnin.

Masa break aku keluar pegi jalan-jalan kejap.
Hirup angin sepoi-sepoi.
Lagipun aku nak buat second key untuk kunci kereta aku.
Aku selalu dibebel emak sebab aku selalu sangkut atau lempar kunci kereta bersepah-sepah.
Jadi hari ni aku bertekad mencari kedai yang boleh copy-kan kunci.
Call emak, sebab aku memang gagal sikit perihal jalan di Alor Setar. Sejak kerja ni saja baru aku tau kat mana letak nya Jalan Pegawai, Jalan Langgar dan banyak jalan lagi.
Pusing satu Alor Setar, tapi cari-cari masih tak jumpa.
Call emak lagi, emak cakap tempat buat kunci tu bukan macam kedai yang lain.
Cuma cari lori tut-tut (lori yang warna putih tu) tepi jalan sebelum jambatan menghala ke bandar Alor Setar sebelum Hotel Royale. Itu hint emak bagi.
Jumpa juga berjaya.
Terkejut aku. Tempat buat kunci tu kecik je. Tapi masa aku sampai dekat 15 orang beratur sebab nak buat kunci.

Aku berdiri di belakang seorang lelaki ni. Dia tengok aku, "nak buat kunci ke?"

"haah",slow je aku jawab. Dah ada kat sini,siap beratur lagi mestila nak buat kunci takkan nak beli tiket wayang pulak kan? apalah~

Sepanjang aku beratur di situ, hasil pengamatan aku setiap satu pelanggan paling kurang bayar rm20.00. Kalau yang buat sikit-sikit tu pun paling kurang rm5-6. Aku terfikir, kalau dalam sehari pelanggan yang datang dalam 30 orang, purata seorang pelanggan rm10, apek ni dah untung rm300. Pekerja dia cuma 2 orang termasuk dia.
Cuba darab kan dalam sebulan, berapa apek ni untung? rm10 x 30 x 26 hari (tolak hari cuti 4 hari sebab aku tanya apek tu keja berapa hari dia cakap cuti sehari je seminggu. bizi kan aku? Tengah beratur pun aku kira duit. Dalam kepala asyik duit je. ngeh3). okay cuba total tengok. Rm 7,800 kalau aku tak silap.

"Dekat 8,000?" teriak aku dalam hati. Pergh. Tolak modal dia paling banyak rm 1000.
Bersih sebulan lebih kurang rm 7,000. Wow.

Tu kalau sehari 30 orang. Kalau lebih?

Akhirnya sampai giliran aku. Apek tak buang masa. Aku pusing belakang, eh ada orang lagi? Terus aku tanya apek, " Apek, you banyak untung no. Ramai customer"

"Ya lah, sini arr mana ada kedai lain lagi yang buat kunci. Saya saja. nak meniaga kena pandai. Pilih kerja yang orang ramai tak buat", apek sambung lagi, "kadang-kadang sampai tak menang tangan oo orang datang."

Wah. Kagum. Nampak biasa-biasa je apek ni. Tapi sebenarnya kaya nak mampus. Orang tanya kerja apa, buat kunci je. Macam aku? Nama kerja macam gempak, tapi gaji hujung bulan dah semput-semput macam nak rak.

Sekarang ni dunia sekarang dah tak pentingkan title kerja. Asalkan kau pandai cari duit, itu dah cukup. Jadi, jangan ingat orang yang kerja tanpa status apa-apa itu orang susah. Orang yang status macam hebat tapi hampeh hujung bulan makan meggi tak pun korek duit dari tabung.

" rm 12 you punya."

"rm12? 10 dah la apek. You untung manyak sudah hari ni."

" haiyaaa. 11 la. You untung 5 kupang saya untung 5 kupang. 11 tak boleh kurang"

"11 pun 11 la apek". Selamat duit aku satu ringgit. Dah boleh beli sata 4 ketul hari ni kat bazar. "Thanks apek",sebelum masuk kereta aku sempat tengok lagi. Masih ramai lagi orang rupanya. Apek oh apek.

Tiba-tiba aku teRasa nak jadi macam si apek.

Tapi takkan aku nak buat kunci pulak? Mana aku reti. Hmmmmmmmm

Thursday, August 19, 2010

Semalam

Semalam dalam beberapa jam adalah awesome
Sekejap, tapi sangat bermakna.
Kalau-lah bisa aku hentikan detik setiap jam
Lambat-lambatkan detik setiap minit dan saat
Kalaulah aku bisa-


Semalam dalam beberapa jam sebelum jam yang awesome itu
Aku bebal
Sengaja, untuk hiburkan hati
hati aku bukan sesiapa
Hampir-hampir nak putus asa
Bila aku anggap aku betul segala
Apa bisa yang lain pun aku anggap serba tak kena
Tiba-tiba yang tidak dirancang terjadi
Buat aku tidur pun tak lena

Dia, yang aku tahu sangat berkejar ke sana sini. Hal terakhir yang aku tahu pasal dia ialah dia ditugaskan ke Langkawi.
Perasaan aku? Tak perlu nak diungkap di sini.

" Can we meet each other before you going back to Langkawi?" Aku tanya dia, sebab memang aku mahu juga jumpa dia.

" I don't think i can make it dear. Last ferry to Langkawi is at 7 pm "

Aku kata tak apa. Tapi dalam hati berombak jangan tanyalah kenapa.
Tapi nak buat macam mana, bukan aku yang tentukan masa feri bertolak pukul berapa. Tahan tetapi maaf, kurang juga sabar. Membebel, tapi tak lama. Cool down, okay sikit. Tapi tak lama jugak, membebel lagi. Cool down balik.


Aku tak puas hati, aku tanya lagi " Do you want to meet me or not? Nak berbuka puasa sama-sama ke tidak kalau sempat? "

" Nak. I'm on my way, dah nak sampai pun. "

Dapat juga kami berbuka puasa bersama. Sebab dia memang dah terlepas feri terakhir since terlambat dari awal lagi. Dia memang sengaja nak menguji. Suka dengar aku bebel.Bebal la tu. Protes.

Rancangan awal-awal nak ke rumah makcik di Pendang pun tak jadi. Bas terakhir pun terlepas. Rancangan yang tidak dirancang. Tidur di rumah aku. Atas jemputan pihak atasan.

Everything was perfect. Malam itu, kami berbincang dan membetulkan keadaan yang aku selalu cuba tidak betulkan. Satu malam kami berbincang di ruang makan sambil makan makanan buka puasa yang tidak habis di makan oleh seisi rumah.

Sahur pun sama-sama. Aku kejut dia, first time tengok dia tidur. You don't know how much that i miss that moment and how i want to repeat that moment again and again. Kalau boleh tak mahu dia bangun. I just miss you. grrr

Dan pagi ni, awal aku keluar dengan dia. Bekejar ke terminal feri. Dia perlu ke Langkawi seawal yang mungkin. Hantar dia ke terminal, tengok dari jauh dia pergi, tengok kereta dan stereng bekas tangan dia, tengok tangan sendiri bekas genggaman tangan dia, buat aku tak mahu dia pergi. Lama aku dalam kereta, duduk di tempat dia duduk sebelum dia tinggalkan aku,beberapa minit sebelum itu, dia ada di sebelah aku.

Betapa lajunya masa aku tak sempat nak sedar. Sekejap tapi berhasil. Berhasil untuk aku berhijrah ke keadaan yang 'lebih tak kurang' dan tinggalkan 'kurang tak lebih'.

Baru aku tahu besarnya impak dia pada aku.

" Jangan berduka ok sayang?"

Ada sesetengah orang
yang terlalu kita sayang
hingga tidak ada perkataan yang boleh kita zahirkan

" I love you"

Kata-kata keramat dia yang selalu dia ungkap bila dia mahu aku berhenti membebel. Selalu.

Dan aku suka itu.

Wednesday, August 18, 2010

Masih belum jumpa

I'm thinking of deleting this blog
This isn't good.

Do you know what it feels when;
You have so many things to write
but you have so many feelings to hide
And The Demon in you keeps saying 'just follow your heart'
but The Angel in you keeps saying 'it's okay. you'll be just fine'

It feels so suffocating, don't you think so?

Do you know what it feels when;
You know that you are not in good place
A place that full with sadness and self-loathing
with a lot of confusion.

'Just think about yourself. Don't think about others, including your lover', sometimes The Demon in me telling me this.

'You have to think about everyone. Don't think about yourself. It's okay to get hurt sometimes', and so The Angel in me telling me this, most of the time.

I just don't know which way to go, demon or angel. Both are inside me, it is me.
If you ask me what to do, or what the best i can do
I will just say this to you ;

"Masih belum jumpa"

Tuesday, August 17, 2010

Kurang tak lebih, Lebih tak kurang

Hari-hari aku fikir tentang sesuatu.
Sesuatu yang tak perlu aku nyatakan di sini.
So many feelings yet so few words.


Kurang manis
Kurang rasa


Perlu ditambah apa?

Terlalu banyak sebab kenapa aku tidak bercerita tentang semua
Aku sangat berharap yang aku bisa jadi kurang sense, kurang sensitif, kurang emosi, kurang perasaan dan kurang mengasihi.

Tapi

Aku sangat berharap yang aku bisa jadi lebih kuat, lebih memahami, lebih yakin, lebih semangat dan lebih mempercayai.

Terlalu banyak kasih dan percaya kepada dunia sebenarnya itu melemahkan manusia.


Aku menulis ini untuk satu orang
Selebihnya, aku anggap itu satu bonus.

Ini mungkin sebab teratas kenapa aku menulis. Maybe.

Monday, August 16, 2010

KITA

Minggu yang perlahan, kan?

Ketandusan masa, idea dan semangat.
Berlari laju-laju. Dalam satu pusingan.
Back and forth.

Lari sampai letih.
Bila letih
Berhenti berlari.

Simbolik kehidupan aku sekarang.

Penat.


" Yany, fasting month ni, kita semua kena kuat bekerja. Kita jangan tunjuk macam letih ka, penat ka, kena bersemangat. Jangan nanti anak buah kita cakap apala engineer ni puasa sikit pun dah nampak tak larat. Kita kena tunjuk yang kita ni kuat "

Itu kata-kata bos aku pada aku di hari ke lima bulan puasa.

Terjegil dan terbulat mata aku di kala mendengar dia berucap begitu.

Kenapa?


Bos aku yang bercakap itu adalah berbangsa cina dan dia berkata pada aku yang semasa itu kami sedang berdiri di tengah panas terik
Sambil dia sedang memegang botol 100 plus di depan aku
Dan aku memegang pita ukur sambil menyelitkan plan tapak di celah ketiak ; yang agak basah.
Dalam keadaan panas + terik + haus ;
Haruskah dia menggunakan perkataan KITA bagi keadaan semasa itu?

" ehh????" kata aku sambil senyum. Senyum kambing. Sumbing.

Sambil tersengih, aku jawab " OKAY BOS"

" Ada jugak yang aku kerat 18 lepas tu panggang buat juadah berbuka puasa hari ni" aku berkata dalam hati sebelum aku masuk dalam kabin ambil kerusi dan duduk betul-betul depan kipas.

Tuesday, August 10, 2010

Kun Fa Ya Kun

" Kun Fa ya Kun.
Jadi, maka jadilah.
Dan kalau tak jadi, tak jadilah "

Itu kata seseorang kepada aku bila aku bertanya tentang kehidupan, jodoh dan pertemuan. Aku bertanya sebab sejak akhir-akhir ni fikiran aku selalu terganggu dengan bermacam-macam benda.

Aku diam termangu.

Dalam diam, dahi aku berkerut. Kehidupan aku melintas di depan mata. Masa dulu, masa kini dan masa akan datang.

Life has changed tremendously for me. Dari tiada apa-apa,aku rasa sekarang aku sudah ada yang biasa-biasa saja. Tak lebih, tak kurang.

Aku tak suka kepada tempat yang lebih faham nilai eccentricity. Aku rasa serabut. Tak sesuai dengan cara.

Tapi kadang-kadang jiwa aku boleh faham nilai itu. Macam boleh masuk. Boleh se-geng.

Jiwa aku ada upside down. People find its hard to understand me. Or even to judge me.
Try me.

" Sebenarnya ko ni lebih fikir banyak sangat. Sebab semua benda ko nak fikir satu masa, ko nak solve semua benda dalam satu masa. Sebab tu kadang-kadang ko jadi pelik "

Teman sesusah senang pernah berbicara begitu pada aku satu ketika itu.

I have enough problems already. Aku mahu punya semua yang aku ingin. Kerja idaman, lelaki idaman, segala yang menjadi idaman.

Cuma kadang-kadang aku khilaf. Aku tercelaru dengan kemahuan dan kehendak. Sekali kena jentik, aku dah menangis. Aku tak kuat la.

Dulu aku selalu fikir apa aku fikir tu betul. Macam keras. Suara hati. Semua nak menang.

Sekarang ya, mari beralah. Kendurkan sedikit kerutan dahi. Panjangkan lagi senyuman di bibir. Kurangkan membiar air mengisi setiap ruang kornea mata. Kurang dan panjangkan.

" I love to see your smile"

" Oh why?"

" It looks good on you"

Ini bukan disebabkan oleh kekecewaan atau kemarahan, ini adalah penerimaan.

Aku terima semua ini seadanya.

Geddit?

Monday, August 9, 2010

Spinning Wheel

Setiap kali datang bulan Ramadhan tentunya Mak aku yang paling seronok. Sebab, masa ini lah segala juadah apa yang dia masak confirm habis tak tinggal sikit, walau sikit pun. Maklumlah, anak-anak Mak ni boleh dikatakan spesies ikan bandaran. Kalau boleh dengan tulang-tulang sekali pun kami nak telan.

Cakap pasal bulan Ramadhan,teringat aku pasal Parit Raja. 4 tahun setengah bergelumang di situ. Ramadhan kali ini adalah yang pertama kali aku dapat berpuasa penuh di rumah selepas 4 tahun setengah aku menjadi perantau di tanah orang jawa tu. 4 years and half, this is the first time dude. Itu tak termasuk semasa menjadi perantau semasa di Matrik dan di Mrsm dulu. Itulah nasib si perantau. Itu baru belajar dalam Malaysia. Dah rasa sedih berjauhan dengan keluarga. Mujur SPM dulu tak dapat bagus mana. (Ah ini skeptikal, tolong abaikan)

Tiga kali Ramadhan di Parit Raja tidak terasa sangat. Semuanya biasa-biasa sekadar berpuasa dan berbuka bersama kawan-kawan. Effect kurang. Ramadhan terakhir adalah yang paling tak dapat dilupakan. Zaman kesusahan, zaman kurang wang, zaman kurang berjoli membeli belah. Itu zaman terakhir di Parit Raja.

Masa tu kawan-kawan baik aku cuma ada 3 orang. Lelaki semuanya. Ezaty dan Mamai dah selamat bergraduan semasa itu. Kawan yang lain aku kurang bersama. Susah, bila kepala tak ngam, jiwa tak selari, apa pun tak boleh jadi.

Aku, E, B dan M. 4 semuanya. Susah senang masa tu sama-sama. Macam mana M berdepan masalah dengan tajuk akhir final projek, B berdepan dengan masalah kuliah dan E dengan masalah kewangan. Dan aku, di tengah-tengah. I'm having a so-called fair moderate life at that time. Susah tak susah, senang tak senang. Tapi dengan kawan yang sama susah sama senang ni, orang kata cubit peha kiri satu badan rasa sakitnya.
(Peribahasa ini aku sengaja metaforakan untuk pembuktian betapa 3 makhluk ini sangat bermakna pada aku )

Masalah M kami sama-sama bagi pendapat. Kau buat macam ni. Kau tanya Prof ni. Kau refer fakulti. Alhamdulillah, everything went smoothly. B pun begitu juga. Tidak sebesar masalah seperti E. Bagaimana kami boleh membantu sedangkan masing-masing pun belum punya kewangan yang kukuh. Tapi E perlu dibantu. Masalah itu perihal masa depan E. Aku serahkan pada M dan B. Apa pun cara, aku pasti bantu.

Satu hari E telefon aku. Katanya ingin buka gerai menjual air masa bulan puasa. Aku tanya, nak jual kat mana? Bazar Parit Raja? Mana nak dapat modal nak bayar sewa? E ketawa. Dia jawab, sewa gerai tak mahal. Kita jual depan Asrama Tun Fatimah ( Aku katakan sebagai TF). TF adalah asrama perempuan yang dinginap oleh sebahagian besar pelajar-pelajar baru. Freshie. Dan apa yang selalunya berlaku, kebanyakan freshie memang bergantung kepada mini bazar di hadapan asrama mereka kerana sebahagian besar tidak punya kenderaan sendiri untuk membeli juadah di luar campus. Hanya ada apa yang ada.

" Oh okay. Ko dah dapat tapak belum? "
" Dah sudah. First day puasa kita dah boleh start. I want you to lend me your hand, boleh?"
" Kau nak aku lend kan kau sekali kaki pun takde hal bro"

****

2 minggu masih tak berbuka. Resah. M cakap ada masalah. Aku cakap pada E, sabar. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Keep on trying.

Tak lama lepas tu, akhirnya gerai E dapat dibuka juga. Awal-awal E dan M jual air di bazar. Hari pertama aku tak dapat datang. Aku datang esok harinya.

Awal-awal E cuma jual air saja. Tak ingat pula aku air apa. Tapi selain menjadi pembantu E dan M, aku juga merupakan pelanggan tetap E. Hari-hari aku beli air tu sebagai pembuka selera berbuka puasa. Aku mahu bantu E. Tak terang-terangan pun kabur-kaburan pun jadilah.

Lepas jual air, E jual cendol. Kali ni lebih laku. Ramai lagi freshie hot yang membeli. Alhamdulillah, dengar kata berbaloi juga usaha E dan M. Dapat pulangan agak memberangsangkan. Aku tumpang gembira. Sekurang-kurangnya bebanan E dapat dikurangkan. Rezeki halal dapat. Pahala besar lagi ganjaran.

Itu setahun yang lepas. Ini setahun kemudian dari zaman kesusahan; iaitu Sekarang.

Sekarang, E dan M termasuk aku sudah punya kerjaya sendiri. B masih mengikuti kursus di tempat yang sama. Dia memang pencinta universiti kami. Mungkin mahu terus berbakti di sana.

Kami punya kerjaya sendiri. M punya perancangan sendiri. Mahu sambung master. E pula, selepas dapat kerja di tempat baru dengar khabar makin dapat sesuaikan diri tak seperti kerja di tempat dahulu. B, aku rasa dia masih bahagia dengan cara kehidupan dia di tempat kenangan susah senang kami dahulu. Alhamdulillah, roda kini telah berputar. Kami susah dulu, sekarang sudah punya kehidupan sendiri dan masing-masing tak pernah lupa diri.

Aku sesalkan satu. Masa konvo tak sempat bergambar dengan E, M dan B. Kesal. Tak apa, pesanan ringkas yang dihantar mereka sudah cukup menggambarkan perasaan kami yang akhirnya dapat genggam segulung ijazah dari kesusahan yang pernah dirasa.

Dan yang paling terharu, E, M, dan B masing-masing nak aku yang kawin dahulu. Janji mereka akan datang masa kenduri aku nanti itu aku sangat pasti. B pernah cakap pada aku, aku tak pasti dia masih ingat lagi atau pun tak pasal ni. 'Kalau ko kawin nanti, aku M dan E mesti datang menyakat ko masa atas pelamin. Lepas dari hari tu tak mungkin dapat dengar dah kau jerit kutuk kami ni sengal lagi'

Sobs T__T

Kawan, susah senang, hidup mati, tak banyak pun yang boleh dicari.

p/s : Percaya tak hari ni saja sudah 2 entri aku publishkan. Well done! (apa jadahnya masih menulis di sini yang sepatutnya waktu begini aku sudah lena diulit mimpi. argh!)

Pelik

First time hari ini office aku tak berbunyi lagu. Senyap dan sunyi. Masing-masing mengadap ke skrin berpetak yang sangat menyakitkan mata.

Bersandar di kerusi tak berapa nak empuk aku tiba-tiba bersuara di tengah-tengah ke'senyapan' suasana.

" Awat tak pasang lagu. sunyilah" aku cuba hilangkan aura sunyi. Bosan.

Hidup aku dari dulu. Sejak di mrsm lagi mesti tak boleh kalau telinga tak disumbat dengan bunyi-bunyian. Apa-apa saja lagu yang ada. Masa sekolah itu saja hiburan yang ada. Handphone tak boleh dibawa. Hanya perlu mengadap buku saja. Tak kisahlah masa tu study pasal apa, Sejarah ka, Kimia ka, Biologi ka, Matematik ka, mesti earphone sumbat dalam telinga. Cuma kalau tengah hafal surah hafazan agama saja aku tanggalkan. Tapi still, nak menghafal surah aku baca kuat-kuat. Kalau tak nanti, mesti aku terlena.

Soalan aku dari tadi tidak berbalas. Masih senyap. Tak ada respond.

Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Bos call dan mintak aku siapkan dokumen sebab pukul 1030 ada meeting di pejabat client.

Terkocoh-kocoh aku siapkan dokumen. Mesti lengkap, tak boleh miss apa-apa dokumen. Kalau miss siaplah, itu lah point yang buat aku kena hentam nanti.

Dah siap, ambil kunci kereta dan terus bergerak ke pejabat client. Ada meeting, dan pasti lunch nanti boleh simpan purse dalam laci kereta. Makan free.

Sebelum keluar jumpa admin dulu. Senyap. Masih tak berbunyi office aku.

" Kak, yany nak keluaq sat. Ada meeting kat cashlandmark. Ada faks apa-apa nanti letak atas meja yany eh."

Angguk dan setuju, sambil membalas dengan satu senyuman. 'Hati-hati'.

Okay, kenapa ni. Aku tertanya sorang diri. Semua macam tak happy. Tapi tak nampak stress pun. Pelik.

Takpalah. Aku terus ke pejabat client. Teruskan kerja dengan tekanan yang tidak di tahap yang melampau. Masih boleh bertahan walaupun di complain tentang macam-macam perkara.

Habis meeting, makan (free) dan terus balik ke office. Aku bukan jenis curi tulang ; pergi melepak tempat lain dan beri alasan ada kerja yang perlu diurus. Tak apa, bos tak tahu. Tapi ya, aku bukan jenis yang macam tu.

Tapi curi tulang masa kerja main facebook pun sama jugak tak? Abaikan.

Masuk ke office terus ke meja dan tengok dah ada kerja lain yang ditinggalkan untuk aku.

Tak apa, kerja kan. Nak ke tak kena buat juga.

Tapi masih pelik. Suasana masih seperti 2 jam setengah sebelum aku keluar tinggalkan office. Sama.

Senyap dan masing-masing dengan kerja sendiri. Ada yang sarungkan earphone di telinga, mungkin nak dengar lagu ikut jiwa sendiri kot, bisik hati.

Tapi ini pertama kali office tak bersuara dan sangat senyap sepi sekali!

Tak boleh jadi. Terus aku bangun menuju ke bahagian admin.

"Awat ni kak..dari tadi senyap ja. Yany tak boleh la senyap-senyap macam ni. Tak best" sengaja aku cakap kuat-kuat. Harap-harap semua orang dengar.

'Laa...yany tak tau ka..kan speaker radio office rosak. Button untuk radio punya pun rosak jugak. Ada wire tercabut ka apa dalam tu pun tak tau la. Ni dok tunggu orang mai repair la ni. Kalau yany nak dengaq lagu pasang dulu kat pc. Tak la boring sangat kan. Semua pakai earphone sendiri. Tu yang senyap saja."

Dang!

Okay. Patutla.

Aku senyum dan terus ambil handbag dan kunci kereta.

"Nak pi mana tu yany?"

"Nak pi beli HEADPHONE."

Saturday, August 7, 2010

Far

Aku tak tahu kenapa. Mungkin tuntutan kerja dan kesuntukan masa buat dia tertarik jauh dari aku. Jauh betul. Terasa sampai tulang rusuk.
Dia bukan abaikan aku. Aku tahu.
Tapi kenyataan yang aku kena terima bila dia tak ada di sini. He's no longer here. I hate the fact. He will not be here. I hate the fact.

Sekarang dah tak ada lagi suara yang akan nyanyikan aku lagu-lirik-buat-sendiri bersama iringan gitar untuk dodoikan aku tidur.

Sekarang dah tak ada lagi suara yang akan pujuk aku untuk bersabar hadapi tekanan kerja dan menahan kemahuan yang terpaksa ditelan dalam-dalam.

Sekarang dah tak ada lagi suara yang akan buat aku rasa macam dipeluk kuat-kuat dengan hembusan angin menderu seperti syahdu suara dia.

Bukan dia dah tak ada dengan aku.
Dia ditarik dengan kesibukan kerja. Dan itu yang aku rasa aku perlu faham.
Aku faham. Dari dulu lagi kesibukan dia buat aku terasa jauh. Tapi itu tak apa. Jauh dia dekat dengan hati aku.
Dulu dia cuma 100km lebih saja jauh dari aku. Boleh terus datang bersua muka dengan 1jam lebih perjalanan. Sekarang dia sudah 700km jauh. Jangan nak mimpi dia mampu buat kejutan macam dulu; semalam cakap tak dapat datang esok tengok-tengok dah ada depan mata. Itu dulu, dulu semua tu.
Kerja dia mula dari 10 pagi sampai 10 malam. Untuk 2 minggu ni kerja terusan, tak ada cuti. Nak bercakap dengan aku paling lama 20 minit untuk satu hari. Kasihan dia bukan? (dahla dia penat kerja, kekasih hati pulak selalu dok buat hal. merajuk sana sini. tolong siapa-siapa lempang pipi aku sekali. haish. Sobs T__T)

AKu rindu waktu dulu.
Aku selalu jadi semangat dia.
Tak ada aku, tak bersemangat dia.
Tak dengar suara aku, tak hidup hari-hari dia.

Itu tak apa.

Tapi kali ini betul-betul rasa sangat jauh.
Jauh.
Sangat.

Dia :

' I'm sorry that i don't have much time for you lately.
I love you and i do miss you '


Tak tahu macam mana hidup aku esok-esok kalau dia tak ada. Kalau dia betul-betul tak ada.
Selamatkan kami Ya Allah.

(Gedik pulak entri ni bila baca. Macam la orang lain tak pernah bercinta. Sobs)

p/s : RIndu.