Seperti yang sesetengah orang mungkin sedar, bagi aku hidup aku tidak lah begitu menarik. Maksud aku biasa-biasa sahaja, yang cukup rasa dan perisa. Tidak kurang dan tidak lebih. Aku, tidaklah begitu tamak mendambakan sesuatu yang extraordinary terjadi di dalam hidup aku.
Peralihan secara perlahan, atau mungkin mendadak dalam beberapa kes, mungkin disengajakan, atau - sekadar menyedapkan hati - tidak disengajakan. Aku pun tidak pasti.
Bear with me. Ini fikiran spontan dari kepala otak yang disalurkan terus ke jari-jari yang menaip.
I just don't know what the hell happened. Really.
Untuk kurangkan stres hidup, aku bergelumang dalam perkara-perkara yang aku gemar panggil sebagai distractions. Perkara-perkara yang buatkan aku bangun pagi dengan sedikit semangat. You know, just to keep on living.
Semalam/Kelmarin, macam biasa aku akan ke loji IWK bagi mendapatkan sedikit result dari data analisis dan berjumpa dengan staff untuk perjumpaan singkat. Macam biasa juga, aku dan beberapa rakan sekerja yang lain akan mencuri sedikit masa mengisi perut di waktu pagi yang dah berdentum-dentum berbunyi.
Sesuatu yang luar biasa terjadi di kala kami menjamu selera.
" You know what Yany, me, Kenneth and Wing agreed that actually you have a big beautiful eyes. That's why i love to stare at you.", seorang dari rakan sekerja aku kata sewaktu aku baru suap makanan dalam mulut. Mujur bukan tengah minum, kalau tak mesti terhambur.
Aku kata, " Oh, really? I didn't notice that before. " sambil tersengih kembang- sudah semestinya.
" Yes, and one more thing, you have a sweet smile too. Smile always Yany, it can makes people happy." yang bernama Kenneth pula yang sambung.
Aku senyap. Dalam hati, girang. Mestila kan?
On the way to the office, aku terfikir. Yang berkata pujian pujian begini pada aku bukanlah mereka yang pertama. Yang pertama? Sudah tentu si tunang tercinta. Itu salah satu sebab dia mula jatuh cinta.
Hari ini, err, semalam, aku sedar yang aku tak boleh sentiasa dengar dan bersetuju dengan suara-suara sombong dalam kepala otak aku.
Kadangkala, suara orang lain juga penting. Dan suara mereka boleh membantu aku.
Terutamanya suara orang orang sekeliling aku.
Perkara-perkara spontan begini buat hidup kadang-kadang jadi indah. kan?
Cuma, sekali lagi, I just don't know what the hell happened. Really.
2 comments:
big round eyes? se"round" tuannya lah... hehe.. hye yany.. ;)
hahaha. sengal. jahat ko. hye ejat :) pe kabo?
Post a Comment