Wednesday, October 6, 2010

Ahli Nujum

Akhirnya aku akur juga dengan kemahuan luar-luar yang mahu itu dan ini.
Melangkah juga aku ke ruangan itu berjumpa dengan orang yang itu. Orang yang paling aku malas nak berjumpa sepertinya ada tembok besar pisahkan ikatan kimia dari hati ke hati. Tapi aku terpaksa pergi sebab dah tak larat nak menadah telinga mendengar Aizat membebel itu dan ini.

" Ehmmm, awak ni lemah sangat badan ni. Tekanan darah awak rendah sangat ni" Doktor N berkata semasa aku bersama dia di ruangan itu.

" Awak penat kerja ka macam mana? Kerja apa?"

Aku senyum, lemah. Semasa mula-mula aku menjengah masuk ke dalam ruangan Doktor N aku dah ditegur sebab riak wajah yang agak pucat. " Penat la sikit doktor. Kerja saya kadang-kadang ada masa stress sikit. Tu yang penat kot," aku balas.

" Sebab tu la tekanan darah awak ni rendah. Kawalan hormon dalam badan awak pun dah tak seimbang. Sebab tu lah awak dalam keadaan tak stabil sekarang. Awak faham maksud saya? "

"Faham." ringkas aku jawab.

" Saya nak check perut awak. Baring ke katil tu sat "

Doktor N sambung, " Perut awak masuk angin ni, tu yang sampai muntah-muntah. Awak tak makan ka?" sambil tepuk-tepuk perut aku. Memang bunyi macam tong dram kosong. Sumpah.

" Saya diet. Nasi saya makan 3 hari sekali, tak pun seminggu sekali."

" Ya Allah. Yang awak nak diet tu kenapa? Bukannya awak obesiti pun. Dengan tekanan darah awak yang rendah ni, awak tak makan lagi boleh effect kidney awak tau. Jangan dok diet lah." Doktor N mula bercakap tak henti-henti. Gaya dia bercakap sebiji macam kakak aku. Bebel-bebel dalam tegas. Cuma bagi aku, Doktor yang paling garang yang pernah aku jumpa memang tetap kakak aku tu juga. Aku rela sakit dari jumpa doktor yang semacam kakak aku. Tak berani. Hehehehe

" Saya bagi awak ubat ini, ubat itu. Ubat ni awak kena habiskan juga. Minggu depan kalau masih rasa lemah-lemah datang sini balik untuk check tekanan darah awak. Masih dalam keadaan sama, saya bagi ubat lagi besar dari ni. Mau?"

" Errr..ubat ni pun dah cukup besaq doktor, ada lagi besaq ka?"

" Ada. Kalau nak, datang minggu depan"

Aku senyum, dalam hati diam-diam aku dah rancang, ubat ni besar so bila nak makan aku nak kerat dua dulu. Biar kecil-kecil, senang nak telan. Hehehe. Aku senyum sorang-sorang. Akal kena berjalan.

"Boleh saya keluar sekarang doktor?"

Doktor N angguk sambil balas, " Lagi satu ya Nurul, awak jangan dok kerat ubat tu jadi dua bahagian eh. Nak makan, telan sebiji besaq tu terus. Dok kerat-kerat bagi kecik nak bagi senang nak telan memang minggu depan confirm jumpa saya lagi"

Aku angguk, terkejut. " Ermm terima kasih Doktor", dan sebelum keluar dari ruangan itu aku sempat toleh belakang.

"Klinik Dr Noriah." Aku garu kepala. Betul la ni klinik. Saja nak pastikan, mana tahu aku tersesat masuk tempat bomoh ka apa. Tapi, kenapa Doktor tu macam ahli nujum pulak? Eh?



Gambar curi-curi masa dia tengah sibuk bercakap phone sampai ais kacang pun cair. ^_^ Alhamdulillah would be the best word to describe how lucky i am to have you in my world. Thanks sebab belanja ais kacang selepas Yany balik dari klinik. So sweet of you, Love.

No comments: