Pergh hari ini hari ber-blog menjawab tagged.
HAHA. Hari ni kerja tapi file aku ada orang ambil dari rak dan sampai sekarang tak dapat dikesan jadi apa kata kita rileks dulu sambil makan chips dan sambil jawab tagged. heaven gila. :)
Ada tak orang yang bekerja yang masih banyak kerja tapi mampu menghasilkan 2 entry dalam masa sehari? ADA! Aku. hebat lah. hebat :D Baik mari kita jawab tagged ini.
1.ape name blog dan kenape letak name tu?
Me Not You. Maksudnya Aku dan Bukan Kamu. Emm tak ada sebab yang specific, mungkin aku sedang belajar to know and to love myself better. Dulu aku letak Tentang Sesuatu tapi soon after Aizat tanya kenapa letak nama tu aku pun tak tahu kenapa. Sesuatu tentang aku lah mungkin kan. But then aku tukar letak Me Not You sebab bunyi macam keras sikit kan. hohoo. Sebab apa letak nama ni? Knowing me, as someone that has a very very low self confidence and sometimes this sweet behaviour is killing me inside. So lebih baik menjadi diri sendiri dan percaya dengan diri sendiri instead of trying to be someone else. Aku tak cakap sebelum ni aku nak jadi orang lain tapi aku belum cukup yakin untuk menjadi seseorang yang dapat meyakinkan orang lain. ( pergh ayat nak skema habis. haish)
2.apa url blog anda dan dr mane dtgnye namanye?
www.eynnvate.blogspot.com
Okay nak tahu kenapa url ni macam ni? Masa awal-awal aku setup blog ini, aku active berblog dekat friendster. Cerita berapa tahun lepas semua ada dalam tu. Tapi blog tu dah tak ada sebab aku dah delete friendster. Beralih pada blogspot. dan masa nak cari nama untuk blog ni aku addicted to online novel karya hlovate. Dulu tak beli lagi novel dia. Aku admit yang aku sangat jarang untuk baca novel berbahasa melayu. bukan nak berlagak. tapi semuanya jiwang sangat. aku tak boleh nak masuk dalam jiwa. sebab tu aku suka baca novel inggeris especially karya sophie kinsella dan sidney sheldon. cerita dia ringan tak heavy cintan sangat. tolong jangan fikir aku perasan bagus okay. please. eh dah menyimpang dari soalan. err so sebabnya aku suka baca karya hlovate yang berbahasa melayu itu aku pun terpikir lah nak letak 'vate' kat belakang tu. nak letak 'eyanyvate' sumpah buruk gila nama. aku cut off the A n Y and i added N sebab macam pelik pulak nama jadi eyn kan. nampak vogue sikit aku tambah n so jadilah eynnvate. HAHA. sejarah yang pelik. wheowww :p
3.apa method penulisan anda?
Takde method. Aku merapu meraban depends on my mood. Jarang lah aku nak post entry maki-maki orang ni. Kalau aku marah pun aku akan guna berlapik sikit ayat. Kadang-kadang aku try jugak buat ayat macam puitis sikit tapi ampun la aku takkan post entry tu okay. aku baca sikit pun aku dah gelak bebakul-bakul. apa ntah lagi korang kan? hihihi.
4. pernah terasa nak hapuskan blog anda? kenapa?
Belum pernah lagi. Tapi pernah terfkir nak private kan blog ni sebab kadang-kadang ada benda yang naaakkkk sangat aku tulis but it is toooo privacy to let others know. ye la blog ni macam public diary kan. ada orang suka update apa dia buat tiap-tiap hari. tapi aku ni benda yang dibuat tiap-tiap hari pun benda yang sama juga. and plus aku tak rasa la pulak ada orang yang nak tahu cerita aku tiap-tiap hari kan? ehhh ada?? oh Aizat la tu. HAHAHA
5.pernah ahli keluarga baca blog anda?
ermmm entah. tapi rasanya kakak ada baca. tak apa. jangan papa sudahlah. hoho
6.apakah perasaan anda bila ade org kate blog anda buruk sedangkan ade yang kate cantik?
haha. entahlah. ada aku kisah ke? hehehe
7.bile blog anda di beranakkan?
2008 kot. tapi time tu tak active sebab active blog friendster. sangat active blog ni masa tengah-tengah 2009 kot. hiii
8.siapa org pertama yang tahu anda ade blog?
entah. aku tak pernah pulak buat kenyataan atau announcement yang aku ada blog. waka waka
9.apa perasaan anda bila org mengatakan tentang blog anda di campus?
Hihi. seronok kot sebab tak sangka ada follower. :) ingat lagi Mamai,Umi,Zaty,Ida suka sungguh suruh aku update blog. sebab mereka suka baca aku bebel. hahaha. tapi kalau orang yang aku tak kenal sangat takda la pulak aku dengar mereka bercakap-cakap pasal blog ni. ye lah macam kata kecik, kami bukan hanis zalikha. kuang2
10. sila senaraikan 5-10 orang yang nk di tag
Kakak Yat
Kakak FIza
Maxel
Farah Sherrina
Ejat
Biskut
(orang yang samaaaa jaaaaa. nampak sangat blog aku tak friendly. hehehehe)
wheeee kecik aku dah jawab. maknanya aku cantik dan hensem la kan kan kan. hahaha
Bye.
No comments:
Post a Comment