Aku boleh buang masa aku menyelam akal dan logik untuk cari penyelesaian, tapi apa yang terjadi semalam/kelmarin buat aku rasa yang aku perlu calm down. Aku lemas, panik dan gagal bernafas. Selalunya ini terjadi bila aku terlalu banyak berfikir dan tenggelam dalam emosi yang langsung tidak tentu hala. Emosi gila, kan?
Ada saja manusia yang cuba tunjuk pandai, tunjuk kepakaran, kongsi pengalaman atau beri cadangan berdasarkan apa yang mereka tonton di saluran AXN atau baca dalam majalah Cleo.
Sombong, berlagak dan menolak untuk hormat orang lain. " Budak-budak muda, biarkan saja." cetus aliran akal paling positif dalam otak aku kata.
Untuk pertama kali aku rasa aku sangat marah dan geram dengan rakan sekerja. Aku terfikir, Tak mengapa. Ini bukan tempat aku. Aku manusia baru di sini.
Dengan pemberontakan dan penerimaan, aku jawab, " Oh, aku lebih tua, jadi harus lebih matang. Harus-lah."
Orang yang paling tepat untuk jadi ruangan luahan perasaan aku semestinya si tunang yang 24 jam sentiasa bersedia berkhidmat menjadi tempat tumpangan aku. Heh.
Dan, satu lagi hal penerimaan yang sama ada aku mahu-atau-tidak-maka-harus-juga mahu; tentang perihal tunang aku.
Bila dia sakit/marah/bengang/geram/sakithati -- dan aku bertuah kerana dia amat jarang sakit/marah/bengang/geram/sakithati -- aku akan kata, "It's all in your head. Relax, okay? Jangan stress sangat. Drink lotsa water and rest."
Bila aku sakit/marah/bengang/geram/sakithati, dia kata, "Don't talk so much. You'll be fine."
2 comments:
Sabar Eyany.. Sufi pun selalu jadi mangsa macam Eyany..
Kita ni yang lebih tua dari dia pun tahu nak hormat dia yang lebih muda. Tapi nak kata apa lagi kalau sombong/berlagak/bodoh sombong menguasai diri, nak nasihat pun dah tak boleh, dah besar panjang kan.
Takpe. Doa pada Allah semoga dia hormat/respect lebih dengan kita k. Allah akan dengar. Pasti.
Tu la sufi, letih dah yany nak control diorang ni. Penat, macam2 kerenah. kalau kita boleh respect diorang, apsal diorang tak boleh respect kita pulak kan? geram la sufi. yany tahan je marah. kang kalau meletup nanti baru diorang tau kot. -___-
Post a Comment