Banyak benda aku nak luahkan, banyak perkara aku mahu tulis, tapi tiada siapa boleh baca sebab semuanya di dalam parentesis.
Dalam kesibukan (yang diselami sekali-sekala dengan kegirangan) untuk cuba kecilkan masalah dan kerisauan di sini, aku selalu lupa tentang masalah dan kerisauan aku sendiri.
Heh. Biasalah kerja banyak, gaduh sikit, kurang ilham.
Tunang aku selalu argue tentang satu hal ini. Dia kata," kenapa suka update blog bila masa tengah marah tak pun masa bengang saja?"
Aku diam. Tenung, baca dan imbas. Senyum. Nikmati saat ini sebelum ia tenggelam, hilang dan tersadai semula di satu sudut.
Aku senyum sebab, ya aku baru perasan entri-entri aku semuanya berunsurkan kesedihan dan ke-emo-an.
Dan, aku jawab, " I just want to come up with something really, really great,". Lain daripada yang lain. Sesuatu yang, ikut kata hati aku ketika itu, mungkin-lah.
Banyak benda yang aku mahu tulis, aku sudah tulis. Tapi aku mahu perbaiki. Setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan. Susah untuk berpuas hati dengan apa yang ada. I always want something more. And I always want to share it.
Hee. Untuk entri kali ni, tiada perasaan emosi yang aku alirkan di sini okay?
Well honey, at least you know something.
Aku menulis untuk seseorang.
Seseorang. Get me?
4 comments:
I don't get u...lalala~
Hehee... =p
aku suka bila tulis dalam keadaan emosi sebab benda tu akan lebih tulis dari hati. dan masa tu jugak bila kita tulis benda2 manis untuk pujuk hati, sure jadi ok balik. :)
tunang : ceh. tak mau letak nama la pulak. still don't get me? fineeeeee. hekhek
she : yes, mcm dh jd terapi untk hilangkn duka lara dh kot bila menulis. hehehe
yanyku
i rename blog: seekingfirjaniDOTblogspot
Post a Comment