Monday, June 25, 2012

Tentang Rasa

It is so frustrated when you tried so hard to get something that you want, but at the end when it is almost there, you have to let it go..just like that.

Hmm..Planning Department HQ had sent me an email last week and the HOD herself ( Head of Dept) asked for my resume and requested me to fill in the internal transfer form since they told me that got vacant for Planning Engineer in HQ. But it is open to the internal employees only. I thought it was a very big opportunity for me to get transfer and settle down in KL with beloved hubby.

But when everything is in order, seems to be fine and okay, hubby told me something that make me feel soooooooooooooooooooo frustrated. Down.

I don't know..why is this happening to me when everything seems to be ok?

Aizat's company is now bidding for a new project in Bangladesh, Hong Kong and Indonesia. For now, the 3G project will be developed in Bangladesh and if his company win the the project, the director will send him there for about 2 to 3 months. The result will be confirmed by latest next month. And based on Aizat, his company got a chance to get that project and yes, he will leave me and our baby for quite some time. For our own good. Yes for our own good.

If that thing happens, I will face my 3rd trimester without my husband. At that time I'm probably about 8 to 9 months pregnant. How am I going to face that alone? I just don't know. I can't even imagine that seriously.. -__-

Allah knows what the best for us. Kalau dapat, rezeki anak kot. Gaji Aizat maybe akan jadi double or maybe more dari apa yang dia dapat sekarang dengan the allowance that he will get nanti kan.

So now, what for the internal transfer yang aku struggling sangat tu kan? I had been informed yang most probably i will get that post. Tapi, bukan rezeki aku lagi maybe? Terpaksa la aku withdraw. Ya Allah..kecewanya rasaaaaaaa. :(

Ya Allah..jika ini dugaan-Mu untuk kami suami isteri, mohon kuatkan hati dan iman kami..semoga kami terus bersabar dengan dugaan ini. Kuatkan aku, kuatkan anak dalam kandungan aku, dan peliharalah suami ku. Sesungguhnya kami sangat bersyukur dengan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah. Amin..

My dear baby, jadi kuat macam ibu..jadi pandai macam ayah. Okay?

" Allah akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.."

Thursday, May 24, 2012

Mengejar Infiniti

Sejak kebelakangan ni, kepala aku selalu rasa ringan, seperti baru berbekam (walaupun aku tak pernah berbekam), macam antara tidur dan jaga, realiti dan mimpi. Macam aku terperangkap di antara dua universe. Semuanya gara-gara mengejar sesuatu yang jauh dari genggaman. Sesuatu yang tidak pasti. Sesuatu yang mungkin mencapai tahap infiniti. Aku rasa kabur dengan sesuatu itu, nampak tapi tak nampak jelas. Faham tak maksud aku ni? Hmm..

Technically mengejar infiniti membawa maksud suatu teknik yang tidak logik, tapi sebenarnya ia lebih daripada itu. Kamu sedang mengejar suatu high yang kamu tak pasti wujud atau tidak, boleh atau tidak, mampu atau tidak, sebab kamu ketagihkan perasaan yang ia beri kamu. Mengejar infiniti itu suatu kegilaan sebenarnya, sebab infiniti itu terlalu subjektif. Tak dapat nak namakan ia satu persatu. Kamu tahu ia tidak wujud, tapi kamu kejar juga. Haih, sumber infatuasiku yang elusif. Dia macam kegilaan dalam waras. Waras dalam kegilaan. Perasaan high yang ia berikan tu terlalu kuat hinggakan kamu dapat ketepikan macam-macam. Macam logik. Moral. Norm. Routine.

Semua ini terjadi selepas permohonan pemindahan aku ke Unit Langat ditolak gara-gara aku seorang perempuan. Vacant post yang dipublishkan untuk internal Unit rupa-rupanya hanya untuk kaum lelaki. Alasannya? Terlalu ramai engineer perempuan di Unit Langat. Mereka mahukan lelaki. Yaaa di mana adil nya itu? Lelaki yang tak mahu, kenapa perempuan yang harus ditolak? *Kecewa*

Tambah kecewanya aku sebab, permohonan itu di'simpan' lebih dari 6 bulan. Menyeksa perasaan aku, menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba. Bila ditanya, 'dalam proses', sampai bila? Yaaa akhirnya sudah ada titik noktahnya. Kecewa, patah seribu.

Perasaan membuak-buak untuk bekerja sudah jatuh ke tahap negatif. Aku tak dapat fokus lagi. Bukan sebab hal-hal mengandung atau rindukan suami, tapi..kenapa setelah sekian lama, akhirnya jawapan yang aku terima logiknya langsung tidak ada! Mahu berhenti kerja, tidak sama sekali. Sebab itu aku kata, selama ini aku mengejar infiniti yang sebenarnya terlalu jauh nak gapai, terlalu jauh tak ternampak, terlalu jauh sebab memang tak ada.

Down.Down.Down.

"Allah hanya beri apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak.."

Jadi, aku redha dan anggap mungkin bukan masanya lagi aku ke sana. Mungkin tempat aku masih di sini, dan suami akan tetap berada di sana. Semua ini hanya kehendak, masih bukan keperluan.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku. ( positif)

Jadi, aku harap aku dapat kembalikan aku yang dulu, dan kekuatan untuk tulis seperti biasa dengan panjang meleret dan kerap seperti biasa. Dan tidak lagi meracau perkara yang hanya aku boleh paham.

Aku tahu apa mereka kata.

Jangan mengejar infiniti, sebab infiniti itu tidak wujud.

Penat.

Wednesday, April 18, 2012

Safest Place to Hide

" Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him "


Sebab tu la mungkin, setiap kali masa tidur, aku mesti cari lengan Aizat. Aku tak perlu bantal pun, what i need is his arms. Seriously rasa macam that is the safest place for me to hide. Rasa tenang je bila dapat landing atas lengan dia, cuddle each other, lepastu berbincang pasal our current life. Financial, our future, our child-to-be sampai la sama-sama tertido. Seingat aku, since first day we both getting married, not even once pun aku tidur atas bantal, mesti atas lengan dia. Aku tahu kadang-kadang dia rasa kebas, tapi dia insist untuk tahan and biar je aku tidur atas lengan dia. Without complaining anything pun.

Kadang-kadang bila aku rasa nak nangis for thinking too much about our baby aku akan cari lengan dia. Sometimes his shoulder. Aku rasa tempat tu yang paling tenang dan selamat untuk aku nangis puas-puas. Betul la kan, macam Aizat cakap, aku la tulang rusuk kiri dia yang hilang tu. We are meant for each other dari kami masing-masing dalam perut ibu lagi. Allah dah tetapkan jodoh aku dengan Aizat, tempat aku berlindung and that is what i feel right now. Berlindung di bawah dakapan Aizat, lindungan Aizat adalah tempat yang Allah ciptakan khas untuk aku seorang. InsyaAllah.

Bila Aizat tak ada, tentu lah aku kena tidur atas bantal jugak kan. Tapi aku ni punya la dahsyat, tak boleh tidur kalau tak ada lengan Aizat. Mengada gilaaaa kan? Typical me. -__- So sebab tu Aizat ada tinggalkan deoderant yang dia selalu pakai sebelum tidur dekat aku so that bila masa aku nak tidur nanti aku akan semburkan dekat bantal. At least, ada jugak bau Aizat pun jadi la. Boleh jugak nak tidur without thinking that Aizat was not there. Seriously macam orang mabuk cinta kan? But that's me. It is not i depend too much on Aizat, tapi bagi aku Aizat is the only one that i can rely on, yang boleh accept je apa-apa yang aku buat. Kesian kan. We are not living together, terpaksa la jadi pathetic macam sekarang ni. Huhu.

Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang hebat dan setia macam Aizat. Setiap minggu balik jenguk aku kat Penang, tak kira diri tu penat ke tak, letih ke tak, as long as dapat balik. Kadang-kadang aku nangis bila tengok Aizat, sumpah nampak sangat penat sampai aku sendiri pun tak tahan tengok dia. Ada jugak kadang-kadang aku cakap tak payahla balik. Aku akan ok-ok je kat sini. Tapi dia nak balik jugak. Setiap kali aku bising-bising cakap jangan balik, dia akan jawab, " Takpa, penat macam mana pun abang, bila tengok muka isteri tercinta penat abang tu terus hilang."

Hmm. Macam mana la hidup aku kalau Aizat tak ada? ( Syukur, Alhamdulillah)

Friday, April 6, 2012

Si Mata Sepet, Berkulit Cerah

Ada satu petang tu, aku lepak sorang-sorang dekat Mamak stall depan ofis, tetiba datang sorang kawan aku join. Chinese la tapi. Aku waktu tu memang lapar sangat sebab masa tengah hari aku makan waffle je tak lalu nak makan nasi. Ye la, masa tu tengah tension pasal kes spotting la, berat makin turun la, muntah-muntah la, memang confirm la aku cepat lapar kan. Perut pun kosong.

Lepas setengah jam kami having tea-time tu, datang pulak kawan-kawan dia dan dia pelawa untuk join kami satu meja. Without asking me pun. Aku memang tak ada masalah dengan tu pun. Cuma suddenly satu meja tu huru hara dan kecoh plus bising dengan diorang yang bertutur dalam bahasa Cina. Annoying-crazy-menyampah seriouslah.

Aku benci bila orang bertutur dalam bahasa yang aku tak paham depan aku. Kurang ajar tau tak. Bukannya kamu tak reti nak bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukannya aku suruh kamu cakap bahasa Melayu pun. Same goes to orang Kelantan or orang Sarawak yang cakap depan aku dalam dialek dorang. Walaupun aku paham dialek mereka, kalau dah cakap pekat-pekat pastu cepat-cepat, sapa nak paham. Macam nampak sangat nak kasi orang tak paham. Kalau dah buat perangai camtu, jangan melenting kalau orang cakap kamu berpuak-puak.

Even aku dulu pun masa belajar, even though pelat Kedah aku agak kuat, tapi kalau dengan kawan-kawan yang dari negeri lain, aku behave jugak pelat aku. I meant, tak la pekat sangat. Tak da la sampai diorang tak paham ka apa. Kalau aku join senegeri aku yang semua nya memang Northern people, memang aku cakap pure loghat la. Nak kena maki tetiba cakap KL depan member-member sekampung?

Hey, jangan putar belitkan apa yang aku nak sampaikan eh. I have nothing against orang Kelantan ke Sarawak ke atau apa-apa. Aku sangat ramai kawan orang Kelantan. Even Maxe bestfriend aku yang asal Kelantan pun, kalau cakap dengan aku tak da la keluar loghat Kelantan dia tu pun. Kawan orang Sarawak pun got few jugak, tapi diorang behave je aku tengok. Guna bahasa awam. Yang orang boleh faham, tak la menyakitkan hati sangat.

Kalau ada yang cakap aku extreme, kamu suka kalau kamu kena satu projek dengan bangsa lain, tak kiralah bangsa apa, pastu dorang discuss dalam bahasa yang kamu tak paham? Sakit hati tak? Geram tahu.

Aku tak paham kenapa ada orang camni. Memandangkan masa aku kat sekolah ke kat uni semua, kawan-kawan aku yang berbangsa lain semua bercakap dalam bahasa yang aku paham, walaupun mereka tak fasih dalam bahasa tu pun.

Ini bukan isu racism ke apa. Ini soal kekurang ajaran. Etika bergaul. Kamu datang join aku kat meja aku, kamu cakap bahasa yang aku paham. Sama macam kalau kamu datang rumah aku, kamu bukak kasut walaupun kamu terbiasa berkasut dalam rumah. Simple.

Lainlah kalau aku yang pergi join group kamu masa korang tengah berbual.

Jadi kesimpulannya lepas aku habis makan, aku terus blah tanpa cakap bye kat budak-budak tu tanpa menghiraukan wajah tergamam mereka. Tak kuasa aku nak polite dengan orang yang rude. Lepastu untuk melepaskan geram, aku beli karipap banyak-banyak dan hentam sorang-sorang dekat ofis. Sampai kan clerk aku pun tegur, " Kak Yany tak kenyang lagi ka dah makan kat kedai tadi?". Aku sengih je. Malas nak bagitahu. Banyak telinga yang bangsa mata sepet tu kat ofis. Malas nak cari gadoh. Sebab, kadang-kadang aku memang rasa makan sorang-sorang tu lagi aman. Seriously.

Wednesday, March 28, 2012

Dugaan

Kalau ikut previous post sepatutnya aku dah pergi check up hari Ahad lepas. I did. Aku pergi dengan Aizat to check the condition of my baby. Alhamdulillah, baby aku okay. Dah nak masuk 6wks dah. Compare dengan last check up, time tu memang tak nampak the spot. Doktor yang tunjuk kedudukan baby tu. But latest check up ni memang aku nampak baby aku dalam rahim. Even though dia belum form as janin lagi ( baru nampak ketulan darah) but i know my baby is inside my womb. Syukur aku masa tu. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dan suami.

Masa buat check up tu spotting aku dah stop. Dari hari Sabtu dah kering dah. So aku agak confident jugak nak jumpa specialist masa tu. Everything was ok sampai hari Selasa. Aku dapat MC lagi sampai Jumaat ni, tapi aku still nak pergi kerja hari Selasa sebab terlalu bosan kat rumah. Lain la kalau aku di rumah Alor Star, tak la bosan sangat, ni dekat Penang..sorang-sorang..sedih je kadang-kadang tu. :(

Suddenly, spotting aku jadi balik. Aku pun tak tahu la. Kejap dia stop, then dia jadi balik. Aku seriously tak tahu benda ni normal ke tak. Spotting ada, more to brownish macam tu. Tapi aku tak sakit perut langsung, just rasa macam biasa je. Tapi bila dah tau pregnant ni spotting macam tu mana boleh jadi biasa kan!

Aku redha sebenarnya. Setiap kali aku spotting, aku mesti nangis. Aku rasa kecewa. Aku tak tahu apa kurang lagi usaha aku dalam menjaga baby dalam kandungan aku ni. Kakak-kakak aku dulu pregnant tak da langsung macam ni. Morning sickness pun tak ada. Aku pulak? Macam-macam dugaan aku sepanjang 6wks ni. Aku tetap akan usaha untuk buat yang terbaik untuk baby aku ni. Apa yang aku mampu, aku akan buat. Apa jadi pun, aku tetap redha dengan ketentuan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Aku tak boleh nak cerita pasal problem pregnancy aku ni sangat. Aku cepat sensitif. Aku akan nangis sebab aku terpaksa face semua ni sorang-sorang. Aizat jauh. Tambah pulak aku ada masalah dalam pregnancy. Sedih tahu..Tuhan je tahu apa perasaan aku sekarang. Dugaan Allah ni sebenarnya agak berat untuk aku tapi aku percaya Allah takkan uji aku kalau Dia tahu aku tak mampu..kan?

Ya Allah..kuatkan semangat aku hadapi semua ni. Selamatkan kandungan aku Ya Allah..Amin..

Saturday, March 24, 2012

Life is not always a bed of roses

I tried not to write a new post regarding to my pregnancy. Maybe i was too excited since this is my first time and i didn't expect that it can be this early. Allah nak bagi rezeki awal aku pun tak sangka. Syukur sangat masa dapat tahu yang aku pregnant. Masa tu my first check up showed that i'm 4 weeks pregnant, masa tu hari Sabtu lepas.

My first check up was with Aizat. Luckily Aizat ada hari tu. I tried to check with the pregnancy test 3 days before and the result memang positive. So aku sangat sure yang aku pregnant but since Aizat asked me to wait for him to do the check up, so we decided to do it on Saturday.

Everything seems to be fine. We were so excited and Aizat seems to be very happy on the result. So do I. He called his mom, my dad and few other relatives to share the good news. So much good things to share and i forgot that sometimes, life is not always a bed of roses.

Allah nak menduga tak perlu guna isyarat. Dia bagi aku rasa gembira dan kecewa pada hari yang sama. Malam tu..aku bleeding. It was not that bad, tapi bleeding during early pregnancy is not a good sign. Seriously. Aku down sangat masa tu. Aku menangis tak henti di bahu Aizat sampai aku terlena pun aku tak sedar. Luckily Aizat was there at that night. If he wasn't there, i'm not sure what will happened to me. Syukurlah, Allah turunkan peringatan kepada aku semasa suami aku ada. At least, aku ada Aizat yang boleh tumpangkan bahu.

We went to the specialist the next day. Doktor cakap rahim aku tak kuat sebab tu aku bleeding. Alhamdulillah, by using ultrasound my baby is still there. Still dalam kantung. But to small to predict pembesaran baby. It is only about 9mm in size, expected baru 4weeks. Doktor bagi aku MC for a week to cool down, to relax and dia tak benarkan aku buat kerja-kerja berat. Just relax di rumah sampai aku betul-betul stable.

So ikut jadual, esok (Ahad) aku akan buat another check up lagi. To confirm is there any new changes of the size of my baby. Alhamdulillah sekarang ni aku dah tak bleeding, just having light spotting and it has been a week. Aku tak sure whether it is a normal thing or it is not. Aku redha dengan dugaan Allah ni.

Allah Maha Adil. Itu pasti. I just do not want to lose this baby. It means a lot to me. Having someone inside your womb is like having the greatest gift from God that only special persons will experience that. Harap-harap aku ada tuah itu. Harap-harap baby aku okay. Harap-harap baby aku kuat. Harap-harap aku dapat besarkan dia sampai dia lahir nanti.


InsyaAllah. Jauh dari sudut hati aku, aku bersyukur dengan apa yang jadi. Ia bukan musibah, tidak sama sekali. Sekadar peringatan dari Allah, yang hidup tanpa dugaan bukan hidup yang sebenar. Dan, sesungguhnya dugaan Allah bermakna sayang Allah pada hambanya.

p/s : Anak ibu, tolong kuat, tolong bertahan.

Ibu ada.

Sentiasa ada.

*nangis*

Wednesday, March 14, 2012

Bed of roses :)

I took a day off on Monday and same goes to Aizat. Kami sangatlah letih since one whole day hari Ahad tu memang full with activities. Pagi-pagi lagi dah gerak ke Kuala Kangsar for Ashraf's engagement ( Aizat's cousin), then went to Kulim to meet my sister, Acu for some personal stuffs and then baru gerak balik ke Penang. We were safely arrived at home at almost 10 pm. So memang dah confirm the next day mesti lembik gila kat office so Aizat took the emergency leave while me dah awal-awal lagi apply annual leave. Aku paksa Aizat apply cuti jugak-jugak sebab nak dia temankan aku kat rumah. Hehe

My both parents in law datang Penang dan overnight at my house. Seriously la kan, aku duduk sorang-sorang so what do you expect the house would be? Maksud aku, tak ada la aku kemas rumah tiap-tiap hari pun sebab tak da la messy mana pun. Tapi disebabkan rumah aku tu memang fully furnished, so yea few things need to be done, takmau la nanti mother in law aku rasa tak selesa pulak nanti.

So start dari hari Rabu lagi aku dah kemas sikit-sikit. Aku pun pelik jugak, aku seriously cepat sangat penat, buat keja sikit je aku dah tak larat. Aku start mengemop lantai area dapur dulu. Sebab area tu paling kecik. Hehe. Suddenly Aizat called and tanya aku tengah buat apa. Aizat suruh aku stop buat kerja and suruh aku duduk diam-diam kat rumah and he asked me to wait for him to come back. Dia tak bagi aku buat apa-apa pun. Risau, takut jatuh la apa semua. Terharu kot.

Sabtu pagi Aizat sampai dari KL dalam pukul 6 pagi. Sampai je rumah dia ajak aku solat Subuh sama-sama. After Subuh we both slept sampai la dalam pukul 9 pagi. Bangun je tidur Aizat start ambil mop, penyapu, baldi and etc dan dia mengemop satu rumah siap sampai ke bilik. Tak bagi aku buat apa langsung. Yea, i admit..cair jantung tengok suami tolong kemaskan rumah. Hehe. I love u hubby! :)

As a reward, aku masakkan untuk Aizat hari tu. Still, i hit 6 out of 10. Sadis. Tapi dia tetap habiskan makanan yang aku masak sebab bagi dia air tangan isteri tu yang paling berkat. See? Melt, melt, melt! Berapa kali aku jatuh cinta dengan suami dalam masa satu hari? OMG.

Betul dalam Islam ada state kan, bercinta selepas kahwin is much much better than before. Memangla dalam perkahwinan mesti ada cabaran dan dugaan. Even aku pun tak tahu how my marriage would be in the next coming months or years nanti macam mana. Would is still be the same as before? I just don't know. Kita cuma merancang, Allah yang tentukan. So young ladies, don't be afraid of the marriage. Seriously, kita memang ada hak untuk pilih yang terbaik untuk kita sebab kahwin ni bukan dalam masa satu hari but for a lifetime. Cuma, advise aku..tak perlula sampai cari terlalu sempurna sebab no one is perfect pun. Nak cari yang sempurna bagaila, tapi kau tu dah cukup sempurna ke bagi orang lain? Fikir.

Apa-apa pun, dalam tahun ni sumpah banyak gila kawan-kawan dalam pending list nak kahwin. I am so glad for them. Pada yang belum, don't worry. It will come to you naturally. Jangan kita paksa cinta dan kasih tu datang pada kita, let it come by itself. InsyaAllah :)

p/s : tak sabar nak tunggu Aizat balik Sabtu ni. Ada hal penting yang akan berlaku. Doakan kami. :)