Tuesday, January 17, 2012

Ombak jahat

If only he knew..

How i miss the 'old' of us.

Like seriously..

(ombak jahat)

Criminal Mind

Betul orang tua-tua cakap, semakin dekat hari penyatuan, semakin banyak godaan dan dugaan yang menimpa. Well, i don't know how to express my feelings anymore. Bercampur-aduk. Aku fikir banyak sangat ke apa? I just don't know.

Something happened and it reminds me of the future marriage that we'll be having soon. I'm not scared of the marriage. I'm just scared of myself. Am i going to be a good wife to him? Am i going to be a good mother to his kids? Am i going to be someone reliable, someone that can be depend on, or someone better than who i am today? Aku boleh ke? Aku mampu ke?

We keep on arguing on stupid things, which i am the one that 'created' the fight. Makin lama makin aku perasan yang Aizat dah macam malas nak melayan. Then, aku akan rasa macam being abandoned. Macam bodoh gila. Aku rasa down, rasa sedih, rasa macam Aizat dah tak sayang aku lagi. Like seriously, he is going to be my husband in less than 3 weeks! What do i expect? Bodoh kan?

Seriously, aku rindu zaman bercinta dulu. Ada banyak sangat benda nak cerita, nak share. Cakap berjam-jam pun tak apa, asalkan boleh bercakap dan bercakap dan bercakap sampai habis kredit walaupun dah topup 3 kali on the same day. Zaman tu zaman bunga-bunga kot. Zaman muda. Zaman rasa bercinta.

Then, lepas tunang aku perasan we are heading to a 'matured' relationship. Dah tak bercakap phone lama-lama, just kadang-kadang je la kot. Tapi masih ada. Aku still boleh jadi budak kecil yang sentiasa mahukan perhatian Aizat. And yes, he will always be there whenever i need him. You name it, bila-bila aku merajuk, aku mengada-ada, dia ada. I feel like our love is expanding more and more and moreeeee.

Tapi, bila dekat-dekat nak kahwin ni dah tak banyak benda nak cakap. Tak ada benda nak cerita. Tak ada benda nak share. Bila cakap phone je kami lebih banyak diam and concentrate on what we are doing at that particular time but with the phone in our hands. Sampai masa aku rasa macam, ' ok, i've had enough..', aku akan tanya dia, " Abang ada apa-apa lagi tak nak cakap?", dan dia akan reply after a long paused with, " emm dah tak da apa kot nak cakap. Sayang?". And, and, and suddenly aku akan rasa macam omaigod, sedih kot. I've been waiting for the whole day after work to talk with him but end up, 'tak da apa nak cakap'? Ok.

Bila aku teringat balik what we've been through selama ni, aku menangis. Semalam la the worst ever. Aku menangis dan menangis. Duduk sorang-sorang pulak tu. Bosan tahu? I need someone to talk, aku tiap-tiap hari call mak sebab saja nak sembang-sembang. Tapi takkan nak harap aku bergayut dengan mak sampai berjam-jam? Habis Papa tak payah makan? Baju tak payah gosok? Sebab tu aku rasa nak nak nakkk sangat spend the night dengan orang tersayang. Tapi bila dah tak ada apa nak cakap, dua-dua rasa bosan then i will start a fight. Ada saja la tak kena. Macam-macam. ( Okay, rasa nak terjun bangunan sekarang)

I feel veryyyyyy bad when Aizat asking me to give him some space. Like seriously, mana pernah dia cakap macam tu. Rasa macam kena tikam dekat dada. He needs some space when the marriage is just around the corner? (Okay, jom hentak kepala ke dinding pulak)

I shall stop here. Nak nangis dah rasa. This is the honest post ever. Mata aku dah bengkak teruk hari ni. Semua orang ingat aku sakit mata. Lantaklah. Asalkan korang bahagia.

I should find something to do lepas ni to hide this feeling and all the stupid stuffs in my head. Biarla kepala ni pecah. Biar semua idea dan fikiran jahat terbang pergi dekat orang lain.

Bye.

Friday, January 13, 2012

I love my Papa

Sejak dari kecil aku memang sangat rapat dengan ayah aku, which i called him Papa. Dari kecil aku lebih banyak didodoikan Papa sebelum tidur, disuapkan Papa bila aku lapar, dimenangkan Papa bila aku yang salah. Bukan aku tak rapat dengan Mak, tapi disebabkan jarak umur aku dengan Acu (which is my younger sister) is only 1 year 2 months jadi perhatian Mak lebih pada Acu berbanding pada aku.

Aku masih ingat di kala aku mahu Mak dodoikan aku, Mak akan suruh Papa yang dodoikan sebab Acu masih sangat kecil dan merengek-rengek mahukan Mak. Papa akan kendong aku dari belakang dan bawa aku tidur. Dan bila semakin besar, aku rasakan aku agak lebih kental berbanding adik beradik yang lain. Aku lebih kasar, lebih berani, lebih nakal, lebih dari orang lain. Dan yang pasti, aku yang paling rapat dengan Papa sampai la sekarang.

Adik beradik aku yang lain cukup takut dengan Papa. Tak berani nak melawan kata Papa. Tapi aku? Aku yang paling lantang bersuara kalau aku tak puas hati. Paling rebellious. Tapi bukan la sampai langsung tak mendengar kata, cuma biasala zaman remaja. Zaman memberontak.

Bila dah menjengah alam dewasa, boleh dikatakan setiap perkara Papa pasti akan menangkan aku. Kalau pun hal yang jadi memang terang-terang salah aku, Papa susah sangat nak marah kan aku. Adik beradik yang lain selalu tak puas hati dan selalu cakap, " Ye lah, Papa kan paling sayang Atam." ( Atam ialah nama timangan aku di rumah) Walaupun kadang-kadang aku rasa tindakan Papa menangkan aku adalah bukan tindakan yang patut beliau buat, tapi mungkin Papa sendiri pun tak sedar yang dia memang akan lebihkan aku.

Sampai la sekarang aku dah hampir sangat nak jadi isteri orang, Papa masih macam tu. Bagus jugak bila jadi Papa's favourite child. Tapi macam mana pun, bagi aku Papa adalah sangaatttt garang masa kami kecik-kecik dulu. Kalau dapat result teruk je dalam exam mesti kena sebat dengan rotan. Tapi, aku lah orang yang selalu senbunyikan rotan papa. Lepas tu buat muka macam tak tahu apa-apa. Buat muka tak bersalah is one of my best talent.

Bila dah makin besar, kakak-kakak aku pun dah kahwin, aku pulak soon-to-be, acu pun soon-to-be ( lepas raya tahun ni kot), and my youngest sister pun dah masuk form 5, Papa dah tak segarang dulu. Papa pun cakap theres no point to get mad or garang lagi, we do have own life, our own career so baik buruk dah boleh fikir sendiri.

Yang paling aku perasan pasal Papa is that, when it comes to my marriage he is soooo excited sampai aku rasa dia nak tukar semua dalam rumah to a new one. Dari curtain, add few more on the furniture, Papa siap nak pasang bunga api lagi masa lepas aku potong kek during the wedding day. I was like, " Papa, mana ada orang pasang bunga api siang-siang!" He just replied, " Takpala, orang lain tak buat, Papa yang buat. " See? Dia memang selalu nak menang.

Banyaakk lagi benda yang dia sacrifice duit, masa, tenaga for my wedding. Aku of course la just focus on the basic preparation je. Basic tu pun, dari pakej perkahwinan ( pelamin, baju, meja makan, hiasan bilik tidur), hantaran, kad kawin sampaila ke goodies bag dah sampai beribu-ribu. Ni tambah pulak dengan Papa yang excited gila hias rumah. Macam happy sangat je nak lepas aku dekat orang lain kan? *__*

Bila tengok Papa yang too excited for my wedding ni, Kakak and Angah aku pun macam bising jugak. Diorang selalu cakap, " Amboi Papa, masa kami kawin dulu Papa tak beli perabot baru pun." Tak pun, " Eh, curtain baru? Tak aciii." Papa senyum je. Dia takkan balas apa-apa. Aku sebagai anak yang paling rapat dengan Papa dan dengan semangat nak back-up Papa, aku akan balas,

" Papa saja nak tukaq angin la tu. Bukan nya selalu pun."

Papa akan senyum lagi.

Tapi, dalam hati aku, aku sentiasa akan ingat,

" Oh betul. Papa memang sayang aku lebih dari sapa-sapa."

Tamak gila.

Hahahahaha. :p

Thursday, December 22, 2011

Mata besar

Kadang-kadang best jugak kalau tetiba dapat pujian dari orang yang langsung kita tak kenal. Perasaan tu macam ada atas awan. Kau pernah rasa? Hehe

Semalam lepas balik kerja sambil tengok cerita Tentang Dhia aku baring-baring atas lantai. Tergolek sana tergolek sini seriously bosan gila. You know life is very pathehic when you have no one around you to talk with and you have to do everything on your own. Bosan woiii. Pernah tak rasa macam tu?

Suddenly tetiba aku rasa macam nak keluar somewhere and lepak sesorang. Kawan-kawan sepejabat yang dekat dengan area rumah semua dah kahwin, dah ada anak. Apekehalnya kan aku nak ajak melepak sekali memalam? Nak kena maki? -__-

So lepas melepak atas lantai yang tak sejuk tu aku pun bergegas la pegi mandi and solat siap-siap. Tukar je baju dah settle aku terus keluar terus lepak dekat Oldtown depan rumah.

Sampai je terus amek port baik. Direct depan TV. Ada bola. Okla, i'm not really into the football sangat pun, tapi sometimes watching football buat kau rasa macho. Haha. Perempuan kan, sorang-sorang pulak tu, malam-malam pulak tu, dahtu melepak sambil tengok bola. Tak ke macho macam tu?

Agak lama jugak la aku melepak situ. Sampai habis 1st half nak masuk 2nd half la aku dok syok sesorang tengok bola kat Oldtown. Tetiba ada sorang mamat cina datang kat meja aku sebab nak ambil kerusi kosong since aku sorang-sorang kan so sure la kerusi yang lain tu tak ada orang.

" Erm hey can i take this seat please?"

Aku macam nak angguk ke tak, ke nak buat taktau je masa tu. Sebab, ye la kan nampak kot aku sesorang, so ambik je la. I don't even bother. Cecece. Dah kata macho.

" Yes. You can have it". Saja balas omputih dah dia dok cakap omputih kan.

" Thanks. Emm by the way, your eyes is very big la, cantik." Mamat tu cakap sambil tenung mata aku.

Aku macam ter-paused kejap kat situ. Nak gelak pun ada. Sebab..hehehe. Nak tau sebab apa? Aku jawab macam ni.

" Oh really? Em actually that is because i'm wearing contact lens. That's not real by the way." aku jawab sambil pikir nak gelak ke tak nak, nak gelak ke tak nak.

Mamat tu macam malu pun ada. Ye la, takkan dia tak perasan, mata aku besar gila kot. Aku pakai contact lens yang jenis barbie yang saiz besar tu. Mana ada manusia normal yang mata macam anak patung kan?

Tak logik.

Mamat tu senyum lepastu tak kata apa-apa dan terus berlalu pergi sambil bawak kerusi.

Senyum tak perlu kata apa-apa.

Hahaha

Monday, December 19, 2011

Love letter

"You don't know how much that i love you", you once said.

"How much?", and then i replied.

"It's more than you know, more than you think, more than you can imagine," you told me while looking at my face.

I paused. I'm so touched. Never know that there'll be someone that can love me that much.

You took my hand and hold it. Tightly. And you kissed it.

I will never let you go. Never let you leave. I promise.

Thank you for loving me that much even i don't know how much it is.
Thank you for coming all the way from KL, hundred miles away just to see me, and to say "Happy birthday".

You know what? I don't think that there'll be anyone else that can do the same thing like what you did to me.


I love you. But i can't tell how much it would be.

It's just, I love you.


Thank you future husband.

Thank you for everything.



Yours truly,
Your-wife-to-be

Friday, December 2, 2011

Expression

Salah satu perkara yang ramai orang (termasuk aku) suka buat ialah express rasa tak puas hati atau bengang terhadap seseorang melalui mana-mana medium social network macam Facebook atau Twitter (walaupun aku tak ada Twitter). Contohnya macam golongan artis yang suka suki express feeling/expression macam orang bodoh. Seriously bagi aku artis memang tak payah buat jadi idola. Buat gelap masa depan. Dan kadang-kadang bila pikir balik aku sedar yang perangai macam ini agak bodoh dan pointless. Pastu kawan-kawan kita pulak comment “Yeah you tell him girl” dan “Haha, aku pun pernah kena camni..” Lepastu ada berbelas-belas komen yang meluahkan perasaan benci terhadap manusia macam tu, yang menyokong ‘keberanian’ kita, yang mengapi-apikan kita. Apa kita dapat sebenarnya? Dapat tunjuk berani depan orang?

Lagi satu kalau suka tulis status macam, 'Bangang gilew arkitek ni, drawing pun bersepah-sepah, menyusahkan aku je." Tak pun, " Authority buat keje lembab, lagi susahkan orang". Oh damn. Kau baru jadi engineer tak sampai setahun dah bajet macam bagus. Aku rasa orang-orang macam ni sengaja nak orang tahu yang dia tu kerja engineer tak pun dia tu sangatlah berharga dalam company yang mana pada masa yang sama tahap kemenyampahan orang terhadap dia pun makin bertambah. Tak gitu? ( sebenarnya aku as one of the authorities rasa bengang juga bila orang baru start kerja dah pandai cakap kami ni buat kerja lambat. Pelangkung jugak kang nanti)

Lepas tu ada juga jenis status yang nampak macam pasif tapi sebenarnya agak agresif. Contohnya macam " Hey WVU ***8, kau ni memang bawa kereta lembab la, siput b*b* pun lagi laju dari kau tau tak????!!!" Pergh. Macam emo gila kan. Tapi kau pun sengal jugak,mula-mula kau tulis dekat Facebook atau Twitter. Memangla kau berani tulis number plate dia kan, pasal dia tak ada dalam friend list kau. Apa motif? Bukan dia dapat baca pun. Ye dop?

Yang lagi annoying kalau pasal semuaaa benda pasal diri dia mesti nak update. Selang setengah jam pulak tu kadang-kadang. Kalau aku buka facebook je, dekat home feed tu berjela-jela status pasal dia je. Dia buat apa, makan apa, dekat mana, sampai basuh kereta pun nak kena update. Upload bagai lah. Oh yes, aku faham. Tujuan nya sebab dia nak tunjuk dia pakai kereta dia apa. What the hell.

Oh well. Siapalah aku untuk judge kan. Aku sendiri seorang manusia pasif agresif yang kronik. Seorang anonymous blogger yang tulis nasihat sambil perli, sebab aku tak berani sound depan-depan kadang-kadang. Tapi honestly aku cakap, memang sesetengah entry dalam blog ni tak ada niat nak nasihat orang langsung, saja aku nak release kemarahan aku tak pun masa tengah jiwang ke. Blurgh.

Macamla orang tu baca blog aku pun kan. Honestly aku cakap memang aku pikir nak release kemarahan je masa buat entry tu, tak ada pun dalam hati aku terpikir, “Harap kau bawak berubah la lepasni”

Aku memang tak matang dulu. Sekarang pun masih tak matang, tapi ada la improvement sikit. Bak kata Aizat la, "Berubah la tak lama lagi dah nak jadi bini orang." Memang sentap.

Aku rasa memang kebanyakan orang Malaysia macam aku, sebab memang ramai orang buat status tak puas hati atau kutuk orang secara subtle supaya identity orang yang dikutuk tak diketahui.

Oh well, we are a repressed society.

Kan kan?

Wednesday, November 2, 2011

English Education

Aku nak cerita pengalaman aku belajar Bahasa Inggeris. Ya betul, aku memang tidak dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menggunakan BI sebagai bahasa pengantaraan, emm walaupun ayah aku adalah seorang guru. Guru Matematik. :)

Gambaran aku dulu di sekolah rendah ; terketar-ketar apabila harus membaca perenggan ikut giliran semasa matapelajaran BI di sekolah rendah. Sampai aku sudah rehearse perenggan itu berkali-kali dalam minda aku agar tak ditertawakan ketika giliran aku tiba untuk membaca. Sampai tapak tangan aku berpeluh-peluh memikirkan harus menyebut huruf ‘o’ atau menyebut ‘zero’ apabila sedang menyebut nombor telefon seseorang. Resah memikirkan cara yang betul untuk menyebut bath dan butter. (bath ke beth?
ba-ter atau ba-derr?) Jangan jawab, ini cerita lama.

Kalau dalam kelas, aku selalu skor paling tinggi dalam subjek Matematik. Jarang sangat ada orang boleh lebih dari markah aku. Selalu dalam kelas jarang sangat aku nak dapat nombor 10 ke atas. Mesti top 10. Tapi tak pernah dapat nombor satu sebab subjek BI ruined everything. Nak kata aku bengap, tidak. Tapi, mungkin kurang pandai. Heh.

Bila aku di rumah, sememangnya aku tiada kacukan ‘orang putih’. Ibu bapa aku berasal dari kampung. Lebih tepat, orang Jitra. Ibu aku suri rumah dan dia masak tiga kali sehari sambil memasang lagu-lagu dari radio Kedah yang normally memang lagu zaman dia muda remaja. Sudah tentu bukan taste aku. Dulu aku memang tak faham lirik lagu-lagu Inggeris; semuanya bunyi seperti membebel saja bagi aku. Tiap-tiap hari aku melalak lagu Ziana Zain tak pun lagu Siti Nurhaliza. Jangan gelak, itu cerita lama.

Aku pernah menyebut bintang horoskop Pisces sebagai Piskez. 8 tahun kemudian, kawan aku membuat kesalahan yang sama, aku gelak. Bukan mentertawakannya, tapi kerana teringat aku juga pernah membuat perkara yang sama. Aku pernah menyebut Lancome sebagai Lan-kam. Aku pernah bergaduh dengan budak sekelas aku masa sekolah rendah, aku cakap aku benci dia, aku tulis dalam kertas besar-besar dan letak atas meja dia. Tapi sengaja aku tulis dalam BI, "I head you". Patutla budak tu terbahak-bahak gelak dan terus buang kertas tu dalam sampah. Kalau tak, memang malu besar la aku masa tu. Macam bangang gila kan? Haih. Ala, macam-macam lagi kesalahan pronunciation aku pernah buat (dan masih buat).

Proses pembelajaran BI itu benar-benar bermula ketika aku 14 tahun, selepas aku tidak berjaya score dalam UPSR hanya disebabkan oleh subjek BI. Papa memang meletakkan harapan tinggi untuk aku dapat 5A masa tu, sebab nama aku termasuk dalam list harapan sekolah. Tapi aku gagal, rasa macam ada bawah tapak kaki. Sedih, malu dan kesal. Lagi pula, aku tinggal di kawasan yang agak snobbish – perkara seperti tidak berbahasa Inggeris (fasih atau tidak itu belakang cerita) dianggap hina. Rakan-rakan sebaya aku kebanyakannya ada cerita kanak-kanak Bahasa Inggeris. Aku pula masih sibuk bermain 'zeropoint', tikam kasut, 'toi' (galah panjang kalau di negeri lain), dan memang rasa macam loser gila. Sebelum itu aku membaca tetapi aku tak menghayati, sekadar membaca kerana dipaksa. Dan lama-lama aku belajar extraordinary itu tidak disebut sebagai extra-ordinary, perkataan-perkataan seperti plumber dan doubt harus dimatikan huruf b nya.

Untuk permulaan aku tidak terus menerkam novel-novel fiction yang sesuai untuk golongan pertengahan. Aku bermula dengan mendengar lagu-lagu boyband contohnya, dan menghafal lirik untuk setiap lagu. BSB, Moffats, Nsync, Spice Girls, Britney Spears adalah rakan baik aku sewaktu itu. Kemudian aku terus menjengah novel-novel karya mild. Sophie Kinsella, Sidney Sheldon mula aku jamah. Lagi pula, guru BI aku semasa di Sultanah Bahiyah selalu benarkan kami meminjam novel-novel yang ada di library malahan miliknya sendiri. Sangat lah supportive.

Aku anggap cara aku belajar secara perlahan sebenarnya sama saja macam nak belajar baca Al-Quran, mula-mula merangkak juga. Sebab itu biasanya orang baca Muqaddam atau Iqra’ dulu, baru baca Al-Quran. Kan?

Ini semua cerita dahulu. Sekarang, tak ada lagi orang mentertawakan aku lagi bila aku bertutur Bahasa Inggeris. Sekarang, aku dapat berbicara dalam BI lebih baik dari orang-orang yang pernah mentertawakan aku dahulu. Bukan nak berlagak, tapi kalau nak mula bercakap BI dengan aku sekarang memang aku tak ada masalah. Setakat cakap ‘I’ dan ‘You’ tu takda hal la. Rakan-rakan yang tidak mengenali aku sejak sekolah rendah tak tahu tentang aku dahulu. Oleh itu, mereka sering menggunakan ayat-ayat ini dengan aku :


“Nak copy assignment boleh? Aku tak faham sangat soalan dia... Aku tak pandai English macam ko la…”

dan juga,

“Kau bolehla, kau terer speaking. Aku tak reti.”

Kalau zaman undergrad dulu lagi la, dulu agak senang communicate dengan kawan-kawan guna YM. Info terus boleh pass directly, just tekan 'buzz' mesti tak sampai 30sc orang tu akan reply. Dan selalunya aku bila dapat 'buzz' belum sempat reply apa-apa, terus dapat few paragraph untuk di translatekan either dari BM-BI tak pun ke BI-BM. Paling rapid masa final year, masa kena buat thesis. Dah macam translator pulak aku. Tak tolong kang, cakap tak sayang kawan. Bila dah tolong, thesis aku pulak tak tersiap-siap. Tapi alhamdulillah, dah grad pun :)

Tapi bagi aku alasan itu hanya bila orang itu malas untuk membuat sesuatu yang perlu menggunakan kemahiran Bahasa Inggeris. Kalau rajin, mesti dia akan cuba buat sampai dapat kan?

Scheisse lah wei. Pergi belajar Bahasa Inggeris. Malas cakap malas. Jangan reka alasan yang macam-macam.

Jangan guna alasan belajar bahasa lain adalah seperti berkomplot dengan penjajah. Aku belajar juga bahasa-bahasa lain, tapi aku tak kurang Melayu. Malah, aku boleh dikategorikan sebagai Melayu yang agak Maksima. Jenis yang bawa cekodok sebagai bekal tiap-tiap hari semasa sekolah rendah.

Kalau fikir-fikir balik, ada betulnya juga bila si Ucop Wilcha selalu cakap, pentingya English Education. Memang penting. Kalau tidak, jadi la macam aku dulu-dulu.

*dan sebenarnya aku pun memang yang jenis malas. hehe*