Friday, March 4, 2011

Access

Di pejabat Indah Water, tiada apa yang menarik melainkan melayan kerenah customer dan work load yang sumpah sangat banyak. Analisis data sampledan menyediakan laporan bagi failed sample adalah sesuatu yang-tidaklah begitu indah. -____-

Tapi, apa yang bagus ialah- hanya beberapa PC yang terpilih sahaja diberi kemudahan internet. Termasuk PC aku. :). Alasan? Setiap ketua seksyen memang diberi kemudahan ini. Em, aku ni cumalah ketua seksyen yang kadang-kadang berlakon busy dan bajet focus dalam kerja sedangkan aku menguap entah berapa juta kali dalam sehari. Takpa, imej tu penting.Kan?

Yang tak best-nya tau apa? Kononnya ada internet, tapi semua access untuk social network ie: Facebook, Twitter dan seangkatan adalah diblock sama sekali. Ini termasuk lah Yahoo email, Yahoo messenger juga telah diblock. Jadi apa perlu internet ni di PC aku? Ya, tepat sekali. Untuk kerja juga. -_________-.

Eh tetapi, ada yang best. Link untuk blogspot tidak diblock. HQ tak tahu staff Indah Water ada jenis blogger types. Jadi kalau aku update blog tiap-tiap hari jangan kata aku tak ada kerja pulak. Ini saja hiburan yang ada. Lalalala~

Minggu ini akan ke Kuala Lumpur untuk kursus COEDS system. Bulan 5 ada lagi. Itu pun bulan 4 ada ura-ura nak hantar aku pergi kursus lagi. Agak-agakla, mentang-mentang aku staff baru ye, asyik buli aku hantar pergi kursus je. Haihhh. Tapi tak apa. Sambil menyelam aku minum air. Dapat jumpa tunang, yey!

Aizat, kita boleh start beli barang kawin dah eh..survey dulu pun tak apa.

Dah nak kawin eh aku...rasa macam tua la pulak. ( padahal excited) :p

Kursus kawin pun tak pegi-pegi lagi. Alamak.

Tu pun ada hati. -_____-

No comments: