Sunday, July 24, 2011

Mr/Miss Right

Sambil mendengar lagu When You're GOne dari Avril Lavigne ;


“When you're gone, the pieces of my heart are missing you,

When you're gone, the face i came to know is missing too…”

Sebenarnya aku mahu menyambung entri dua malam semalam yang belum habis sebenarnya. Kalau entri yang itu hanya appetizer, aku sepatutnya menghidang main course dan dessert hari ini. But on days like these I find my thoughts flow too quickly for my mind to grasp, for my fingers to arrange and for my speech to capture.

Aku tahu kadang-kadang entri aku adalah crap. Membosankan. Tak tertib. Aku bukan penulis ataupun mesin yang mampu memuntahkan bahan bacaan yang menarik setiap kali aku menulis. Aku menulis untuk seseorang yang bekerja dari awal pagi hingga ke petang dan kadang-kadang sampai ke malam dan juga hari cuti semata-mata untuk mengumpul bekalan untuk masa depan.Yang akan berusaha untuk membuka blog aku pada jam 2 pagi selepas tamat kerja walaupun tak pernah meninggalkan komen.

Aku suka menulis. Kadang-kadang aku saja-saja menulis entri yang entah apa-apa. Sebab aku sengaja jadikan blog ini sebagai satu medium dia tahu isi hati aku. Aku juga tidak kisah sama ada entri aku mendapat 0 komen atau 56 komen. This is not a popularity contest. Ini bukan sekolah menengah.

Ada cerita aku mahu tulis. Tentang weekend lepas, tentang perasaan aku sekarang, tentang hati aku sekarang. Aku mahu tulis.

Aku terfikir mahu menulis entri tentang ini sebab baru tadi ada sahabat lama bertanya aku tentang pasangan hidup. Dia baru putus cinta, dan tanya aku kenapa kisah dia tak pernah kekal. Bagi aku, terlalu ramai yang bersusah payah mencari dan idamkan Miss/Mr. Right, tetapi tak ramai yang berusaha untuk menjadi Miss/Mr. Right. Sebab itu, susah untuk saling melengkapi. Kau kurang itu, dia lebih ini. Dia kurang itu, kau lebih ini. Itu baru melengkapi.

Nak cari pasangan yang kaya lah, berbadan mantap/tegap lah, good looking lah, pandai memasak lah, sopan santun lah, berkereta mewah lah, etc.

Tapi diri sendiri malas bekerja, exercise pun malas, muka so-so saja, hanya reti masak Maggi dengan telur goreng,dan cakap besar tapi tak pernah skor. Tapi bila bab nak cari pasangan, wah, bukan main lagi memilih.

Come on la, don't think too much. Macam aku, aku banyak kurang, Aizat banyak lebih. Tapi cukup sekadar, aku sayang dia, dia sayang aku. Memang kadang-kadang kami argue on few things sampai tahap aku cakap aku tak leh go on dengan dia. Tapi Aizat memang cool, he knows that i can't live without him, words that came out from my mouth tak pernah selari dengan hasrat hati. Sebab tu dalam Islam dah tetapkan lafaz cerai hanya boleh diucap oleh kaum Adam, kalau kaum Hawa lah kan, aku rasa dah berapa banyak divorce case dekat court. Nasib baik lah kan?

Aku selalu cakap aku sayang Aizat lebih dari dia sayang aku. Tapi banyak benda yang Aizat buat pada aku shows that he really loves me more than i do. Ergh, aku rasa bersalah sebab dia terlalu sweet untuk aku yang tak berapa nak sweet. Masin sana sini. Blurgh.

Terima lah orang di sekeliling kita seadanya. Don't put too much expectations, kau letak 10 criteria untuk someone jadi Mr/Miss Right kau, but end up that someone tak dapat hit 1 out of 10 tu terus kau kick dia dari list. Not fair. Not fair. Cuba kau ukur diri kau betul-betul, dalam 10 kau list tu ada berapa kau hit betul-betul? Maksud aku, yang betul-betul.

Apa kata kau pikir dulu nanti baru kau hit aku.

p/s : Tengah tunggu Aizat sampai Cheras. Tak boleh nak tidur sambil dakap bantal bau wangi deodorant. :) Rindu.

No comments: