Thursday, July 21, 2011

Prolog

12 Julai 2011

9.00 malam

Satu persatu halaman aku selak. Baca sekali imbas. Cuba faham baris demi baris, ayat demi ayat. Cuba hadam huruf demi huruf. Sambil gosok-gosok mata kanan dan kiri, teguk air nescafe di depan mata aku bimbing diri dan terus baring atas sofa.

Buku yang sebentar tadi aku pegang baru sehelai saja diselak. Ambil buku dan terus tutup muka. Dalam hati.' Kejap je nak tidur, nanti kang bangun then boleh sambung selak buku balik'.

*******

12.30 tengah malam

Bunyi deringan telefon berdering-dering hampir 3 kali. Gambar Aizat terpampang di screen handphone. Aku angkat, aku jawab dan aku letak. Aku tak mampu nak tanggung tarian syaitan di kelopak mata. Tak mampu nak meng-gagahkan bibir berucap walau sepatah kata.

Dan, aku terus lena sampai entah ke mana-mana.
******

6.45 pagi ( keesokkan hari)

Aku tersentak dari tidur lepas pegangan aku pada teddy bear biru terlepas jatuh ke lantai. Alarm clock handphone pun dah menjerit-jerit pinta di tekan stop. Terkejut tengok jam. 'Ya Allah, lamanya aku tidur. Esok malam tak boleh macam ni, kena stay up sampai hari exam', ikrar aku dalam hati.

Hari yang sama, waktu malam lebih kurang sama aku buka buku yang sama, selak muka surat juga yang sama, minum air nescafe dari bekas 3 in 1 yang sama dan--- bangun dan terus landing di sofa yang sama.

Perkara yang sama berulang. Yang berbeza nya cuma, aku sempat mengulam cinta dengan Aizat sambil bergaduh-baik bermanja-manja sebelum aku terlena dibuai angin kipas sampai keesokkan pagi.

---------------------------------------------------------------------------------

16 Julai 2011

Peperiksaan PTD berlangsung hari ini. Ikrar aku untuk berusaha nampaknya terkulai juga. Usaha tetap ada, mungkin tak sekuat mana yang aku inginkan. Sedih, tapi salah siapa? Rasa macam nak menampar diri sendiri yang sering kalah dengan diri sendiri. Sedih. Sedih. Sedih.

Benda yang lepas jangan dikenang. Aku tak kenang, tapi aku teringat. Bila teringat, aku sakit hati sebab semuanya salah sendiri. Argh!

Cepat lah puasa dan cepatla hari raya.

Aku sangat perlu Aizat di depan mata.

Hmmm.

No comments: