Thursday, April 21, 2011

Spontan

Seperti yang sesetengah orang mungkin sedar, bagi aku hidup aku tidak lah begitu menarik. Maksud aku biasa-biasa sahaja, yang cukup rasa dan perisa. Tidak kurang dan tidak lebih. Aku, tidaklah begitu tamak mendambakan sesuatu yang extraordinary terjadi di dalam hidup aku.

Peralihan secara perlahan, atau mungkin mendadak dalam beberapa kes, mungkin disengajakan, atau - sekadar menyedapkan hati - tidak disengajakan. Aku pun tidak pasti.

Bear with me. Ini fikiran spontan dari kepala otak yang disalurkan terus ke jari-jari yang menaip.

I just don't know what the hell happened. Really.

Untuk kurangkan stres hidup, aku bergelumang dalam perkara-perkara yang aku gemar panggil sebagai distractions. Perkara-perkara yang buatkan aku bangun pagi dengan sedikit semangat. You know, just to keep on living.

Semalam/Kelmarin, macam biasa aku akan ke loji IWK bagi mendapatkan sedikit result dari data analisis dan berjumpa dengan staff untuk perjumpaan singkat. Macam biasa juga, aku dan beberapa rakan sekerja yang lain akan mencuri sedikit masa mengisi perut di waktu pagi yang dah berdentum-dentum berbunyi.

Sesuatu yang luar biasa terjadi di kala kami menjamu selera.

" You know what Yany, me, Kenneth and Wing agreed that actually you have a big beautiful eyes. That's why i love to stare at you.", seorang dari rakan sekerja aku kata sewaktu aku baru suap makanan dalam mulut. Mujur bukan tengah minum, kalau tak mesti terhambur.

Aku kata, " Oh, really? I didn't notice that before. " sambil tersengih kembang- sudah semestinya.

" Yes, and one more thing, you have a sweet smile too. Smile always Yany, it can makes people happy." yang bernama Kenneth pula yang sambung.

Aku senyap. Dalam hati, girang. Mestila kan?

On the way to the office, aku terfikir. Yang berkata pujian pujian begini pada aku bukanlah mereka yang pertama. Yang pertama? Sudah tentu si tunang tercinta. Itu salah satu sebab dia mula jatuh cinta.

Hari ini, err, semalam, aku sedar yang aku tak boleh sentiasa dengar dan bersetuju dengan suara-suara sombong dalam kepala otak aku.

Kadangkala, suara orang lain juga penting. Dan suara mereka boleh membantu aku.

Terutamanya suara orang orang sekeliling aku.

Perkara-perkara spontan begini buat hidup kadang-kadang jadi indah. kan?

Cuma, sekali lagi, I just don't know what the hell happened. Really.

Saturday, April 16, 2011

Stand by

Aku rasa semua orang pun ada masalah dan pernah depressed, kan? Yang nampak happy-happy selalu pun pernah lalui fasa depression dia. Bezanya, dengan sesetengah orang kita tahu sebab dia cerita atau tunjuk, sesetengah orang dia langsung tak tunjuk.

Kadang-kadang perihal sedih ni memakan diri sendiri. Bila aku dalam keadaan begini, pilihan aku ialah duduk di suatu sudut seorang diri.

Tapi, kadang-kadang aku perlu seseorang untuk dengar atau faham apa aku rasa sekarang. Seorang je, bukan 2,3 orang.

Hari dan malam di sini bergerak terlalu perlahan. Mungkin sebab aku seorang terperuk di sini, yang mana kebiasaanya pada hujung minggu begini akan ada suara mak, adik, iman dan--kucing di rumah.

Sendirian di hujung minggu langsung tidak berkesan dalam perlaksanaan menghabiskan masa lapang dengan girang. Cis. Bila pagi aku bangun, aku tarik nafas lega dan teruskan hari aku dengan kelaziman. I wasn't happy and I wasn't sad neither.

Aku belum jumpa apa fungsi aku di sini seorang diri selain dari - stand by pegang pager in case of emergency.

Okaylah tu, kan?

Tuesday, April 12, 2011

Cakap-cakap

Aku boleh buang masa aku menyelam akal dan logik untuk cari penyelesaian, tapi apa yang terjadi semalam/kelmarin buat aku rasa yang aku perlu calm down. Aku lemas, panik dan gagal bernafas. Selalunya ini terjadi bila aku terlalu banyak berfikir dan tenggelam dalam emosi yang langsung tidak tentu hala. Emosi gila, kan?

Ada saja manusia yang cuba tunjuk pandai, tunjuk kepakaran, kongsi pengalaman atau beri cadangan berdasarkan apa yang mereka tonton di saluran AXN atau baca dalam majalah Cleo.

Sombong, berlagak dan menolak untuk hormat orang lain. " Budak-budak muda, biarkan saja." cetus aliran akal paling positif dalam otak aku kata.

Untuk pertama kali aku rasa aku sangat marah dan geram dengan rakan sekerja. Aku terfikir, Tak mengapa. Ini bukan tempat aku. Aku manusia baru di sini.

Dengan pemberontakan dan penerimaan, aku jawab, " Oh, aku lebih tua, jadi harus lebih matang. Harus-lah."

Orang yang paling tepat untuk jadi ruangan luahan perasaan aku semestinya si tunang yang 24 jam sentiasa bersedia berkhidmat menjadi tempat tumpangan aku. Heh.

Dan, satu lagi hal penerimaan yang sama ada aku mahu-atau-tidak-maka-harus-juga mahu; tentang perihal tunang aku.

Bila dia sakit/marah/bengang/geram/sakithati -- dan aku bertuah kerana dia amat jarang sakit/marah/bengang/geram/sakithati -- aku akan kata, "It's all in your head. Relax, okay? Jangan stress sangat. Drink lotsa water and rest."

Bila aku sakit/marah/bengang/geram/sakithati, dia kata, "Don't talk so much. You'll be fine."

Friday, April 8, 2011

Confession

Banyak benda aku nak luahkan, banyak perkara aku mahu tulis, tapi tiada siapa boleh baca sebab semuanya di dalam parentesis.

Dalam kesibukan (yang diselami sekali-sekala dengan kegirangan) untuk cuba kecilkan masalah dan kerisauan di sini, aku selalu lupa tentang masalah dan kerisauan aku sendiri.

Heh. Biasalah kerja banyak, gaduh sikit, kurang ilham.

Tunang aku selalu argue tentang satu hal ini. Dia kata," kenapa suka update blog bila masa tengah marah tak pun masa bengang saja?"

Aku diam. Tenung, baca dan imbas. Senyum. Nikmati saat ini sebelum ia tenggelam, hilang dan tersadai semula di satu sudut.

Aku senyum sebab, ya aku baru perasan entri-entri aku semuanya berunsurkan kesedihan dan ke-emo-an.

Dan, aku jawab, " I just want to come up with something really, really great,". Lain daripada yang lain. Sesuatu yang, ikut kata hati aku ketika itu, mungkin-lah.

Banyak benda yang aku mahu tulis, aku sudah tulis. Tapi aku mahu perbaiki. Setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan. Susah untuk berpuas hati dengan apa yang ada. I always want something more. And I always want to share it.

Hee. Untuk entri kali ni, tiada perasaan emosi yang aku alirkan di sini okay?

Well honey, at least you know something.

Aku menulis untuk seseorang.

Seseorang. Get me?

Friday, April 1, 2011

Dan sebenarnya

Ada sesetengah perkara/ucapan/kata-kata/perbuatan/tingkah laku kadang-kadang boleh melembutkan hati orang yang sedang rosak/kecil/patah/tawar/remuk/hancur.

Tidak perlu terlalu memberi, tidak perlu terlalu menerima. Bertolak ansur/kerjasama/sepakat/toleransi/mengalah mungkin adalah kata kuncinya.

Awak tidak perlu menjadi seseorang yang lain untuk menyenangkan hati saya. Saya tidak mahu seseorang yang lain. Awak hanya perlu menjadi diri awak, awak yang adalah awak.

Rajuk saya tidak lama. Kecil hati saya tidak selamanya. Tawar hati saya masih ada manisnya.

Bagaimana mungkin awak dapat cari saya dalam diri seseorang lain begitu juga saya yang tidak AKAN mungkin dapat cari awak dalam diri seseorang yang lain.

Kita ada cacat kita awak. Tapi cacat awak kesempurnaan bagi saya.

Dan, cacat itu bukannya cela yang menjelikkan.

Sorry for things that i've done. Or even for things that i said.

Saya, awak, kita semua sama.

I just need you to be able to tell people I was here, I felt, I lived and I loved as much as I could, while I could. And that the person that I loved, was you.

Dan sebenarnya ubat pada kecil hati saya cuma satu.

Saya harap awak tahu apa yang saya maksudkan itu.