Sunday, January 3, 2010

sesaat saja lagi


minta sesaat lagi,
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.

minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.

minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.

minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku
.


aku cuba nak jadi puitis. tapi bila aku baca puisi damn aku tak paham pun.
tak apa tak apa.
cuba cari ilmu dari orang yang lebih berilmu.
aku cuba baca,
kadang-kadang oh well tulisan dia macam shit.
tapi aku suka sebab semua tu memang mengena.
kau peduli apa?
nak cakap aku kurang ajar sebab semua tu ada kena mengena dengan kau?
kau ingat kau siapa?
ada aku ganggu kau?
ada?
ada?

***


orang tanya aku,
kau ke mana, kau buat apa, kau apa cerita.
aku nak saja taip guna font besar-besar nak cakap AKU TAK NAK TAHU PASAL KAU.
tapi macam kasar sebab kau pun tahu aku bukan jenis suka berkasar.
sebab kau,
sebab kau,
sebab kau,

aku bukan aku yang dulu lagi.
puas kau?
puas kau?
puas??


***


kau rasa ini jelik itu suka hati kau lah.
aku tak pernah kisah jadi kau juga jangan ambil kisah.


tak apa
tak suka
tak apa


ini cuma luahan rasa
sisa-sisa rasa
dari jiwa yang luka.


No comments: