Friday, January 13, 2012

I love my Papa

Sejak dari kecil aku memang sangat rapat dengan ayah aku, which i called him Papa. Dari kecil aku lebih banyak didodoikan Papa sebelum tidur, disuapkan Papa bila aku lapar, dimenangkan Papa bila aku yang salah. Bukan aku tak rapat dengan Mak, tapi disebabkan jarak umur aku dengan Acu (which is my younger sister) is only 1 year 2 months jadi perhatian Mak lebih pada Acu berbanding pada aku.

Aku masih ingat di kala aku mahu Mak dodoikan aku, Mak akan suruh Papa yang dodoikan sebab Acu masih sangat kecil dan merengek-rengek mahukan Mak. Papa akan kendong aku dari belakang dan bawa aku tidur. Dan bila semakin besar, aku rasakan aku agak lebih kental berbanding adik beradik yang lain. Aku lebih kasar, lebih berani, lebih nakal, lebih dari orang lain. Dan yang pasti, aku yang paling rapat dengan Papa sampai la sekarang.

Adik beradik aku yang lain cukup takut dengan Papa. Tak berani nak melawan kata Papa. Tapi aku? Aku yang paling lantang bersuara kalau aku tak puas hati. Paling rebellious. Tapi bukan la sampai langsung tak mendengar kata, cuma biasala zaman remaja. Zaman memberontak.

Bila dah menjengah alam dewasa, boleh dikatakan setiap perkara Papa pasti akan menangkan aku. Kalau pun hal yang jadi memang terang-terang salah aku, Papa susah sangat nak marah kan aku. Adik beradik yang lain selalu tak puas hati dan selalu cakap, " Ye lah, Papa kan paling sayang Atam." ( Atam ialah nama timangan aku di rumah) Walaupun kadang-kadang aku rasa tindakan Papa menangkan aku adalah bukan tindakan yang patut beliau buat, tapi mungkin Papa sendiri pun tak sedar yang dia memang akan lebihkan aku.

Sampai la sekarang aku dah hampir sangat nak jadi isteri orang, Papa masih macam tu. Bagus jugak bila jadi Papa's favourite child. Tapi macam mana pun, bagi aku Papa adalah sangaatttt garang masa kami kecik-kecik dulu. Kalau dapat result teruk je dalam exam mesti kena sebat dengan rotan. Tapi, aku lah orang yang selalu senbunyikan rotan papa. Lepas tu buat muka macam tak tahu apa-apa. Buat muka tak bersalah is one of my best talent.

Bila dah makin besar, kakak-kakak aku pun dah kahwin, aku pulak soon-to-be, acu pun soon-to-be ( lepas raya tahun ni kot), and my youngest sister pun dah masuk form 5, Papa dah tak segarang dulu. Papa pun cakap theres no point to get mad or garang lagi, we do have own life, our own career so baik buruk dah boleh fikir sendiri.

Yang paling aku perasan pasal Papa is that, when it comes to my marriage he is soooo excited sampai aku rasa dia nak tukar semua dalam rumah to a new one. Dari curtain, add few more on the furniture, Papa siap nak pasang bunga api lagi masa lepas aku potong kek during the wedding day. I was like, " Papa, mana ada orang pasang bunga api siang-siang!" He just replied, " Takpala, orang lain tak buat, Papa yang buat. " See? Dia memang selalu nak menang.

Banyaakk lagi benda yang dia sacrifice duit, masa, tenaga for my wedding. Aku of course la just focus on the basic preparation je. Basic tu pun, dari pakej perkahwinan ( pelamin, baju, meja makan, hiasan bilik tidur), hantaran, kad kawin sampaila ke goodies bag dah sampai beribu-ribu. Ni tambah pulak dengan Papa yang excited gila hias rumah. Macam happy sangat je nak lepas aku dekat orang lain kan? *__*

Bila tengok Papa yang too excited for my wedding ni, Kakak and Angah aku pun macam bising jugak. Diorang selalu cakap, " Amboi Papa, masa kami kawin dulu Papa tak beli perabot baru pun." Tak pun, " Eh, curtain baru? Tak aciii." Papa senyum je. Dia takkan balas apa-apa. Aku sebagai anak yang paling rapat dengan Papa dan dengan semangat nak back-up Papa, aku akan balas,

" Papa saja nak tukaq angin la tu. Bukan nya selalu pun."

Papa akan senyum lagi.

Tapi, dalam hati aku, aku sentiasa akan ingat,

" Oh betul. Papa memang sayang aku lebih dari sapa-sapa."

Tamak gila.

Hahahahaha. :p

No comments: