Wednesday, January 19, 2011

Bebel

Aku rasa sejak aku mula kerja dengan IWK ni masa terluang untuk aku habiskan dengan update blog, facebook, gosip dah terbatas. Waktu siang memang penuh dengan paperwork, balik saja jalan dah jem, sampai rumah bila malam terus jadi lembik. Bila masa aku nak update? -___-

Nak cerita pasal kerja, dah malas nak tulis. Awal-awal masuk kerja memang depressed gila. Expectation orang sangat tinggi. They assumed that i know everything. Tapi, aku memang jenis direct to the point. For things that i'm not sure, or i dont even know how to deal with it, aku selamber je tanya staff aku. Even tho ada executive lain cakap jangan refer staff sendiri kalau pasal kerja, i was like, helloooo staff yang kerja under section aku ni dah almost 15 years kerja okay. Even clerk aku pun dah umur hampir sebaya mak aku. Of course kena refer orang yang lebih berpengelaman. Memang mereka ni tak ada degree but dont underestimate their ability. Itu prinsip aku. Nak mintak orang ajar, sila jangan memilih. Tukang kebun, tukang cuci pun ada kelebihan mereka sendiri. Kan?

Aku sekarang kena jadi head of section untuk 15 orang staff yang umur dah lebih kurang sama dengan ayah dan mak aku, apa yang menarik di situ? Mencabar. Orang tua kan, memang susah dengar cakap orang muda. That is what happened. Sampai Bos besar minta aku arrange counseling session untuk diorang. I was like, counseling session? Sapa nak jadi counselor? " Its you. You are the bos. Monitor." Aku? Aku bagi kounseling? Memang betul-betul preparation yang aku buat. Jangan main-main dengan orang tua okay. Bayangkan aku nak bagi tazkirah dekat mak bapak aku. Selamber jeeee. Kau boleh bayang? Okay. Lebih baik jangan. :)

Lagi satu, pasal hal tuisyen. Aku dah tak mahu sambung kontrak tahun ni. Betul-betul aku tolak. Aku tak larat. Weekdays dah kerja mengadap staff and paperwork, hari cuti nak aku mengadap buku? Letih kot. Tapi Pusat Tuisyen masih mahu khidmat aku. Beria-ria up kan gaji aku. Even part time pun, boleh lepas duit minyak dan makan kot. Mak cakap terima dulu. Lepas ni kalau rasa dah tak dapat nak buat 2 kerja dalam satu masa memang kena resign jugak. So far, dah 2 minggu aku masuk kelas mengajar. Form 4 dan form 5. Mengajar kimia pulak tu. Kat Alor Star pulak tu. Setiap hari Sabtu. Aku rasa aku dah macam robot bila overloaded dengan kerja. -____-

Hmmm yang penting sekarang tau apa? I cant hardly wait for another 2 weeks or maybe more. Nak sampai ke hari tu pun perlu preparation yang betul-betul juga. Walaupun buat sederhana tapi biarla puas hati semua pihak kan? Okay, sabar-sabar.

Nak tukar status pun berdebar-debar. Hahaha. Poyo gila. Tu belum kalau kawin. Kalau kawin? Dah-dah, tu lambat lagi. -___-

No comments: