Alhamdulillah, dah 14 hari aku selamat bersalinkan Aneeq.:) Setelah bergelut dengan kesakitan yang amat sangat selama lebih 2 jam, aku berjaya melahirkan another human being, a baby boy at 3.38kg. Besar jugak la sebenarnya and no wonder masa aku mengandung dulu semua orang asyik tegur perut aku besar je. I was so worried at that time if my baby weight more than 3.5kg sebab chances untuk operate tu macam tinggi jugak. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak bersalin normal dengan bantuan vacuum. Eventhough ada orang cakap, 'Eh, kenapa tak bersalin biasa je? Tak larat nak teran ke?' Well hey, aku bersyukur sangat dapat lahirkan anak aku dengan normal even bantuan vacuum, at least aku tak perlu kena operate. Cuma, jahitnya agak banyak jugak tapi takpala, pengalaman pertama kan. :)
Sebelum ni aku selalu confused dengan istilah contraction. Selalu terjadi the false one. Tapi bila sakit contraction yang betul-betul aku dah rasa, sakit nya adalah sangatlah jauh berbeza. Kalau setakat perut mengeras and kau still boleh golek-golek atas katil dengan happy, boleh makan dengan tenang atau sembang-sembang dengan riang, mind my words; itu bukan contraction betul-betul. Maybe baby saja mengeras kat dalam kot. Sebabnya, sakit contraction yang betul-betul ni Ya Allah..sakitnya sangatlah sakit. Macam pinggang kena pulas, macam perut nak pecah. Dan yang paling sakit sebab bila contraction tu datang, korang akan rasa macam nak meneran but you just can't. Doctor tak benarkan proses push tu sampai la bukaan sampai 9cm to 10cm. Kena tahan dan tunggu green light dari doctor. Doctor cakap i'm progressing very well time tu sebab aku tak perlu sakit lama untuk tunggu bukaan sampai 9cm. Just 2 hours, but then for me that 2 hours is the longest time ever. Sebab sakit sangat-sangat...luckily Aizat was there in the labour room. Dia pegang tangan aku kuat-kuat sambil berzikir tak henti-henti. Setiap kali aku contraction, which at that time opening dah 7cm, sakit nya dah makin kerap..dalam 3minit sekali. Aizat akan cakap, 'Sabar sayang..sabar..'. Aku tak menangis, cuma terfikir bila la aku boleh push sebab dah rasa macam nak terkeluar sangat dah..And, at 9.31am, aku selamat melahirkan Ahmad Aneeq bin Ahmad Aizat. :)
Betul orang cakap, menjadi seorang ibu adalah anugerah dari Allah yang tak ternilai harganya. Anak itu adalah amanah Allah, dan setiap kali aku menatap wajah Aneeq, I can't believe that for 9 months aku mengandungkan dia, sekarang ni dia ada di sebelah aku. Another human being man. Rasa macam mimpi. Syukurlah ya Allah.
Lepas melahirkan ni, aku nak nasihatkan semua parents-to-be untuk kuatkan semangat mental dan fizikal hadap situasi anak kena demam kuning or jaundice. Aneeq kena jaundice sampai kena masuk wad kot..sebab kuning dia turun naik..tak tetap..banyak jugakla cara kami usahakan dan Alhamdulillah..Aneeq dah okay sekarang..aku nangis teruk kot bila tengok Aneeq kena duduk bawah lampu sampaikan aku volunteer nak stay dalam ward jaga Aneeq and breastfeed dia. Mungkin sebab kegigihan aku yang tak berbelah bagi pada Aneeq kot, Allah mudahkan dan tolong aku. Aneeq stay dalam ward satu malam je, lepas tu kami monitor dekat Klinik Kesihatan. So nanti pada sapa-sapa yang anak kena jaundice boleh la tanya aku cara-cara perubatan tradisional yang dah diusahakan untuk turunkan bacaan kuning tu. Kita cuma usaha, yang selebihnya serahkan pada Allah. Jangan give up sudah. Yang penting jangan biarkan budak tu kena jaundice lebih dari 14 hari, kalau tak itu dah kena prolonged jaundice, lain cerita pulak. Mintak simpang la...
Ada few friends of mine yang tengah counting days/months for delivery. Aku doakan semuanya akan selamat. Ingat, masa dah masuk ward tapi sakit tu tak datang lagi, tolongla makan bagi ada energy. Jangan tak lalu pulak. Nak meneran nanti wey..tenaga kena banyak. Maksud aku, sangat banyak. Jangan angkat punggung, kalau tak nanti jahitnya pun banyak. Jangan ambil apa-apa pelali kurangkan sakit contraction, kalau tak nanti korang tak da tenaga sebab rasa lali, macam aku..dah cantik meneran, dekat hujung-hujung dah tak mampu sebab tu guna vacuum, dan kena jahit banyaaaakkkkkkkk. Argh..lesson learned kan. Aku share ni sebab aku tau ada kawan-kawan yang tengah expecting akan baca, dan pada yang sedang mencuba pun mungkin akan baca..this is truly my experience. Just for sharing. Semoga selamat untuk korang dan all the best!
Nak share gambar Aneeq, boleh? :)
Ini la kekasih hati baru aku..9 bulan mengandung wey. Ahmad Aneeq bin Ahmad Aizat ; 14 days.
:)
2 comments:
aku baru nak request post ni, tgk2 ada dah..alhamdulillah weh 2 jam ja. aku pun harap/doa aku nnt pun tak dok hosp lama2 :)
pm aku weh cemana nak turunkan jaundice sbb nurse byk kali habaq org O+ ni risiko tinggi utk baby kena kuning =(
Hehe orait..nanti aku buat post baru pasal jaundice ni keh. InsyaAllah :)
Post a Comment