Wednesday, July 28, 2010

Mengigil

Ya Allah.....menaip ini pun menggigil

Ya Allah jika ini pada-Mu
adalah ujian pada-ku
tanda cinta dan kasih-Mu pada-ku
Tolong kuatkan aku

Aku cuma mahu satu bahu yang boleh aku tumpang
Yang boleh serap segala penat
Nak hembus pun dah tak larat

Hati yang cuma bagai kertas
dilenyek
direbus hidup-hidup

Tak perlu faham

Tenang
Ini realiti
"Jangan palingkan muka dari realiti. Telan, TELAN!"

" Ini realiti kau. Pijak disitu. Hembus udara dari situ. Bergerak sedikit kau jatuh. Stand still "

Realiti

Kau nak aku lumat macam mana lagi?


Menaip ini pun sumpah menggigil

Sunday, July 25, 2010

Pancing ke bumi dari bulan

' Tuhan, daratkan aku ke bumi
pancing aku dari bulan
tarik aku hembus awan '

A very nice deep quote
Perfect score showing how do i feel right now.
Simplistically speaking, too many things are happening in my life
and i get used to it
good or bad things, i get used to it
Not that i'm being thoughtless or ungrateful or that i'm perfectly recovered; i just grow
Sacrificing for certain reasons
help me to feel better
Doing something for someone- especially for the parents
is the nicest thing that a daughter can do for her mother, for her father
even it hurts me damn bad
and they dont even know
or they dont even ask
still, deep inside i still love them more than i love myself :)

Sacrificing for other people- the students
How does it feel?
I'm sacrificing my dream job just to make sure that i can give my very best to help my students
They don't want me to go
because
They want me to stay
And yes,
i choose to stay.
I'm hoping that in return they will pass the chemistry paper with flying colours
I may not be the best teacher and I definitely have the whole world to learn, but God knows how I treasure my students in each of my prayer; how I want them to be happy and succeed in their very own definition
So i'm doing this for them. I'll stay until they can let me go.
Please, pray for them everyone.

And please, pray for me too.
Will be sitting for a test- writing an essay ; more on businees thingy
You know what, i am so dead.
*sigh*
But i will not giving up
No, i will try harder

I guess i have not been very wordy lately
My words are killing me

' Tuhan, daratkan aku ke bumi
pancing aku dari bulan
tarik aku hembus awan '

I'm hoping that i'm doing a right thing
if only i can ask Paul ;
Paul the octopus ; i envy you
You've been the most popular creature on earth since FIFA
Everyone everybody
Looking for you
for an answer, or solution

I wish i can ask you
and hoping that you can give me the answer
I'm choosing the right path of my life, right?

But no, i guess you don't have the answer
The ONE up above knows what would be the best for me
So, I should stop asking :)

Hey Paul, if you exist few hundred years ago
Snow White's step mother will choose you instead of the mirror
Don't you think so?

"octopus, octopus in the water, who's the prettiest woman of all?"

it sounds so bad.
Heh :)

Thursday, July 15, 2010

secara rasmi

thinking of updating my blog since yesterday but yea working is sucks sometimes. boleh curi-curi buka facebook pun dah cukup syukur. sangat. :\

harus update blog ini sebab ada few frens and dear aizat keep asking me bila nak update cerita pasal konvo. hihi. now i know i do have followers. auww *clap-clap*

ok. dont know how to start. haha. (come on otak jangan berselirat aku ada banyak masa free sekarang. please flow laju sekarang.)

hm. travelling started since tuesday. overnight at penang and then baru ke batu pahat. singgah kl sebab bro in law mahu follow juga. sampai batu pahat hari rabu petang. hotel luckily dah booked and yea for this time the convocation tak involve banyak graduan sangat, i don't know why they choose half of us only. sedangkan got few yang dah habis praktikal but they have to wait until this coming october untuk ditauliahkan. tak apa lah at least dah tahu boleh grad kan. masa sekarang cepat sangat. katakan hari ini baru kau start puasa, esok bangun pagi dah kena sembahyang raya. cepat sungguh, semput nak kejar.

ok back to the story. malam khamis, which means er rabu malam stay dekat pelican hotel. okaylah room dia. selesa if 3-4 people per room lah, jangan kau sumbat 7-8 orang dalam bilik tu memang sempit gila. jangan ok. petang rabu tu call aizat, sebab beliau main tarik tali. he told me that he will decide whether he's coming to my convocation or not pukul 10 malam tu. kau bayangkan sesak nafas aku nak tunggu for the next few hours untuk tau jawapan dia. i thought he cant make it sebab thursday is weekdays, so means dia harus kerja. seriously mati-mati ingat dia tak dapat datang. and if he cant make it pun i wont blame it on him or merajuk ka hapa. aku bukan puteri raja yang perlu diikut semua kata. but hey my prince charming ni tidak pernah mengecewakan, he decide to come. tapi the next morning soon after match germany vs spain. pagi-pagi nak datang bp? no way!

pujuk dan di pujuk dia datang juga malam tu. pukul 10 malam bertolak dari seremban and pukul 1 pagi sampai bp. datang naik motor. motor ok. ada sapa-sapa sanggup buat macam tu kat aku tak? seriously masa nampak dia datang tak tahu nak cakap apa. terharu dan terpaku. he makes me feel like i am the luckiest girl on earth sebab having such a sweet and superb boyfriend. i dont know how to thank to you my love!

ok sudah jiwang. sambung cerita.

hari khamis masa convo, alhamdulillah everthing was fine. aku perempuan pertama yang naik pentas untuk pentauliahan degree. bukan sebab terror ok. civil engineering is the first course yang akan ditauliahkan and then baru course lain. sebab yang lain, i'm graduated for second class upper and got only 3 people yang grad with that class. i'm the only female. kena himpit dengan lelaki kanan-kiri, jubah gila besar, nervous macam jantung nak terkeluar. but still, it was very exciting. :)

soon after the ceremony biasalah masa ambil gambar. teringin nak baling mortar board cari kawan-kawan jumpa abg wan je. papa cakap layan je lah nak baling sangat baling je dua orang. HAHA. ok papa you are the best ok. tapi papa ambil gambar tak nampak baling pun, aiseh. tak apa. lagi seronok ramai juga kawan datang. yang paling terharu kawan baik si mamai datang all the way from usj. datang dengan arip. sadly tak sempat nak borak banyak pun. kalut sebab my niece iman meragam sangat. panas kan, ramai orang. memang kalut nak balik. thanx to aizat again sebab temankan pulangkan jubah. kami berjalan dari dataran anggerik sampai ke f2. those yang belajar dekat uthm tau la agak jauh kena berjalan and plus panas ok!

masa nak balik beli kerepek dulu and then bawak family and aizat makan dekat nasi ayam haji ali. itu je la kot yang nampak macam ok sikit. furthermore memori aku pasal parit raja the best place untuk makan pun aku dah lupa. so bila papa tanya i need few minutes to revise balik tempat apa yang ok. kena cepat reply takut kena marah. semua orang penat + lapar. huhu

lepas berpisah dengan aizat *sobsob i miss u already* ok gedik, em kami terus balik. but not directly heading back to alor setar. singgah kl lagi. rumah anak angkat papa. stay satu hari satu malam and hari jumaat malam baru bertolak ke penang. hari jumaat petang sempat lagi dating dengan aizat ;) sempat date dekat alamanda and i bought a new handbag for myself. heee :) :)

hari sabtu pagi baru gerak balik ke alor setar. so 5 days travelling. thanx for the flowers, the gift, and the chocolates. memang tak akan lupa 5 hari perjalanan and the convocation day. Alhamdulillah semua dah selamat and i am now offically graduated. :)

so here it goes some of the pictures taken during the convocation :)


happy family :)



ehem ehem :)


i heart you :)

ok. cukup sudah cerita. :)

Sunday, July 11, 2010

loser. me

Maybe i'm too bad in giving advices to other people
I make things even worse
Haish perasaan ni sumpah rasa macam kena penampar
Sakit sampai kebas

Air mata ini pun laju betul turun
Kenapa murah sangat ni turun ha?
I'm too weak for this
Too weak

Bila niat kita di salah anggap
Bila cara kita tak kena pada tempat
Bila kata kita tak selari dengan situasi
Nah kau terjadi lah perasaan hati kena tampar
Tak nampak tapi sakit tu
Tuhan saja tahu

Ya betul-betul down
Lumat rasa
Perasaan nak cerita pasal hal konvo dah bertukar ke perasaan tragis
My bad my bad


Berhenti kata hati
Tapi tak mahu ikut sebab nanti mati

siapa rasa ini comel angkat tangan.

jiwa lara. bye

Sunday, July 4, 2010

Tagged version 2

Pergh hari ini hari ber-blog menjawab tagged.
HAHA. Hari ni kerja tapi file aku ada orang ambil dari rak dan sampai sekarang tak dapat dikesan jadi apa kata kita rileks dulu sambil makan chips dan sambil jawab tagged. heaven gila. :)

Ada tak orang yang bekerja yang masih banyak kerja tapi mampu menghasilkan 2 entry dalam masa sehari? ADA! Aku. hebat lah. hebat :D Baik mari kita jawab tagged ini.

1.ape name blog dan kenape letak name tu?
Me Not You. Maksudnya Aku dan Bukan Kamu. Emm tak ada sebab yang specific, mungkin aku sedang belajar to know and to love myself better. Dulu aku letak Tentang Sesuatu tapi soon after Aizat tanya kenapa letak nama tu aku pun tak tahu kenapa. Sesuatu tentang aku lah mungkin kan. But then aku tukar letak Me Not You sebab bunyi macam keras sikit kan. hohoo. Sebab apa letak nama ni? Knowing me, as someone that has a very very low self confidence and sometimes this sweet behaviour is killing me inside. So lebih baik menjadi diri sendiri dan percaya dengan diri sendiri instead of trying to be someone else. Aku tak cakap sebelum ni aku nak jadi orang lain tapi aku belum cukup yakin untuk menjadi seseorang yang dapat meyakinkan orang lain. ( pergh ayat nak skema habis. haish)


2.apa url blog anda dan dr mane dtgnye namanye?
www.eynnvate.blogspot.com

Okay nak tahu kenapa url ni macam ni? Masa awal-awal aku setup blog ini, aku active berblog dekat friendster. Cerita berapa tahun lepas semua ada dalam tu. Tapi blog tu dah tak ada sebab aku dah delete friendster. Beralih pada blogspot. dan masa nak cari nama untuk blog ni aku addicted to online novel karya hlovate. Dulu tak beli lagi novel dia. Aku admit yang aku sangat jarang untuk baca novel berbahasa melayu. bukan nak berlagak. tapi semuanya jiwang sangat. aku tak boleh nak masuk dalam jiwa. sebab tu aku suka baca novel inggeris especially karya sophie kinsella dan sidney sheldon. cerita dia ringan tak heavy cintan sangat. tolong jangan fikir aku perasan bagus okay. please. eh dah menyimpang dari soalan. err so sebabnya aku suka baca karya hlovate yang berbahasa melayu itu aku pun terpikir lah nak letak 'vate' kat belakang tu. nak letak 'eyanyvate' sumpah buruk gila nama. aku cut off the A n Y and i added N sebab macam pelik pulak nama jadi eyn kan. nampak vogue sikit aku tambah n so jadilah eynnvate. HAHA. sejarah yang pelik. wheowww :p


3.apa method penulisan anda?

Takde method. Aku merapu meraban depends on my mood. Jarang lah aku nak post entry maki-maki orang ni. Kalau aku marah pun aku akan guna berlapik sikit ayat. Kadang-kadang aku try jugak buat ayat macam puitis sikit tapi ampun la aku takkan post entry tu okay. aku baca sikit pun aku dah gelak bebakul-bakul. apa ntah lagi korang kan? hihihi.

4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?

Belum pernah lagi. Tapi pernah terfkir nak private kan blog ni sebab kadang-kadang ada benda yang naaakkkk sangat aku tulis but it is toooo privacy to let others know. ye la blog ni macam public diary kan. ada orang suka update apa dia buat tiap-tiap hari. tapi aku ni benda yang dibuat tiap-tiap hari pun benda yang sama juga. and plus aku tak rasa la pulak ada orang yang nak tahu cerita aku tiap-tiap hari kan? ehhh ada?? oh Aizat la tu. HAHAHA


5.pernah ahli keluarga baca blog anda?
ermmm entah. tapi rasanya kakak ada baca. tak apa. jangan papa sudahlah. hoho


6.apakah perasaan anda bila ade org kate blog anda buruk sedangkan ade yang kate cantik?

haha. entahlah. ada aku kisah ke? hehehe


7.bile blog anda di beranakkan?

2008 kot. tapi time tu tak active sebab active blog friendster. sangat active blog ni masa tengah-tengah 2009 kot. hiii

8.siapa org pertama yang tahu anda ade blog?

entah. aku tak pernah pulak buat kenyataan atau announcement yang aku ada blog. waka waka


9.apa perasaan anda bila org mengatakan tentang blog anda di campus?

Hihi. seronok kot sebab tak sangka ada follower. :) ingat lagi Mamai,Umi,Zaty,Ida suka sungguh suruh aku update blog. sebab mereka suka baca aku bebel. hahaha. tapi kalau orang yang aku tak kenal sangat takda la pulak aku dengar mereka bercakap-cakap pasal blog ni. ye lah macam kata kecik, kami bukan hanis zalikha. kuang2


10. sila senaraikan 5-10 orang yang nk di tag
Kakak Yat
Kakak FIza
Maxel
Farah Sherrina
Ejat
Biskut

(orang yang samaaaa jaaaaa. nampak sangat blog aku tak friendly. hehehehe)


wheeee kecik aku dah jawab. maknanya aku cantik dan hensem la kan kan kan. hahaha

Bye.

Award dan tagged

1) Thank & link the person that gave you the award:

Ehem. dapat award ini dah lama dari cik suhaila aka kecik. dah janji nak jawab tagged dia ni, tapi dah berminggu-minggu asyik delay. hihihi. thanx kecik. :)

emm kenal kecik ni dari uthm lagi. satu batch, civil engineering batch 05. mula-mula tu ingatkan dia sombong, geng-geng dia la especially. ingat lagi masa 1st year, ada kelas Engineering Mathematics dengan Proffesor apa ntah nama dia, geng-geng dia ni selalu datang 4 orang. selalu duduk depan-depan. pakai baju vouge2 saja. aku ni pulak geng aku ramai. 11 0rang kot time tu. nak pegi mana gerak ramai-ramai. sorang lambat 10 kena tunggu. masuk ja 3rd year dah lantak la korang sapa lambat tinggal je. dah besar kot time tu kan. emm rapat ngan kecik tatau la bila. tak da la rapat sangat, tapi suka borak dengan dia. tapi tak pernah pulak jumpa depan-depan borak kaw-kaw. kalau jumpa pun selisih bahu masing-masing senyum je. hehe. (malu ke apa kecik? :p) since habis belajar kot, macam banyak pulak benda aku share dengan dia. maybe semua ni start masa aku dapat offer kerja kat putrajaya dulu kot. banyak tanya kecik apa pilihan patut dibuat. hmm thanx yea kecik. lagi satu budak kecik ni sangat pandai bergaya okay. dia pakai apa pun tetap nampak cantik :). and yang paling buat aku happy is, kecik memilih untuk berhijab sepenuhnya. and you know what dear, you look double triple more beautiful with the hijab. i'm happy for you :) (muka dia ni sebiji dengan puteri sarah. ala dalam cerita na-0 mei tu. sumpah macam fotostat!)



2) Pass this award onto 15 blog you’ve recently discovered and think are fantastic:

1. Kakak Yat ( dah kena tagged dengan ainur dah rasa kot)
2. Kakak Pija
3. Cik Farah Sherrina
4. Biskut
5. Ejat
6. Cik Maxe ( ni pun dah kena tagged ngan kecik)

Itu je kot. hihi. Sebab aku TAKDE follower and plus list blog aku suka singgah pun ada berapa ketul je. hiii


3) Contact each blogs and let them know they’ve won the award:

Entah la. dalam list tu maybe Kakak Pija akan respon. Yang lain entah tak tahu. aku tagged je. pandai sendirilah.


4) State 7 things about yourself:

Ni yang susah aku nak jawab ni. ehem

1. Dikenali dengan banyak sangat nama panggilan. Kat rumah semua panggil Nurul, adik beradik panggil Atam. Kawan-kawan pulak lagi banyak. Nak aku list? Okay. Yany, Yanee, Yani, Yanineni, Yany Bam Bam, Bam, Debab (ni Zakwan si gemuk suka panggil macam tu. Dia yang debab tak sedar la pulak. hehe). Ada lagi entah? haaa panggilan Aizat pulak? okay malu nak cakap. Nak tahu jugak? hehehe. Dia tak romantik. Panggil Yany je. laalala~

2. Seorang yang sangat low self confidence. Itu yang menjadi masalah terbesar sekarang. Rasa insecure. Entah, tak tahu kenapa. Aizat kata nak kena dia ketuk dulu kot baru otak ni stabil balik. haha kejam.

3. Orang cakap aku ni peramah. Easy going. Memang pun kot. Aku suka ada ramai kawan. Kawan-kawan aku macam-macam jenis ada. Perempuan la especially. Lelaki tu ramai jugak tapi yang sekepala berapa orang je. Kawan perempuan aku ramai gila. Dari yang kaki merokok ke kaki clubbing sampai lah ke bertudung labuh semua aku kawan. Aku bukan senang yang terpengaruh. Itu cara mereka. dan aku bukan siapa-siapa nak tegur mana baik mana buruk. Semua dah besar dah boleh pikir sendiri. Tapi aku belum pernah ada kawan yang drug addict. dan mintak simpang okay. Kawan-kawan yang perangai tak berapa nak best tu alhamdulillah tak ada lagi yang menyimpang sampai ke situ.

4. Secara jujur bila dah lama aku kerja sekarang baru aku tahu sebenarnya aku nak jadi apa. Dulu minat engineering. Minat gila. Sampai subjek Biologi masa SPM aku jawab tak tentu hala. Patutla dapat C. HAHA. Dulu asyik study Fizik dan Kimia. Entah suka sangat nak jadi Engineer. Mungkin sebab Arwah Wan pernah cakap kat aku yang dia nak tengok aku jadi engineer jadi semangat itu terus menyala-nyala. dan alhamdulillah itu jalan yang sedang dijalani. cuma, entah makin lama kan aku rasa aku nak jadi cikgu sepenuh masa pulak. sebab apa? jadi cikgu bukan kerja senang okay. tak ada kerja yang senang. yang aku pentingkan sekarang tau apa? CUTI. Aku nak CUTI. Sekarang ni aku kerja 7 hari seminggu. mujur seminggu ada 7 hari. kalau ada 20 hari seminggu?

5. Aku sangat teringin nak sambung belajar kat oversea sebenarnya. Sebab tu masa dapat offer masuk MRSM aku tak tolak. sebab masa form 3 dulu ada cikgu aku kat Bahiyah pernah kata, kalau nak senang dapat offer sambung belajar kat oversea masuklah mrsm. MARA akan tanggung. tapi tapi...result SPM tak lah bagus mana. dapat 6A. dah la ada 1C confirmla tak dapat pegi. Masa matrik belajar main-main. Tak sedar yang cuma ada setahun saja. Result pun cukup-cukup makan. 3.15. nak mintak engineering UTM confirm tak lepas. Mintak Engineering UiTM orang cakap tak bagus sangat. Last-last mintak UTHM sebab masa kat matrik dulu ada lecturer pernah cakap UTHM is one of the best technical university yang tengah membangun kat malaysia. Sebab tu mintak UTHM. 1st choice lagi okay. Tapi tak menyesal pun. Belajar di UTHM is one of the best moment in life lah serious cakap. kawan-kawan super hebat, environment yang sangat comfortable. Dan sekarang alhamdulillah habis belajar tak goyang kaki terus dapat kerja. REzeki, ada hikmahnya. :)

6. Mamai (my best fren) pernah cakap yang aku ni seorang yang sangat setia dalam any relationship. Tak kira lah dari friendship or fixed relationship. Kata Aizat, aku ni sangat jujur. Aku cakap terus terang apa yang ada dalam hati aku, kepada orang yang betul-betul aku percaya. Kalau aku suka, aku cakap aku suka. Kalau aku sedih aku cakap aku sedih even i try to hide the feeling, tapi obvious sangat dan orang akan perasan. I always get hurt, few times. Kena tipu bulat-bulat, sampai Mamai, Zaty, Kakak Yat pun sedih bila tengok aku. bayangkan kena tipu for almost a year. macam bangang kan? hmmmm. Tapi sekarang totally dah reverse. Knowing Aizat for almost 7 years even dalam masa 7 tahun tak pernah berhubung sapa, having him right now is like the whole life is complete. and hopefully kali ini biar kekal dan tidak separuh jalan lagi. ( weh ni apesal jiwang pulak ni? menyampah)

7. Aku dah tak tahu nak bebel apa lagi. Cukuplah kot 6 kan?

Oklah. bye.