Wednesday, March 28, 2012

Dugaan

Kalau ikut previous post sepatutnya aku dah pergi check up hari Ahad lepas. I did. Aku pergi dengan Aizat to check the condition of my baby. Alhamdulillah, baby aku okay. Dah nak masuk 6wks dah. Compare dengan last check up, time tu memang tak nampak the spot. Doktor yang tunjuk kedudukan baby tu. But latest check up ni memang aku nampak baby aku dalam rahim. Even though dia belum form as janin lagi ( baru nampak ketulan darah) but i know my baby is inside my womb. Syukur aku masa tu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dan suami.

Masa buat check up tu spotting aku dah stop. Dari hari Sabtu dah kering dah. So aku agak confident jugak nak jumpa specialist masa tu. Everything was ok sampai hari Selasa. Aku dapat MC lagi sampai Jumaat ni, tapi aku still nak pergi kerja hari Selasa sebab terlalu bosan kat rumah. Lain la kalau aku di rumah Alor Star, tak la bosan sangat, ni dekat Penang..sorang-sorang..sedih je kadang-kadang tu. :(

Suddenly, spotting aku jadi balik. Aku pun tak tahu la. Kejap dia stop, then dia jadi balik. Aku seriously tak tahu benda ni normal ke tak. Spotting ada, more to brownish macam tu. Tapi aku tak sakit perut langsung, just rasa macam biasa je. Tapi bila dah tau pregnant ni spotting macam tu mana boleh jadi biasa kan!

Aku redha sebenarnya. Setiap kali aku spotting, aku mesti nangis. Aku rasa kecewa. Aku tak tahu apa kurang lagi usaha aku dalam menjaga baby dalam kandungan aku ni. Kakak-kakak aku dulu pregnant tak da langsung macam ni. Morning sickness pun tak ada. Aku pulak? Macam-macam dugaan aku sepanjang 6wks ni. Aku tetap akan usaha untuk buat yang terbaik untuk baby aku ni. Apa yang aku mampu, aku akan buat. Apa jadi pun, aku tetap redha dengan ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Aku tak boleh nak cerita pasal problem pregnancy aku ni sangat. Aku cepat sensitif. Aku akan nangis sebab aku terpaksa face semua ni sorang-sorang. Aizat jauh. Tambah pulak aku ada masalah dalam pregnancy. Sedih tahu..Tuhan je tahu apa perasaan aku sekarang. Dugaan Allah ni sebenarnya agak berat untuk aku tapi aku percaya Allah takkan uji aku kalau Dia tahu aku tak mampu..kan?

Ya Allah..kuatkan semangat aku hadapi semua ni. Selamatkan kandungan aku Ya Allah..Amin..

5 comments:

...miSS fAi... said...

be strong always...!! =)

Solaris said...

Thanks so much my dear. Doakan aku. :)

Nur Suhaila said...

be strong my dear..aku tak pernah ada pengalaman macam ni tapi aku sedih sangat..aku doakan kau dan baby sihat..aku harap baby dapat stay strong for his/her mummy

skyahaya said...

DIA nak uji.susah sekarang.nanti dilahirkan agar menyenangkan ibuayah beliau.insyaallah.doakan yang terbaek.doa aku untuk hang hanya yang terbaek~aminnnnn.

Solaris said...

kecik : thanks babe. i'm learning to be strong. redha kalau apa2 jadi pun. bersedia dgn apa2 kemungkinan. tp at least, aku akan berusaha sebaik mungkin. doakn ya.

jah : thanks sgt2 weh. i really need that. insyaAllah moga2 baby aku kuat. aminnn.